S R THETA (s r θ) Media is an online media portal that curates a vibrant spectrum of content spanning films, music, dramas, commercials, theatre, dance, and other performing arts, while also showcasing tourism and travel, and the diverse cultural narratives of Malaysia — including food and lifestyle.s r θ is established by a late-millennial multi-hyphenate whose creative forte lies in acting and English–Malay song parody production (can be viewed via our creative partner’s YouTube channel under the moniker The Honcho of All Spearheads), with a professional background in the science and technical field.s r θ strives to blend technical clarity with artistic soul, championing authentic Malaysian stories that resonate across a connected global audience in the digital milieu.Etymology: The name “S R THETA” is derived from the formula for arc length s = r × θ, symbolizing a purposeful journey and creative direction. It also doubles as a clever allusion to the term “archangel", inspired by the founder’s all-time favorite Hollywood TV series, Supernatural, known for its mythological and celestial themes.


S R THETA (s r θ) Media ialah sebuah portal media dalam talian yang memaparkan pelbagai ragam kandungan yang meliputi filem, muzik, drama, iklan, teater, tarian serta pelbagai cabang seni persembahan lain. Kami turut mengetengahkan elemen pelancongan dan kebudayaan di Malaysia yang rencam — termasuk makanan dan gaya hidup.s r θ diasaskan oleh seorang talent serba bakat dalam bidang lakonan dan juga penghasilan lagu parodi Bahasa Inggeris kepada Melayu (boleh ditonton melalui saluran YouTube rakan kreatif kami - The Honcho of All Spearheads), yang mempunyai latar belakang profesional dalam bidang sains dan teknikal.s r θ berhasrat untuk menggabungkan ketelitian teknikal dengan jiwa seni, sekali gus mengangkat dan mengetengahkan kisah-kisah serta pencapaian-pencapaian industri tanah air tersebut ke peringkat antarabangsa menerusi wadah maya ini.Etimologi: Nama “S R THETA” diambil daripada formula panjang lengkok s = r × θ, yang melambangkan perjalanan bervisi dan penciptaan kreatif. Ia juga merujuk kepada istilah “archangel”, diinspirasikan daripada drama TV Hollywood kegemaran, Supernatural, yang terkenal dengan tema mitologi.


🎵MUSIC / SONGS🎤


Music\Concert\Malay

Selepas 30 Tahun, Biru Mata Hitamku Akhirnya Dirai dalam Konsert Berskala Besar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 1 Julai 2026

Poster landskap rasmi konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary [Foto ihsan: OPR Network (Jun 2026)]

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 — Sebuah bab penting dalam sejarah muzik rock tanah air bakal dihidupkan semula apabila Mus, JoBranko, Black dan Eddie bergabung di pentas Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary, sebuah konsert istimewa yang meraikan tiga dekad kelahiran album Biru Mata Hitamku. Konsert anjuran Icon Entertainment itu dijadual berlangsung pada 5 September 2026, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Eddie, Joe, Mus dan Black bergaya bersama Iman Tang, Pengasas Icon Entertainment, ketika sesi fotografi sempena sidang media Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary. [Gambar oleh: Sebastian (Jun 2026)]

Album Biru Mata Hitamku, yang mula dipasarkan pada 1996, bukan sekadar menandakan kemunculan Mus sebagai vokalis Wings bersama JoBranko, Black dan Eddie, malah membuka lembaran baharu buat kumpulan legenda itu selepas melalui fasa pertukaran anggota. Walaupun sering dianggap sebagai antara album yang kurang diberikan perhatian berbanding karya lain Wings, album tersebut berjaya melahirkan beberapa lagu malar segar yang terus menjadi pilihan peminat sehingga hari ini.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang [Gambar oleh: Sebastian (Jun 2026)]

Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, konsert ini bukan sekadar meraikan ulang tahun sebuah album, malah menjadi simbol ketahanan sebuah kumpulan yang berjaya bangkit melalui kekuatan karya.Beliau berkata, Wings membuktikan bahawa jangka hayat sesebuah kugiran tidak hanya bergantung kepada individu tertentu, sebaliknya ditentukan oleh kemampuan menghasilkan karya berkualiti yang terus relevan merentas generasi. Album Biru Mata Hitamku, walaupun sering dianggap underrated, tetap meninggalkan impak besar menerusi lagu-lagu seperti Biru Mata Hitamku, Enigma, Makam Kekasih dan Jika Kau Tahu, selain pernah melayakkan lagu utamanya ke pentas Anugerah Juara Lagu.Bagi JoBranko, album berkenaan mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi dalam perjalanan karier Wings. Selain dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM '96), beliau menyifatkan karya-karya dalam album tersebut layak diraikan dalam sebuah konsert khas bersama peminat selepas 30 tahun.Tambah beliau, tiada sambutan ulang tahun yang lebih bermakna selain dapat berkongsi pentas dan menghidupkan semula lagu-lagu tersebut di hadapan peminat yang setia menyokong perjalanan mereka selama ini.

(kiri) Paparan skrin menunjukkan pembukaan jualan tiket konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary beserta kod QR yang mengarahkan pengguna ke halaman pembelian tiket di Ticket2u;
(kanan) Paparan skrin menunjukkan tema pakaian pengunjung konsert - “Blackend”, selari dengan identiti visual konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary [Gambar oleh: Sebastian (Jun 2026)]

Menariknya, pihak penganjur turut memilih konsep yang ringkas tetapi penuh makna. Para peminat hanya diminta mengenakan pakaian serba hitam, sekali gus mewujudkan suasana simbolik yang selari dengan identiti Biru Mata Hitamku tanpa perlu mengikuti tema yang terlalu kompleks.Konsert ini dijangka menjadi malam yang sarat dengan nostalgia apabila Mus, JoBranko, Black dan Eddie membawakan semula deretan lagu daripada album tersebut, termasuk karya-karya yang pernah mengukuhkan kedudukan mereka dalam landskap rock Malaysia. Ia juga menjadi peluang kepada generasi baharu untuk menyaksikan sendiri gandingan empat figura yang pernah mencipta fenomena pada era 1990-an.

Pelan tempat duduk bagi konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary memperkenalkan lima kategori tiket yang diinspirasikan daripada judul lagu-lagu ikonik kumpulan ini. [Foto ihsan: OPR Network (Jun 2026)]

Tiket akan mula dijual bermula Jumaat, 3 Julai 2026, jam 3.00 petang menerusi Ticket2u, dengan pilihan kategori IDAMAN (RM258), JIKA KAU TAHU (RM288), MR BARBARIK (RM308), ENIGMA (RM358) dan GRAND VIP (RM1,500).Konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi juga penghargaan terhadap sebuah karya yang pernah mewarnai sejarah rock tempatan dan terus hidup dalam ingatan peminat selama tiga dekad.Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini. Dapatkan tiket anda mulai 3 Julai 2026, jam 3.00 petang dan raikan legasi Mus, JoBranko, Black serta Eddie dalam sebuah konsert eksklusif yang menghidupkan semula era kegemilangan album Biru Mata Hitamku.

Music\Concert\International

KL Headline Season 2026 Angkat Kuala Lumpur Sebagai Hab Konsert Antarabangsa dan Inisiatif Beli Tiket Selamat

✒️ Sebas Lo 🗓️ 26 Mei 2026

Sesi bergambar sewaktu pelancaran rasmi KL Headline Season 2026 menampilkan barisan tetamu kehormat dan pemacu utama inisiatif hiburan berskala antarabangsa ini. (kiri ke kanan): YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Wilayah Persekutuan; En. Paramananthan Rajagopal, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia; Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi; serta Datuk Manoharan Periasamy, Pengerusi Tourism Malaysia. [Foto ihsan: Live Nation Malaysia; PR Worldwide (Mei 2026)]

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2026 — Kuala Lumpur terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi utama hiburan langsung di Asia menerusi pelancaran rasmi KL Headline Season 2026, sebuah inisiatif berskala mega yang menghimpunkan barisan artis antarabangsa ternama sepanjang tahun ini. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik dalam mengangkat ibu negara Malaysia sebagai hab utama jelajah konsert antarabangsa di rantau Asia.Dibangunkan menerusi kerjasama antara Live Nation Malaysia, PR Worldwide, Tourism Malaysia dan CelcomDigi, musim hiburan ini dijangka membawa sebanyak 25 persembahan antarabangsa merentasi enam lokasi utama di Kuala Lumpur dengan sasaran kehadiran melebihi 500,000 peminat muzik dari Malaysia dan negara serantau.

Kumpulan tarian Zeppo Youngsterz membuka tirai pelancaran rasmi KL Headline Season 2026 dengan persembahan tarian penuh energi berlatarkan medley lagu Blinding Lights, Wow. dan Dynamite — nyanyian artis antarabangsa yang bakal menggegarkan Kuala Lumpur. [Foto ihsan: Live Nation Malaysia; PR Worldwide (Mei 2026)]

Apa yang menjadikan KL Headline Season 2026 begitu signifikan adalah susunan artis antarabangsa yang cukup besar dan pelbagai genre. Antara nama yang telah diumumkan termasuk LANY, Laufey, Bryan Adams, DAY6, TREASURE, Daniel Caesar, Kodaline, Post Malone, The Weeknd, serta kumpulan sensasi global BTS yang dijadualkan mengadakan persembahan berskala stadium di TM Stadium Nasional menjelang penghujung tahun 2026.Menurut pihak penganjur, KL Headline Season 2026 bukan sekadar siri konsert biasa, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sektor pelancongan negara selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan kehadiran 47 juta pelancong antarabangsa. Dalam landskap pelancongan moden hari ini, hiburan langsung dan acara berskala besar semakin memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan destinasi pelancong global.Konsert kini bukan sahaja menjadi medium hiburan, malah bertindak sebagai pemangkin ekonomi dan pelancongan. Peminat muzik sanggup merentas negara, melanjutkan tempoh percutian dan berbelanja dalam sektor hospitaliti, makanan, pengangkutan serta runcit demi menghadiri persembahan artis kegemaran mereka. Melalui KL Headline Season 2026, pengalaman peminat dijangka berkembang melangkaui venue konsert kepada pengalaman gaya hidup dan budaya Kuala Lumpur secara keseluruhan.Kerjasama bersama sektor pelancongan, hospitaliti dan gaya hidup turut membuka ruang kepada pelbagai pengalaman khas buat pengunjung, termasuk penerokaan budaya makanan Malaysia, lokasi tarikan ikonik serta tenaga urban Kuala Lumpur yang semakin rancak. Setiap konsert dijangka menjadi pintu masuk untuk pengunjung menikmati pengalaman menyeluruh bandar raya ini.Selain impak hiburan, inisiatif ini dijangka memberi limpahan ekonomi besar kepada pelbagai industri termasuk hotel, syarikat penerbangan, restoran, pusat beli-belah dan perniagaan tempatan. Kedudukan strategik Kuala Lumpur yang berada dalam radius penerbangan sekitar empat jam dari bandar utama Asia turut menjadikan ibu kota ini lokasi ideal untuk jelajah konsert pelbagai negara.

YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Wilayah Persekutuan, menyampaikan ucapan sempena pelancaran rasmi KL Headline Season 2026. [Foto ihsan: Live Nation Malaysia; PR Worldwide (Mei 2026)]

YB Puan Hannah Yeoh Menteri Wilayah Persekutuan, berkata bahawa hiburan langsung memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi. Beliau turut menyatakan bahawa acara berskala antarabangsa bukan sahaja menarik pelancong asing, malah menyumbang kepada keseluruhan ekosistem ekonomi bandar termasuk sektor hospitaliti dan perniagaan tempatan.

En. Paramananthan Rajagopal, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, menyampaikan ucapan sempena pelancaran rasmi KL Headline Season 2026. [Foto ihsan: Live Nation Malaysia; PR Worldwide (Mei 2026)]

Sementara itu, Paramananthan Rajagopal, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, menyifatkan muzik langsung sebagai medium yang menyatukan artis dan peminat melalui pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam. Menurut beliau, KL Headline Season 2026 akan membantu membina momentum lebih konsisten bagi Kuala Lumpur untuk terus menjadi salah satu hentian utama jelajah artis antarabangsa di Asia.Dalam masa sama, Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, menjelaskan bahawa muzik langsung kini menjadi medium penting bagi rakyat Malaysia untuk berhubung, mencipta memori dan mengekspresikan minat mereka. Melalui kerjasama ini, CelcomDigi mahu membawa pengalaman hiburan bertaraf dunia lebih dekat kepada jutaan pelanggan mereka di seluruh negara.Antara jadual konsert yang telah diumumkan bagi baki tahun 2026 termasuk BUS di Zepp KL pada 19 Mei, Vir Das di Plenary Hall KLCC pada 23 Mei, TREASURE di Unifi Arena pada 30 Mei, Laufey pada 2 Jun, Kodaline pada 26 Ogos, diikuti konsert mega oleh Post Malone, The Weeknd dan BTS menjelang penghujung tahun. Lebih banyak pengumuman artis dijangka dibuat dalam masa terdekat.Dengan gabungan hiburan bertaraf dunia, impak ekonomi, promosi pelancongan serta sokongan pelbagai pihak industri, KL Headline Season 2026 dilihat sebagai antara inisiatif hiburan paling besar pernah dianjurkan di Kuala Lumpur dalam usaha mengangkat bandar raya ini sebagai pusat hiburan dan pelancongan utama Asia.

Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis pelancaran KL Headline Season 2026 ialah YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Encik Mohd Akbal Setia, Pengarah Kanan Pengiklanan & Digital Merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026. [Foto ihsan: Live Nation Malaysia; PR Worldwide (Mei 2026)]

Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa mendapatkan tiket konsert dan acara hiburan menerusi saluran rasmi serta menyemak kesahihan platform pembelian melalui laman sesawang Beli Tiket Selamat bagi mengelakkan penipuan dan aktiviti 'scalping'.

Music\Concert\Malay

40 Tahun Tetap Unggul: Dato’ Aishah Kembali Gegarkan Pentas 40 Chapters of Love

✒️ Sebas Lo 🗓️ 28 April 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang bersama Dato’ Aishah memperkenalkan kandungan vinyl eksklusif edisi terhad sempena konsert Aishah 40 Chapters of Love.

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 — Penyanyi legenda tanah air, Dato’ Aishah, bakal mengukir satu lagi detik penting dalam perjalanan seninya menerusi konsert solo berskala besar bertajuk Aishah 40 Chapters of Love, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena.Pelancaran rasmi konsert ini telah berlangsung dalam suasana eksklusif di Restoran Rebung Chef Ismail, menandakan permulaan kepada sebuah pementasan yang bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah penghormatan terhadap empat dekad legasi seni Aishah dalam industri muzik tanah air.Dianjurkan oleh Vox Nation Live, konsert ini digarap sebagai sebuah pengalaman penceritaan musikal yang menyentuh emosi, menggabungkan elemen cinta, kenangan dan evolusi seni yang telah membentuk perjalanan panjang beliau.Menelusuri 40 Tahun Melalui Lagu Ikonik
Konsert ini membawa pendekatan naratif yang unik, di mana setiap segmen akan mewakili fasa berbeza dalam kehidupan dan kerjaya Aishah. Penonton bakal disajikan dengan rangkaian lagu malar segar yang bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi sebahagian daripada memori kolektif rakyat Malaysia.
Antara lagu yang dijangka mengisi malam tersebut termasuk karya ikonik seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah, di samping seleksi lagu lain yang telah lama menjadi “soundtrack” kehidupan peminat.Kehadiran Istimewa & Sentuhan Generasi Baharu
Bagi menambah dimensi persembahan, konsert ini turut menampilkan penyanyi berbakat, Ara Johari, sebagai artis undangan. Kolaborasi ini dijangka mencipta gabungan menarik antara dua generasi suara wanita, sekali gus memperkayakan pengalaman pentas dengan elemen segar dan kontemporari.
Edisi Terhad Vinyl & Persiapan Rapi
Sebagai penghargaan kepada peminat setia, sebuah vinyl edisi terhad akan dilancarkan bersempena konsert ini. Dihasilkan dalam jumlah yang eksklusif, koleksi ini dijangka menjadi memorabilia bernilai tinggi yang merakam perjalanan seni Aishah dalam bentuk fizikal yang klasik dan abadi.
Dalam masa yang sama, Aishah kini giat menjalani persiapan rapi dari segi vokal, mental dan fizikal bagi memastikan persembahan yang bakal dipersembahkan mencapai tahap terbaik.Menurut beliau, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah penghargaan kepada peminat yang setia bersama sepanjang perjalanan kariernya.Produksi Bertaraf Tinggi & Pengalaman Imersif
Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang, menyifatkan konsert ini sebagai sebuah produksi bertaraf tinggi yang bukan hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi sebuah naratif hidup di atas pentas.
Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengalaman penonton — bukan sekadar mendengar lagu, tetapi merasai emosi di sebalik setiap karya yang dipersembahkan.

Aishah menyampaikan persembahan secara langsung di hadapan pihak media, memukau hadirin dengan vokal penuh emosi.

Maklumat Tiket & Sokongan Industri
Tiket konsert kini boleh didapati secara rasmi melalui platform Ticketmelon dengan harga bermula daripada RM168 hingga RM788, merangkumi kategori seperti VVVIP, VIP, Janji Manismu (Ladies Zone), Sensation, Paradise dan lain-lain.
Konsert ini turut mendapat sokongan meluas daripada rakan media dan industri termasuk Sinar FM, ERA FM, Mix FM, Lite FM, Gempak dan MeleTOP, yang memainkan peranan penting dalam memperluas capaian serta kemeriahan acara ini.

Music\Malay\Rock

MADAM Lancar Album Sulung MADAM: The Album, Tampil 8 Lagu Penuh Emosi

✒️ Sebas Lo 🗓️ 23 April 2026

Ahli-ahli kumpulan band MADAM bergambar bersama Kenny Ong, Pengarah Urusan bagi Malaysia, Vietnam, Singapura dan projek khas Asia Tenggara, sempena majlis pelancaran MADAM: The Album.

KUALA LUMPUR, 22 April 2026 — Band rock tempatan, MADAM, terus mengorak langkah dalam industri muzik tanah air dengan pelancaran album sulung mereka berjudul MADAM: The Album, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan seni mereka.

Band MADAM dianggotai empat orang pemuzik muda berbakat, iaitu Putera Muhammad (vokalis), Fadhil Qayyum (gitaris), Azuan Tarmizi (pemain bass), dan Herman Kamal (pemain dram).

MADAM, yang merupakan singkatan kepada Men of Another Day Another Music, dikenali sebagai band yang memiliki identiti bunyi tersendiri serta konsisten dalam berkarya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penubuhan band ini sejak 2019 menjadi asas kepada evolusi muzik mereka yang kini semakin matang dan berani meneroka pelbagai dimensi bunyi.Album ini menghimpunkan 8 buah lagu original yang ditulis dan diterbitkan sepenuhnya oleh ahli band sendiri, mencerminkan komitmen MADAM terhadap keaslian karya. Proses pembikinan yang mengambil masa hampir setahun turut memperlihatkan kesungguhan mereka dalam menghasilkan sebuah album yang bukan sahaja berkualiti, malah mampu memberikan pengalaman pendengaran yang pelbagai.

MADAM menghangatkan suasana dengan persembahan bertenaga ketika majlis pelancaran MADAM: The Album.

Dari segi muzik, MADAM: The Album menggabungkan elemen modern rock, alternative rock, pop rock dan soft rock, sekali gus mencipta landskap bunyi yang dinamik dan emosional. Pendekatan ini membolehkan MADAM mengekalkan keseimbangan antara formula muzik arus perdana dan eksperimen artistik, sekaligus membentuk identiti mereka yang unik dalam industri.Dari sudut naratif, album ini menyentuh pelbagai tema termasuk cinta, hubungan dan konflik peribadi, dengan setiap lagu membawa emosi dan penceritaan yang berbeza. Kepelbagaian ini menjadikan keseluruhan album sebagai satu perjalanan emosi yang dekat dengan pengalaman kehidupan sebenar pendengar.Single utama album ini, Antara Garisan, tampil sebagai nadi kepada keseluruhan karya dengan mengetengahkan kisah kekecewaan dalam hubungan yang dipenuhi ilusi. Lagu ini menggambarkan perjalanan seseorang dalam menyedari realiti di sebalik kata-kata manis, sekali gus menjadikan “garisan” sebagai simbol keberanian untuk melihat kebenaran walaupun pahit.Keunikan album ini turut terserlah melalui pendekatan produksi DIY (Do-It-Yourself) oleh MADAM sendiri. Tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak luar, band ini mengambil langkah berdikari dalam menguruskan keseluruhan proses — daripada penulisan, rakaman hingga ke penerbitan. Pendekatan ini bukan sahaja memberi kebebasan kreatif, malah menjadi titik penting dalam perkembangan mereka sebagai artis yang berdikari.Menurut vokalis MADAM, Putera Muhammad, album ini lahir daripada usaha kolektif dan sokongan ramai pihak, sekali gus diharapkan mampu mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tempatan.

Kenny Ong, Pengarah Urusan bagi Malaysia, Vietnam, Singapura dan projek khas Asia Tenggara berucap di majlis pelancaran MADAM: The Album.

Album ini diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, selain Astro Gempak sebagai rakan digital rasmi.Dengan pelancaran MADAM: The Album, band ini dilihat bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam industri, memperkenalkan identiti muzik mereka kepada khalayak yang lebih luas serta memperkukuhkan kedudukan dalam landskap muzik tempatan.

Sesi soal jawab bersama pengamal media pasca-majlis pelancaran MADAM: The Album

Music\Malay\Activation

Dominasi Lagu Raya: Rocketfuel Raih 13 Juta Penstriman dalam Satu Kempen

✒️ Sebas Lo 🗓️ 16 April 2026

Barisan bakat di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berkumpul dalam satu momen penuh warna dan tenaga.

KUALA LUMPUR, 15 April 2026 – Ketika musim perayaan menjadi medan utama bagi karya muzik tempatan bersaing, Rocketfuel Entertainment tampil memperkukuh pengaruhnya menerusi kempen khas “Macam Macam Raya", yang menghimpunkan pelbagai pelancaran lagu serta pencapaian signifikan melibatkan barisan artis di bawah naungannya.Kempen tersebut bukan sekadar bersifat perayaan, malah mencerminkan strategi kandungan yang tersusun apabila tujuh lagu Raya terbitan syarikat itu berjaya mengumpul lebih 13 juta penstriman digital secara keseluruhan, satu angka yang mengukuhkan kedudukan Rocketfuel sebagai antara peneraju kandungan hiburan tempatan yang relevan dengan citarasa semasa.Antara karya yang menyumbang kepada pencapaian itu termasuk Rindu Raya, Kampung Kita, Raya Macam Raya, Duit Raya, selain beberapa lagi lagu yang terus mendapat perhatian pendengar sepanjang musim perayaan.Di sebalik kejayaan tersebut, Rocketfuel turut meneruskan momentum dengan memperkenalkan pelbagai karya baharu yang memberi ruang kepada bakat meningkat naik. Antaranya termasuk kemunculan Qal G dengan single Seharusnya Aku, sebagai kesinambungan kepada debutnya sebelum ini, serta pelancaran bakal single sulung oleh Awienit dalam masa terdekat.Dalam masa sama, perkembangan di peringkat antarabangsa turut menjadi fokus apabila duo dari Korea Selatan, HoonDoo, melancarkan lagu Jejak Yang Tertinggal sebagai runut bunyi untuk drama bersiri Dendam Seorang Mentua, sekali gus memperlihatkan usaha Rocketfuel memperluas capaian pasaran merentasi sempadan.Selain muzik, syarikat ini turut memperkukuhkan kehadiran dalam bidang lakonan dan kandungan digital. Antara perkembangan yang diumumkan termasuk penglibatan Mierul Aiman dalam filem Tarung, serta Fazziq Muqris dalam filem Kata Hati. Sementara itu, beberapa nama lain seperti Qistina Rania dan Bella Dowanna turut memperluas portfolio masing-masing menerusi projek drama dan platform digital.Tidak terhad kepada bidang hiburan semata-mata, Rocketfuel juga menunjukkan pendekatan inklusif dalam pembangunan bakat apabila memperkenalkan atlet bola sepak wanita negara, Qaseh Rania sebagai wajah baharu di bawah naungan mereka—satu langkah yang mencerminkan keterbukaan syarikat terhadap kepelbagaian latar belakang bakat.Kejayaan kandungan dan kempen yang dijalankan turut menarik minat pelbagai jenama besar seperti KFC, Shell dan U Mobile, sekali gus membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik dalam masa hadapan.Menurut pihak pengurusan Rocketfuel, kejayaan kempen ini bukan sahaja mencerminkan penerimaan terhadap karya artis mereka, malah membuktikan keupayaan syarikat dalam menghasilkan kandungan yang dekat dengan masyarakat serta mempunyai impak jangka panjang dalam industri.

Antara yang hadir di “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment” ialah Naib Presiden Prem Rajahram Anand bersama barisan artis seperti ALPHA, Hael Husaini dan Nadeera.

Dengan gabungan strategi pelancaran muzik, pembangunan bakat dan peluasan ke pelbagai platform, Rocketfuel dilihat terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam ekosistem hiburan tempatan.

Music\Concert\Pan-Asia

SoundCircus Bangkit Semula di Art of Speed 2026, Gabungan Legenda Nusantara Curi Tumpuan

✒️ Sebas Lo 🗓️ 19 Mac 2026

Sesi bergambar menampilkan barisan artis dan penganjur yang bakal menggegarkan pentas Festival SoundCircus 2026.

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2026 — Art of Speed 2026 (AOS 2026) kembali lagi untuk edisi ke-15 dengan skala yang lebih besar dan impak yang lebih memberangsangkan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara festival automotif dan budaya gaya hidup paling tersohor di Malaysia. Acara yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 Ogos 2026 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) ini dijangka mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara, sejajar dengan sambutan menggalakkan yang tidak lekang saban tahun.Berikutan kejayaan penganjuran terdahulu, AOS 2026 terus mengorak langkah dengan memperluaskan pengalaman pengunjung menerusi gabungan elemen automotif, seni dan budaya pop yang semakin sebati dalam kalangan generasi muda. Dengan keluasan ruang pameran yang mencecah ratusan ribu kaki persegi serta kawasan luar yang luas, setiap sudut acara dijangka sendat dengan pelbagai aktiviti, pameran dan tarikan yang memukau.Apa yang lebih mencuri tumpuan pada edisi kali ini adalah kembalinya Festival SoundCircus selepas dua tahun ‘berehat’. Festival muzik yang sinonim dengan suasana hiruk-pikuk dan penuh energi ini hadir dengan nafas baharu, menampilkan enam pentas utama di kawasan seluas empat ekar, sekali gus menjanjikan pengalaman hiburan yang lebih padu dan beraneka ragam. Festival SoundCircus bukan sekadar platform hiburan semata-mata, tetapi sebuah wadah yang mengangkat bakat tempatan dan antarabangsa, khususnya dalam ekosistem muzik bebas dan bawah tanah.Pengarah festival, Encik Asep Ahmad Iskandar, menyifatkan penganjuran kali ini sebagai satu evolusi yang signifikan dalam usaha memperkasakan industri kreatif serta memacu pembangunan pelancongan negeri. Kerjasama strategik bersama Tourism Selangor dilihat sebagai suatu pendekatan untuk menjadikan Selangor sebagai hab pelancongan budaya dan acara gaya hidup berskala besar. Secara tidak langsung, inisiatif ini dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan penglibatan sektor perhotelan dan pelancongan.

Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM) dan SoundCircus Summer Festival 2026

Dari sudut persembahan, SoundCircus 2026 tampil dengan pelbagai konsep yang bukan calang-calang. Antaranya termasuk gabungan legenda dua negara menerusi Cokelat X Ella dalam konsep “Takhta Ratu Nusantara”, yang dijangka mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat muzik serantau. Selain itu, konsep “Legends X Renegades” oleh Jemson X Def Gab C dan “Power Pop Yeah Yeah” yang menemukan dua generasi di atas pentas yang sama turut memperlihatkan keberanian penganjur dalam mencipta pengalaman unik buat penonton.Tidak ketinggalan, elemen muzik tradisional turut diberi nafas baharu melalui persembahan “Dikir Kustom” oleh Issey & The Clique, sekali gus membuktikan bahawa warisan tempatan masih relevan dan mampu bersaing dalam arus moden. Malah, konsep seperti “30 Years of Asian Hardcore” turut diketengahkan sebagai usaha meraikan kepelbagaian genre muzik yang semakin berkembang.Setakat pengumuman Fasa 1 dan Fasa 2, seramai 54 pemuzik dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Jepun telah disenaraikan, menampilkan gabungan artis mapan dan bakat baharu yang bakal menghangatkan suasana sepanjang dua hari penganjuran. Nama-nama seperti Masdo, Midnight Fusic, empty page., The Jansen, Nadin Amizah, Tenxi dan Iqbal M antara yang dijangka mencuri tumpuan, dengan pelbagai genre muzik yang pasti memenuhi cita rasa pengunjung.Dalam masa yang sama, AOS 2026 tidak melupakan identitinya sebagai festival automotif apabila terus menampilkan pelbagai acara sampingan seperti Show & Shine, Hot Wheels Collectors Convention Malaysia, Project Car Invitational Showcase serta pelbagai aktiviti komuniti seperti ThunderCircus Brotherhood Rally dan Kulture Kartel. Kesemua ini membuktikan bahawa AOS bukan sekadar festival hiburan, tetapi sebuah platform menyeluruh yang merangkumi pelbagai segmen industri kreatif dan gaya hidup.Pengunjung boleh mendapatkan akses ke AOS 2026 dengan harga RM35, manakala tiket SoundCircus pula ditawarkan dalam beberapa kategori bermula dari RM89 hingga RM388. Fasa penjualan tiket yang telah bermula sejak Januari lalu menunjukkan permintaan yang memberangsangkan, sekali gus menggambarkan keterujaan orang ramai terhadap acara ini. Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman sesawang pembelian tiket rasmi (pautan).Hakikatnya, Art of Speed 2026 bukan sekadar sebuah acara tahunan, tetapi telah menjadi fenomena budaya yang terus berkembang dari tahun ke tahun. Dengan gabungan elemen automotif, muzik dan gaya hidup yang mantap, festival ini dilihat mampu mencipta pengalaman yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi nilai tambah kepada pengunjung. Tuntasnya, AOS 2026 berpotensi besar untuk sekali lagi mencuri tumpuan dan melakar sejarah tersendiri dalam landskap industri kreatif negara.

Music\Malay\Eid al-Fitr

SecondPlan Kembali, Saji Lagu Raya Berhari Raya Berinspirasikan Nostalgia 60-an

✒️ Sebas Lo 🗓️ 6 Mac 2026

Kulit album Berhari Raya (lagu SecondPlan)

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2026 — Selepas melalui fasa penjenamaan semula, kumpulan yang kini dikenali sebagai SecondPlan kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan pelancaran lagu raya terbaharu mereka berjudul Berhari Raya. Kehadiran karya ini menandakan langkah baharu kumpulan tersebut selepas tidak lagi menggunakan nama Sofazr, sekali gus membuka lembaran segar dalam perjalanan seni mereka.Kumpulan yang kini dianggotai oleh empat ahli iaitu Zimi (gitaris), Amir (vokalis), One (dram) dan Fairouz (bassis) memilih nama SecondPlan sebagai identiti baharu yang mencerminkan formasi semasa mereka. Menurut Zimi, perubahan nama itu dibuat bagi menyesuaikan hala tuju kumpulan yang kini bergerak dengan barisan anggota yang lebih kecil tetapi tetap komited untuk terus berkarya dalam industri muzik tanah air.Menariknya, walaupun Berhari Raya merupakan lagu pertama yang dilancarkan di bawah nama SecondPlan, karya ini sebenarnya menjadi lagu raya ketiga yang pernah dihasilkan oleh kumpulan tersebut selepas Inilah Harinya dan Ingatan di Hari Raya. Lagu baharu ini terus mengekalkan semangat perayaan Syawal yang ceria, sambil membawa pendekatan muzik yang lebih nostalgik.Menurut Zimi lagi, lagu tersebut diinspirasikan dengan sentuhan light rock era 60-an, satu elemen yang memberikan nuansa klasik serta membangkitkan memori muzik lama yang dekat dengan jiwa pendengar. Pendekatan ini sekali gus menjadikan Berhari Raya sebuah lagu raya yang segar tetapi tetap berakar pada unsur nostalgia.Selain itu, keseluruhan proses penghasilan lagu ini juga berlaku dalam tempoh yang sangat singkat. Zimi mendedahkan bahawa proses rakaman dan pembikinan lagu tersebut berjaya disiapkan dalam masa sekitar dua hingga tiga hari sahaja, sesuatu yang jarang berlaku dalam kebanyakan produksi muzik.Tambah beliau, idea menghasilkan lagu ini turut lahir daripada permintaan peminat yang mahu melihat kumpulan itu kembali menghasilkan karya raya. Justeru, Berhari Raya dianggap sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong setia yang terus mengikuti perjalanan seni mereka sejak dahulu lagi.

Barisan anggota kumpulan SecondPlan — Zimi, Amir, One dan Fairouz — bergaya ceria dalam sesi fotografi sempena lagu raya terbaharu mereka, Berhari Raya.

Dalam pada itu, SecondPlan memberi bayangan bahawa mereka akan terus aktif dengan perancangan untuk melancarkan single baharu selepas musim perayaan, sekali gus menandakan fasa baharu yang lebih produktif buat kumpulan tersebut dalam industri muzik tempatan.Lagu Berhari Raya, terbitan Nova Music Malaysia, mula tersedia untuk distrim di semua platform penstriman muzik digital bermula 27 Februari 2026, manakala muzik video rasminya turut dilancarkan di saluran YouTube 'Nova Music Videos' dalam masa terdekat.

Video

Music\Malay\Eid al-Fitr

Eh Ah! Raya — Lagu Raya Ceria Farahdhiya Gabungan Tradisional dan Moden

✒️ Sebas Lo 🗓️ 3 Mac 2026

Kulit album Eh Ah! Raya (lagu Farahdhiya)

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2026 – Penyanyi dan pelakon versatil, Farahdhiya, kembali memeriahkan 'mood' Aidilfitri tahun ini menerusi single raya terbaharu berjudul Eh Ah! Raya — sebuah lagu ceria dan bertenaga yang mengangkat semangat kekeluargaan serta kegembiraan menyambut Syawal.
Menggabungkan elemen tradisional dan moden, lagu ini tampil dengan susunan muzik yang menyatukan bunyi klasik seperti rebana bersama sentuhan pop kontemporari. Pendekatan tersebut menjadikan Eh Ah! Raya dekat dengan selera pendengar masa kini tanpa mengabaikan identiti muzik raya yang sinonim dengan budaya tempatan.
Single ini merupakan hasil kolaborasi kreatif antara Farahdhiya dan komposer prolifik Pown Hasril. Lagu ini digubah bersama oleh Farahdhiya dan Pown Hasril, manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh Farahdhiya sendiri. Pown Hasril turut bertindak sebagai penerbit dan penyusun muzik, dengan sentuhan rebana oleh Ajay Amai serta petikan gitar oleh Pown Hasril.Bagi memperkayakan lagi tekstur bunyi, vokal latar disumbangkan oleh Glowrush dan Ajay Amai. Kemeriahan suasana raya turut diperindah dengan suara kanak-kanak daripada Nawal Zayani dan Nawal Ariana, manakala proses adunan serta mastering disempurnakan oleh Jack Jafni bagi memastikan kualiti audio terbaik.Menurut Farahdhiya, idea penghasilan lagu ini tercetus daripada rasa rindu terhadap suasana Aidilfitri yang penuh warna, gelak tawa dan kebersamaan keluarga. Beliau menyatakan hasratnya untuk menghasilkan lagu raya yang benar-benar mencerminkan personalitinya — ceria, ‘playful’ dan sarat dengan semangat kekeluargaan. Lagu ini menggambarkan momen persiapan raya, anak-anak yang riang berlari serta keluarga yang berkumpul tanpa mengira usia.Tambahnya lagi, beliau berharap Eh Ah! Raya mampu menjadi runut bunyi wajib setiap kali menjelang Syawal. Bagi Farahdhiya, Aidilfitri bukan sekadar tentang pakaian baharu atau juadah istimewa, tetapi lebih kepada nilai kebersamaan dan kemaafan yang menjadi inti pati sambutan tersebut.Dengan tempo rancak dan korus yang mudah melekat di ingatan, lagu ini diyakini berpotensi menjadi antara pilihan utama sepanjang musim perayaan — bukan sahaja untuk diputarkan di radio dan platform digital, malah sesuai mengiringi kempen komersial, acara korporat serta kandungan media sosial sepanjang Syawal.

Syot BTS video muzik Eh Ah! Raya, nyanyian Farahdhiya (tengah, barisan hadapan)

Single Eh Ah! Raya yang diedarkan oleh Seventeen Eleven Muzik boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital utama bermula 25 Februari 2026. Muzik video rasmi lagu tersebut yang menampilkan konsep penuh warna serta elemen tradisi raya turut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’.Pelancaran ini sekali lagi membuktikan kemampuan Farahdhiya untuk terus relevan dan kreatif dalam industri muzik tempatan, sambil menghadiahkan karya yang mampu menyatukan pelbagai generasi dalam satu irama — Eh Ah! Raya!

Video

Music\Malay\Pop

Adira Suhaimi Kembali dengan Sayang Orang Sama, Lagu Tentang Keikhlasan dan Redha

✒️ Sebas Lo 🗓️ 2 Mac 2026

Kulit album Sayang Orang Sama (lagu Adira Suhaimi)

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2026 – Penyanyi yang sinonim dengan gelaran 'Ratu OST’, Adira Suhaimi kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi single terbaharu berjudul Sayang Orang Sama, sebuah karya yang mengangkat tema keikhlasan, penerimaan dan keberanian untuk merelakan sesuatu yang tidak sepenuhnya menjadi milik sendiri.
Diterbitkan oleh Nova Music Malaysia, lagu ini merupakan hasil ciptaan gandingan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito — dua nama yang kerap menghiasi pentas akhir Anugerah Juara Lagu — manakala liriknya ditulis bersama Dato’ Arisz Abdul Rahman JP.
Mengangkat genre balada kontemporari yang sederhana namun padat emosi, Sayang Orang Sama menonjolkan kekuatan vokal Adira yang selama ini dikenali dengan kemampuan menyampaikan penghayatan secara tulus dan berlapik. Lagu ini lahir daripada pemerhatian serta pengalaman hidup yang membentuk kematangan emosinya sebagai seorang wanita.Menurut Adira, karya ini bukan sekadar berkisar tentang konflik cinta, sebaliknya merupakan refleksi tentang kejujuran perasaan dan keberanian menerima hakikat. Katanya, lagu tersebut sangat dekat dengan jiwanya kerana ia menggambarkan situasi apabila seseorang menyayangi insan lain, namun akhirnya menyedari bahawa kasih itu tidak sepenuhnya menjadi miliknya.Proses rakaman turut membuka ruang introspeksi buat penyanyi itu. Adira mengakui beliau banyak merenung soal penerimaan dan reda ketika merakamkan lagu berkenaan. Baginya, tidak semua cinta perlu dimiliki sepenuhnya dan tidak semua kisah berakhir dengan penyesalan — ada kalanya melepaskan dengan tenang adalah jalan paling matang.Tambahnya lagi, kekuatan utama lagu ini terletak pada kejujuran lirik yang menggambarkan realiti kehidupan, khususnya bagi mereka yang memilih untuk memendam rasa demi menjaga hati orang lain. Sayang Orang Sama disifatkan sebagai suara kepada individu yang kelihatan kuat di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam, selain menekankan konsep menerima kenyataan tanpa menyimpan kebencian.Dari sudut penerimaan pendengar, Adira berharap lagu ini mampu menjadi peneman emosi buat mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hubungan mahupun kehidupan. Jika karya tersebut dapat membuatkan seseorang berasa difahami dan tidak keseorangan, itu sudah memadai baginya.Single ini juga mengukuhkan lagi kerjasama berterusan Adira bersama Nova Music Malaysia yang sebelum ini telah menerbitkan beberapa lagu popularnya. Kolaborasi tersebut mengekalkan identiti muzik Adira yang menitikberatkan kejujuran emosi, kekuatan vokal serta karya yang relevan dengan perjalanan hidup pendengar.Seperti kebanyakan lagu Adira yang sering menjadi pilihan runut bunyi drama, Sayang Orang Sama turut dipilih sebagai lagu tema untuk drama bersiri 30 episod berjudul Khianat Yang Terpilih yang bersiaran di slot Akasia (7.00 malam – 8.00 malam) di TV3 mulai 26 Februari 2026.Sayang Orang Sama kini boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital utama, manakala muzik video rasmi lagu ini akan mula ditayangkan di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada 2 Mac 2026, jam 3 petang.

Music\Malay\Pop

Yang Engkau Mahukan Cerminan Kisah Hidup Hafiz Suip

✒️ Sebas Lo 🗓️ 1 Mac 2026

Kulit album Yang Engkau Mahukan (lagu Hafiz Suip)

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2026 – Selepas 17 tahun bergelar penyanyi profesional sejak menjuarai Akademi Fantasia Musim ke-7 pada tahun 2009, Hafiz Suip mengakui masih berdepan rasa gementar setiap kali memperkenalkan karya baharu. Single terbaharunya berjudul Yang Engkau Mahukan menjadi antara karya paling dekat dengan dirinya sepanjang perjalanan seni.Single tersebut diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia, manakala lagu ini digubah sepenuhnya oleh komposer tersohor, Ajai. Kolaborasi ini sekali lagi menemukan Hafiz dan Ajai selepas beberapa kerjasama terdahulu.

Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail (tengah) merasmikan pelancaran single terbaharu Hafiz Sui, Yang Engkau Mahukan dalam majlis yang turut dihadiri komposer Ajai serta wakil industri muzik tempatan.

Menurut Hafiz, keistimewaan karya Ajai terletak pada keunikan melodi yang tidak statik serta dinamik dari segi susunan bunyi. Namun begitu, beliau mengakui wujud tekanan tersendiri memandangkan industri muzik tempatan kini menyaksikan kemunculan ramai penyanyi solo lelaki, sekali gus menjadikan persaingan semakin sengit.Lebih peribadi, Hafiz mendedahkan bahawa Yang Engkau Mahukan membawa kisah tentang dirinya dan perjalanan hidup yang dilalui. Interpretasi lagu itu, katanya, bergantung kepada peminat untuk menilai dan memahami mesej yang ingin disampaikan. Pelancaran single ini juga hadir tidak lama selepas beliau mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Fiona Safiya pada 13 Februari 2026 di Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Hafiz Suip bersama isterinya, Fiona Safiya John Nolly, pada majlis pelancaran single terbaharunya, Yang Engkau Mahukan.

Dari sudut proses rakaman, Hafiz memaklumkan beliau dan Ajai meluangkan masa berbincang secara mendalam mengenai hala tuju karya tersebut sebelum proses rakaman dilakukan. Rakaman vokal terpaksa dibuat sebanyak dua kali bagi mencari kesesuaian nada suara. Pada sesi kedua, Ajai menaikkan satu ‘key’ vokal Hafiz bagi memastikan karakter dan dinamika suaranya lebih menyerlah.Ajai pula menyifatkan Hafiz sebagai penyanyi yang semakin matang dari segi teknikal dan penghayatan. Menurutnya, penyanyi itu hadir ke studio dengan persediaan rapi serta memahami sepenuhnya tuntutan melodi dan lirik lagu. Proses keseluruhan penghasilan single ini mengambil masa kira-kira sebulan, bermula daripada perbincangan konsep sehinggalah terhasilnya komposisi akhir.Dari sudut konsep, Ajai menjelaskan bahawa walaupun terdapat pelbagai kategori lagu berunsur galau, mereka memilih pendekatan yang lebih matang dan bersesuaian dengan sasaran pendengar Hafiz. Matlamat utama adalah memastikan mesej lagu sampai, menyentuh emosi dan kekal tersemat dalam jiwa pendengar.Hafiz berharap karya terbaharunya itu diterima baik oleh peminat yang sekian lama menantikan kemunculan single baharu daripadanya. Yang Engkau Mahukan telah dilancarkan di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music sejak 16 Januari 2026.

Music\Concert\Islamic

Ijmal Cinta Ramadan 3.0: Konsert Amal Hiburan Dakwah Himpunkan 10 Nama Besar di Saloma Kuala Lumpur

✒️ Sebas Lo 🗓️ 28 Februari 2026

Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan bersama penganjur Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar (berdiri tengah, barisan kedua) di Sidang Media Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0.

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2026 – Sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penganjur HS Event & Ent Sdn. Bhd. sekali lagi tampil dengan penganjuran Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0, yang dijadual berlangsung pada 14 Mac 2026 di Saloma Kuala Lumpur.Edisi ketiga ini dianjurkan susulan sambutan memberangsangkan yang diterima sebelum ini, khususnya daripada peminat yang menghargai pendekatan hiburan dakwah yang diketengahkan. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, sebaliknya menggabungkan elemen spiritual yang signifikan sepanjang Ramadan.Barisan artis yang terlibat menghimpunkan 10 nama besar era 80an dan 90an, iaitu Shima, To'Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata serta The Rayhan. Kehadiran mereka dijangka mengubat kerinduan peminat terhadap karya-karya nostalgia yang pernah mewarnai industri muzik tempatan.Menurut penganjur merangkap Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi Mubarak Akhtar, konsep konsert ini menitikberatkan keseimbangan antara hiburan dan pengisian rohani. Atur cara dimulakan dengan tadarus al-Quran serta sesi tazkirah sebelum berbuka puasa, diikuti solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih, barulah persembahan artis dimulakan, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih bertepatan dengan suasana Ramadan.

Gegantung Konsert Ijmal Cinta Ramadan dan paparan skrin Majlis Sidang Media & Berbuka Puasa Konsert Ijmal Cinta Ramadan

Penganjuran kali ini menawarkan beberapa pakej eksklusif mengikut lokasi dan ruang yang digunakan. Bagi pengalaman premium di Saloma Theatre Hall, harga ditetapkan pada RM20,000 bagi satu meja untuk 10 orang. Di Saloma Cafe, pakej ditawarkan pada RM4,000 bagi meja 4 orang dan RM6,000 bagi meja 6 orang. Manakala bagi ruang di MATIC, pakej berharga RM15,000 bagi satu meja untuk 10 orang, sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati konsert berkonsep hiburan dakwah ini mengikut keselesaan dan kapasiti yang ditawarkan.Selain elemen hiburan dan ibadah, aspek kebajikan turut menjadi tunjang utama penganjuran. Sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan bagi membantu sekurang-kurangnya 25 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan. Pada masa sama, pemberian duit raya juga akan diagihkan kepada anak-anak yatim yang diraikan menjelang sambutan Aidilfitri.

Sesi sidang media Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang berlangsung di Saloma Theatre Hall.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 sekali lagi membuktikan bahawa platform hiburan mampu menjadi medium dakwah dan kebajikan secara serentak. Dengan gabungan artis legenda, pengisian ibadah serta misi amal, acara ini dijangka menjadi antara program Ramadan yang paling dinantikan tahun ini di ibu kota.Untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan meja, orang ramai boleh menghubungi:-

NamaNombor telefon bimbit
Shasha019 769 5588
Naim017 410 1086
Hatta018 223 9934
Sni012 662 4079
Hj Zainal017 272 8877

Music\Malay\Hit Pop

24 Tahun Mengukir Nama, IDLYA Bukti Ketekalan Misha Omar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 11 Februari 2026

Kulit album IDLYA (lagu Misha Omar)

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2026 – Selepas kejayaan single Break yang mencetuskan fenomena tahun lalu, penyanyi berkaliber Misha Omar kembali dengan karya terbaharu berjudul I Don’t Love You Anymore atau singkatannya IDLYA, sekali gus menandakan kesinambungan perjalanan seninya yang kini memasuki tahun ke-24 dalam industri muzik.Pelancaran video muzik (MV) rasmi lagu tersebut dan sidang media telah berlangsung di Hotel Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South, menghimpunkan rakan media dan penggiat industri muzik tempatan, termasuk pengarah MV, Chuan Looi, bagi meraikan kelahiran naskhah baharu yang dihasilkan dengan ketelitian dan standard produksi tinggi.Menerusi single ini, Misha kembali bekerjasama dengan barisan tenaga kreatif yang sama di sebalik kejayaan Break, iaitu komposer prolifik Indonesia Melly Goeslaw dan produser tersohor Tohpati, selain mendapat bimbingan pengarah vokal Datuk Syafinaz Selamat. Kolaborasi strategik ini sekali lagi memperkukuh jalinan seni antara Malaysia dan Indonesia dalam landskap muzik nusantara.Menurut Misha, IDLYA bukan sekadar sebuah single baharu, sebaliknya manifestasi kematangan dirinya sebagai anak seni selepas lebih dua dekad berkarya. Beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menetapkan formula tertentu dalam menghasilkan karya, sebaliknya membiarkan perjalanan seni berkembang secara organik, namun tetap menitikberatkan aspek kualiti dalam setiap penerbitan.

Beberapa syot daripada tayangan MV IDLYA.

Berbeza dengan Break yang menuntut penyesuaian dalam suasana kerja yang baharu ketika itu, IDLYA memberi ruang ekspresi yang lebih terbuka hasil keserasian yang telah terjalin bersama Tohpati dan Melly Goeslaw. Proses rakaman yang berlangsung di Dexter Studios, Jakarta pada awal Januari lalu turut menampilkan pendekatan lebih mendalam dalam pengolahan vokal serta emosi lagu.Menariknya, IDLYA turut dipilih sebagai lagu tema drama bersiri Kerana Cinta Itu Dusta yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 sepanjang Ramadan, sekali gus memperluaskan lagi capaian karya ini kepada penonton televisyen.Single I Don’t Love You Anymore (IDLYA) telah tersedia untuk distrim di semua platform digital utama termasuk Apple Music, Spotify dan YouTube sejak 6 Februari 2026, manakala MV rasminya dilancarkan pada 10 Februari 2026 jam 6.00 petang menerusi saluran YouTube rasmi Misha Omar.Dengan produksi yang berkualiti serta komposisi yang sarat emosi, IDLYA menampilkan sisi vokal Misha Omar yang semakin matang dan berkarakter, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura wanita paling berpengaruh dalam industri muzik tempatan.

Music\Concert\Malaysian

Konsert Rock Car Park Dijadualkan Gegarkan Rooftop Campbell Complex Mei 2026

✒️ Sebas Lo 🗓️ 10 Februari 2026

En. Mustaqim Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Nayla Network Sdn. Bhd. dan En. Najmi Rahim, Pengarah Urusan Nayla Network Sdn. Bhd. (berkot di barisan hadapan dari kiri ke kanan) bergambar bersama barisan pemuzik dan anggota band yang bakal menggegarkan pentas Konsert Rock Car Park.

KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Penganjuran Konsert Rock Car Park yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2026 di Rooftop Campbell Complex diumumkan secara rasmi menerusi satu sidang media yang diadakan di Campbell Complex.Sidang media berkenaan dianjurkan bagi memperkenalkan konsep konsert, perancangan promosi serta hala tuju pelaksanaan acara yang bakal mengetengahkan persembahan muzik rock dalam suasana urban terbuka. Pendekatan ini dilihat menawarkan pengalaman berbeza berbanding format konsert konvensional, sekali gus memberi nafas segar kepada penganjuran acara muzik tempatan.

Sesi sidang media Konsert Rock Car Park yang menghimpunkan pihak penganjur bersama barisan pemuzik dan wakil band.

Menurut En. Najmi Rahim @ Asai, Pengarah Urusan Nayla Network Sdn. Bhd., konsert ini disasarkan kepada pencinta muzik rock tempatan merentasi generasi tanpa mengira latar belakang. Beliau berkata usaha penganjuran Konsert Rock Car Park selari dengan aspirasi untuk menyemarakkan semula perkembangan muzik rock agar terus relevan dan berkembang seiring perubahan landskap industri hiburan semasa.Majlis berkenaan turut mengumumkan penglibatan beberapa nama besar dalam arena muzik rock tempatan termasuk MAY, SOFEA, BLOODSHED, WICITRA dan SHASHA AND THE BOYS, selain beberapa artis lain yang akan diumumkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Poster rasmi Konsert Rock Car Park

Jualan tiket konsert ini akan mula dibuka menerusi platform ticket2u.com bermula 12 Februari 2026.

Music\Malay\Pop Rock Alt

BLUNTSHEEP Lancar “Pedih” dan Buka Tirai Konsert Malam Simfoni Luka

✒️ Sebas Lo 🗓️ 23 Januari 2026

Kulit album Pedih (lagu BLUNTSHEEP)

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Kumpulan pop rock alternatif BLUNTSHEEP memulakan tahun baharu dengan langkah signifikan apabila bakal merilis single terbaharu berjudul “Pedih”, terbitan Sony Music Entertainment Malaysia. Pelancaran ini turut menandakan fasa baharu buat BLUNTSHEEP dalam memperkukuh identiti muzik mereka yang sarat emosi, penceritaan jujur dan energi pentas yang bertenaga.Single “Pedih” merupakan karya ciptaan Hadi Rumnan dengan lirik oleh Iman Imran, namun diolah semula oleh BLUNTSHEEP dalam versi remake yang tampil dengan susunan muzik lebih segar dan matang, sejajar dengan hala tuju bunyi pop rock alternatif serta elemen grunge yang menjadi teras mereka. Menurut siaran media, interpretasi baharu ini menonjolkan karakter BLUNTSHEEP sendiri tanpa menghilangkan roh asal karya tersebut.BLUNTSHEEP terdiri daripada Attana Qawiuddin Rumnan (Atta Rumnan), 18, selaku vokalis dan pemain gitar utama, Umar Naufal, 18 (gitar elektrik dan vokal latar), Moses Dass, 19 (dram), serta Arif Azmi sebagai ahli tambahan (bass). Ditubuhkan pada penghujung tahun 2023 oleh sekumpulan sahabat yang berkongsi visi muzik yang sama, BLUNTSHEEP tampil dengan identiti tersendiri menerusi gabungan riff dan solo gitar yang menonjol, vokal bertenaga, serta hentakan dram yang padu.Menariknya, “Pedih” turut membawa nilai sentimental yang besar buat Atta Rumnan kerana lagu tersebut merupakan ciptaan bapanya sendiri, Hadi Rumnan. Atta berpandangan bahawa karya muzik tidak mengenal batas usia, malah boleh diberi nafas baharu mengikut jiwa dan tafsiran semasa, sambil meneruskan legasi bapanya yang aktif sebagai pencipta lagu kepada beberapa penyanyi tanah air.Dalam perkembangan sama, BLUNTSHEEP turut diumumkan sebagai artis pembuka tirai Konsert Malam Simfoni Luka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini akan menampilkan barisan artis tempatan dan serantau seperti Midnight Fusic, Insomniacks dan For Revenge, sekali gus menjanjikan sebuah malam persembahan yang lebih intim dan emosional buat peminat muzik. BLUNTSHEEP menyifatkan peluang tersebut sebagai pengalaman yang sukar dibayangkan, namun mereka tetap komited untuk memberikan persembahan terbaik meskipun hanya membawakan tiga buah lagu.

Video

Sebagai penutup, “Pedih” kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music mulai 23 Januari 2026, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk BLUNTSHEEP membina komuniti peminat yang lebih kukuh serta terus berkembang dalam industri muzik tempatan dan serantau.

Music\Concert\Indonesian

BCL Bawa “Endless Love, Timeless Romance” Ke Pentas Gemilang di KLCC

✒️ Sebas Lo 🗓️ 30 September 2025

KUALA LUMPUR, 27 September 2025 – Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah menggegarkan Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menerusi konsert bertema “Endless Love, Timeless Romance”, sebuah pementasan yang sarat dengan romansa, nostalgia dan kolaborasi lintas negara.Konsert yang berlangsung penuh meriah itu turut menampilkan penyanyi muda Indonesia, Fajar Noor, bintang Malaysia Jaclyn Victor, serta pemain biola terkenal Dennis Lau, menjadikannya bukan sekadar konser cinta, malah satu persembahan gemilang yang menyatukan peminat muzik dari kedua-dua negara.

BCL membuka pentas dengan “OVERTURE BARU”, sebelum meneruskan alunan lagu hits seperti “INGKAR”, “JANGAN GILA”, “WATAK UTAMA” (duet bersama Yuna), dan “DANCE TONIGHT” yang memukau audiens.Fajar Noor tampil dalam dua set – bermula dengan duet bersama BCL menerusi “Tetaplah Di Hatiku” dan “Puteri Iklan”, sebelum mempersembahkan tiga lagu solo iaitu “Takhta Hatiku”, “Menjaga Hati”, dan “Tuhan Tau Kita Saling Cinta”.Jaclyn Victor pula memeriahkan pentas dengan duet “Love Story” bersama BCL, diikuti persembahan solo yang bertenaga menerusi lagu “Ikut Rentak Ku”, “Racun”, “Sesal Tak Bermakna”, “Cinta Tiada Akhirnya”, serta kombinasi “Glorious + Gemilang” yang menutup setnya dengan penuh gaya.

Konsert ini kemudian mencapai kemuncak dengan segmen Talkshow with Winners, menyajikan rangkaian lagu-lagu ikonik BCL seperti “Wanita Terbahagia”, “12 Tahun Terindah” bersama Dennis Lau, “Putri Iklan” dan “Aku dan Dirimu” bersama Fajar, sebelum menutup tirai dengan balada abadi “Badai Telah Berlalu”.Dengan produksi pentas yang rapi, pencahayaan dramatik, serta susunan lagu yang menyentuh emosi, konsert “Endless Love, Timeless Romance” meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton. Ia bukan sahaja mengukuhkan status BCL sebagai ikon muzik serantau, malah membuktikan muzik cinta adalah bahasa sejagat yang merentas sempadan.

Music\Malay\Hit Pop

Bunga Buktikan Evolusi Muzik dengan Album Sulung "Seharum Nama" & Single Gothic, Catchy “Tak Tidur Malam”

✒️ Sebas Lo 🗓️ 12 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2025 – Di tengah denyut nadi seni muzik Malaysia, Bunga membuka lembaran baharu perjalanan seninya dengan pelancaran album sulung penuh makna, Seharum Nama. Mengandungi 10 buah lagu yang dipilih dengan teliti, album ini menjadi manifestasi kematangan, keberanian bereksperimen, dan penceritaan yang diungkap penuh jiwa sejak langkah pertamanya pada tahun 2019.Memimpin barisan karya ini ialah single utama “Tak Tidur Malam” — sebuah lagu yang menggabungkan vibe gothic dengan melodi catchy, mencipta keseimbangan antara gelap dan segar. Karya ciptaan Amzar Razqa, Bunga, dan Amsyar Razqa ini melalui proses kreatif yang panjang, bermula daripada inspirasi dangdut sebelum diolah semula menjadi susunan muzik yang lebih misterius dan sinematik.

Album Seharum Nama turut memuatkan lagu-lagu pelbagai rasa seperti Buai, Jatuh, Dengarkanlah, Intan Payung (feat. Noraniza Idris), Apadehal (2025 Mix), Jiwa Raga, ME[MAHA]MI, Nak Buat Cane?, dan Jalan Keluar. Setiap satunya dipilih melalui perbincangan rapi bersama pasukan Warner Music Malaysia bagi memastikan kepelbagaian genre dan kualiti produksi yang seimbang.Melangkaui sekadar audio, pelancaran ini turut disertai dengan visual berskala filem pendek untuk ME[MAHA]MI, Tak Tidur Malam, dan Dengarkanlah. Di sebalik konsep penceritaan ini, ada sentuhan peribadi — idea asalnya datang daripada Amzar Sabri, suami Bunga, yang mahu menggabungkan seni muzik dan sinema untuk menyalurkan mesej yang tersirat. Hasilnya ialah naratif visual yang bukan sahaja memperkaya pengalaman pendengar, tetapi juga membawa penonton ke dalam dunia artistik Bunga.

Sebagai pelengkap, edisi khas piring hitam dan koleksi merchandise eksklusif hasil kolaborasi dengan jenama High Cultured bakal menemui peminat tidak lama lagi, mengukuhkan lagi momen ini sebagai detik penting dalam kariernya.Seharum Nama kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai hari ini, sementara video muzik “Tak Tidur Malam” sudah pun tersedia di YouTube — mengundang peminat untuk merasai sendiri sihir gothic-catchy yang menjadi nadi karya ini.


🎬MOVIES / FILMS🎥


Films\Malay\Action, Thriller

Tiket Sehala Dedah Realiti Penipuan Pekerjaan, Rasmi ke Pawagam Mulai 6 Ogos

✒️ Sebas Lo 🗓️ 10 Julai 2026

Sesi bergambar bersama barisan artis, tenaga produksi, wakil Tomaz Pickleball Club termasuk pengasasnya, Thomas Teoh, serta beberapa tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis pelancaran poster dan treler rasmi Tiket Sehala di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya. [Gambar oleh: Sebastian (Julai 2026)]

SUBANG JAYA, 9 Julai 2026 — Poster dan treler rasmi filem Tiket Sehala akhirnya diperkenalkan kepada umum dalam sebuah majlis pelancaran yang berlangsung lain daripada kebiasaan di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, semalam. Berbeza dengan acara promosi filem yang lazimnya diadakan di hotel, ruang acara atau pawagam, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan perlawanan pickleball persahabatan membabitkan barisan pelakon, wakil media, tetamu jemputan serta pengasas Tomaz Pickleball Club dan Tomaz Shoes, Thomas Teoh, sekali gus mewujudkan suasana santai usai sesi pelancaran.Diterbitkan oleh Key Billions Sdn. Bhd., Tiket Sehala merupakan sebuah survival thriller arahan Rahila Ali yang diinspirasikan daripada realiti penipuan pekerjaan (job scam) dan pemerdagangan manusia, isu yang semakin membimbangkan serta terus meragut mangsa di peringkat global. Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos 2026.

Noki K-Clique sebagai Alif (kiri) & Ainee Mustafa sebagai Putri (kanan) [Gambar oleh: Sebastian (Julai 2026)]

Menampilkan barisan pelakon dari empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, filem ini dibintangi oleh Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa, Sheila Mambo, Hasnul Rahmat, Ardell Aryana, Zaki Yamani dan Saha Champ, selain pelakon antarabangsa Hyunjun Suk, Ha Ju Young, Usadee Aphisit (Ninja) serta Naufal Samudra. Penggambaran turut dijalankan di Malaysia dan Korea Selatan dengan kerjasama tenaga produksi dari kedua-dua negara.Mengisahkan Alif, Putri dan Taqy, filem ini membawa penonton menyelami kehidupan sekumpulan rakyat Malaysia yang diperdaya dengan tawaran pekerjaan di Korea Selatan. Setibanya di sana, impian mencari rezeki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja di sebuah ladang bawang terpencil tanpa peluang melarikan diri.

Rahila Ali, pengarah filem Tiket Sehala memberikan ucapan sempena pelancaran treler dan poster rasmi filem tersebut. [Gambar oleh: Sebastian (Julai 2026)]

Menurut Rahila Ali, walaupun filem ini dipersembahkan dalam genre survival thriller, fokus utamanya adalah untuk menyampaikan mesej yang mampu membuka mata masyarakat terhadap bahaya sebenar di sebalik tawaran pekerjaan luar negara yang mencurigakan. Beliau berharap penonton bukan sahaja menikmati setiap detik ketegangan, malah lebih peka terhadap isu yang semakin membelenggu masyarakat hari ini.Rahila turut menjelaskan bahawa proses pembikinan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan sebahagian besar penggambaran berlangsung di Korea Selatan. Cabaran permit, logistik, faktor cuaca serta penyelarasan antara kru Malaysia dan Korea Selatan menjadi antara pengalaman yang mematangkan keseluruhan produksi, namun berjaya diatasi hasil komitmen tinggi semua pihak yang terlibat.

Selepas majlis pelancaran, Wafiy A'an dan Elfira Loy membentuk gandingan dalam aksi pickleball persahabatan yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemeriahan. [Gambar oleh: Sebastian (Julai 2026)]

Dengan gabungan isu semasa, jalan cerita yang diinspirasikan daripada realiti, produksi rentas negara serta barisan pelakon tempatan dan antarabangsa, Tiket Sehala bukan sekadar menawarkan pengalaman sinematik yang mendebarkan, malah mengangkat kisah tentang harapan, pengorbanan dan nilai sebuah kebebasan yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Poster rasmi Tiket Sehala [Gambar ihsan: Key Billions (Julai 2026)]

Video

Treler rasmi Tiket Sehala [Sumber: YouTube 'Key Billions Sdn Bhd']

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tiket Sehala di pawagam seluruh negara mulai 6 Ogos 2026. Saksikan sendiri sebuah naskhah yang menggabungkan aksi, ketegangan dan mesej kemanusiaan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap bahaya sindiket penipuan pekerjaan.

Photo dump memperlihatkan majlis pelancaran poster dan treler rasmi Tiket Sehala [Gambar oleh: Sebastian (Julai 2026)]

Films\Malay\Action, Fantasy, Drama

The Keris Pertaruh Warisan Melayu dalam Epik Aksi Moden [Ulasan]

✒️ Nabila Hanif 🗓️ 30 Jun 2026

Paparan skrin poster filem The Keris di majlis tayangan perdana yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall. [Gambar oleh: Sebastian (Jun 2026)]

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 — Suasana penuh gemilang menyelubungi GSC Mid Valley Megamall apabila filem aksi tempatan The Keris diraikan dalam sebuah majlis tayangan perdana yang berlangsung meriah pada malam Rabu.Majlis tersebut menghimpunkan barisan pelakon, kru produksi, penggiat industri serta tetamu jemputan khas yang hadir bagi menyaksikan sendiri naskhah yang mengangkat elemen warisan Melayu, sejarah, persilatan dan aksi moden dalam satu penceritaan yang segar.Diterbitkan oleh Mathe's Production House Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Viknes Perrabu, filem ini menjadi antara karya tempatan yang dinanti-nantikan menjelang tayangan rasmi di pawagam seluruh negara bermula 2 Julai 2026.

Barisan pelakon filem The Keris bergambar bersama di acara tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall. [Gambar ihsan: Key Billions (Jun 2026)]

Naskhah ini mengetengahkan kisah yang menggabungkan latar zaman Hang Tuah dan era moden, sekali gus memberikan nafas baharu kepada legenda Melayu yang terus menjadi sebahagian daripada identiti bangsa.Menurut penerbitnya, Dr. Matheyalagan Thilagavathy, idea menghasilkan filem ini tercetus selepas beliau menyedari semakin ramai generasi muda yang kurang mengenali tokoh-tokoh sejarah seperti Hang Tuah dan para sahabatnya. Atas rasa tanggungjawab untuk memelihara warisan negara, beliau mahu mengangkat semula kisah tersebut menerusi medium filem agar lebih dekat dengan penonton masa kini.

Penerbit, Dr. Matheyalagan Thilagavathy (kiri); Pengarah, Viknes Perrabu (tengah); Dr. Sinniah Naido (kanan) [Gambar ihsan: Key Billions (Jun 2026)]

Walaupun berbangsa India, Dr. Matheyalagan melihat usaha menghasilkan karya berteraskan budaya Melayu sebagai satu penghormatan terhadap sejarah negara. Pengalaman membesar bersama masyarakat Melayu sejak kecil turut menyemai kecintaannya terhadap budaya, adat resam dan nilai-nilai tradisi yang akhirnya diterjemahkan ke layar perak. Malah, beliau turut mendedahkan bahawa pembikinan filem ini dibiayai menggunakan dana sendiri tanpa sebarang pembiayaan luar mahupun bantuan daripada FINAS.The Keris mengisahkan seorang anggota mafia dari Rusia yang berusaha mendapatkan Keris Tempa Melaka, senjata legenda milik Hang Tuah yang dipercayai memiliki keistimewaan tersendiri. Misi tersebut membawa kepada pertembungan pelbagai pihak, sekali gus membuka lembaran konflik yang menggabungkan unsur sejarah, aksi moden dan perjuangan mempertahankan warisan bangsa.Bagi pengarah Viknes Perrabu, filem ini menjadi pengalaman pertamanya mengarahkan sebuah filem Melayu selepas lebih 15 tahun aktif dalam industri filem Tamil. Beliau tertarik dengan kekuatan skrip yang menggabungkan elemen sejarah, budaya dan identiti bangsa sebelum bersama pasukan produksi menjalankan penyelidikan terperinci mengenai keris, adat Melayu serta pelbagai istilah tradisional bagi memastikan penceritaan lebih autentik.Tambah beliau, pembangunan skrip turut melibatkan Datuk Zulkiflie M. Osman, manakala cabaran terbesar sepanjang penggambaran ialah aspek komunikasi dalam bahasa Melayu. Namun, pengalaman itu berjaya diatasi hasil kerjasama seluruh pasukan produksi serta sokongan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Raja Azrey.Dari aspek aksi pula, The Keris menggabungkan persilatan Melayu, seni bela diri moden serta pelbagai babak lagak ngeri yang dijangka menjadi antara tarikan utama filem ini. Pendekatan tersebut bukan sahaja memperlihatkan kepelbagaian koreografi aksi, malah mengangkat keunikan seni mempertahankan diri tempatan dalam sebuah naskhah komersial.

Barisan pelakon filem The Keris yang menghadiri majlis tayangan perdana [Gambar ihsan: Key Billions (Jun 2026)]

Filem ini menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Nik Ramly, Raja Azrey, Dnesh Murugan dan Datuk Jalaluddin Hassan. Lebih menarik, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut membuat kemunculan istimewa sebagai cameo.Dengan gabungan elemen sejarah, aksi, drama serta mesej menghargai warisan bangsa, The Keris diharapkan mampu memperkenalkan semula kisah legenda Melayu kepada generasi baharu dalam bentuk yang lebih segar dan menghiburkan.

Penerbit, Dr. Matheyalagan Thilagavathy memberi sepatah dua kata sebelum filem tersebut ditayangkan kepada para tetamu. [Gambar ihsan: Key Billions (Jun 2026)]

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan disediakan berdasarkan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem The Keris.Dalam era filem tempatan yang semakin pelbagai, The Keris hadir sebagai sebuah naskhah yang berani mengetengahkan warisan Melayu, hikayat Hang Tuah, seni persilatan dan aksi moden dalam satu penceritaan. Apa yang lebih menarik, filem ini diterbitkan oleh sebuah pasukan produksi yang majoritinya terdiri daripada penggiat filem berbangsa India, namun memilih untuk mengangkat sejarah dan budaya Melayu sebagai nadi utama filem. Keberanian ini sememangnya wajar diberikan pujian kerana ia membuktikan bahawa warisan negara bukan hanya milik satu kaum, sebaliknya boleh diraikan dan dipelihara oleh seluruh rakyat Malaysia.Malah, kisah Hang Tuah dan Hang Jebat bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia perfileman tempatan. Legenda ini pernah diangkat ke layar perak menerusi filem klasik Hang Tuah lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Justeru, The Keris hadir dengan tanggungjawab besar untuk memperkenalkan semula legenda tersebut kepada generasi baharu melalui pendekatan yang lebih kontemporari.

Premis yang Menarik

Idea utama filem ini sebenarnya cukup menarik. Ia menggabungkan dua latar masa, iaitu era Hang Tuah dan zaman moden, sambil mengangkat persoalan tentang legasi, maruah dan perjuangan mempertahankan warisan bangsa.Walaupun judulnya The Keris, sebahagian besar penceritaan sebenarnya lebih banyak memfokuskan kepada seni persilatan dan bagaimana silat dibandingkan dengan seni bela diri luar seperti Muay Thai atau tinju. Konflik utama memang berkisar mengenai usaha Samuel (Zainal Isa) mendapatkan Keris Tempa Melaka yang dijaga oleh Pak Hassan (Nik Ramly), manakala Daeng (Syazlie Syazz) menjadi pewaris yang mempertahankan khazanah tersebut. Namun begitu, keris lebih berfungsi sebagai objek buruan berbanding elemen yang benar-benar menggerakkan keseluruhan naratif.Penonton mungkin mengharapkan lebih banyak adegan yang memperlihatkan bagaimana Daeng menggunakan keris tersebut dalam pertarungan moden, atau bagaimana kuasa, nilai dan simbolisme keris benar-benar mempengaruhi perjalanan cerita. Potensi itu ada, tetapi tidak diterokai sepenuhnya.

Dua Watak untuk Syazlie Syazz

Keputusan memilih Syazlie Syazz membawakan dua watak, iaitu Hang Tuah dan Daeng, merupakan satu pilihan kreatif yang menarik.Dari sudut simbolik, ia boleh ditafsirkan sebagai kesinambungan semangat kepahlawanan yang diwarisi merentasi zaman. Malangnya, filem tidak benar-benar menjelaskan rasional di sebalik keputusan tersebut.Persoalan sama ada Syazlie dipilih kerana kemahiran seni mempertahankan dirinya atau kerana kebolehannya membawa dua karakter yang berbeza tidak pernah diteroka secara mendalam. Sedikit penjelasan tambahan pasti dapat membantu penonton memahami hubungan antara kedua-dua watak tersebut.

Lakonan: Potensi Ada, tetapi Masih Memerlukan Penggilapan

Pemilihan Syazlie Syazz sebagai watak utama boleh dianggap sebagai satu eksperimen yang berani.Beliau sememangnya mempunyai latar belakang yang kukuh dalam dunia lagak ngeri dan koreografi aksi. Aspek ini jelas membantu ketika babak pertarungan kerana gerakan silat yang dipersembahkan kelihatan kemas dan meyakinkan.Syazlie memiliki asas yang sukar dimiliki ramai pelakon baharu. Dengan lebih banyak pengalaman dan latihan lakonan, beliau berpotensi berkembang sebagai salah seorang pelakon aksi tempatan yang lebih lengkap.Apabila melibatkan penyampaian dialog dan ekspresi emosi, terdapat ruang untuk beliau terus berkembang dan memperhalusi lagi pendekatan lakonannya. Dalam beberapa babak, penyampaian dialog masih boleh diperkayakan dengan variasi emosi yang lebih mendalam agar impaknya terasa lebih kuat kepada penonton.Walaupun begitu, Syazlie memiliki asas yang sukar dimiliki ramai pelakon baharu. Dengan lebih banyak pengalaman dan latihan lakonan, beliau berpotensi berkembang sebagai salah seorang pelakon aksi tempatan yang lebih lengkap.
Perkara yang hampir sama boleh dilihat pada watak lakonan Abbey Abimbola. Fizikal dan aksi beliau cukup meyakinkan, namun penyampaian dialog masih belum benar-benar kedengaran semula jadi.
Sementara itu, watak Siti lakonan Julia Larica pula dirasakan kurang memainkan peranan penting dalam perkembangan cerita. Wataknya mempunyai potensi untuk menjadi jambatan emosi kepada Daeng, namun ruang tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Produksi Menunjukkan Cita-Cita yang Besar

Dari awal lagi, The Keris memberikan gambaran sebuah produksi yang mempunyai kekangan bajet. Persepsi itu sudah dapat dirasakan sejak treler pertama diterbitkan.Walaupun begitu, keberanian produksi untuk menghasilkan filem aksi berteraskan sejarah dengan sumber yang terhad tetap wajar dihargai. Bukan mudah menghasilkan filem yang melibatkan persilatan, aksi berskala besar dan dua latar masa tanpa sokongan bajet yang besar.

Konsistensi Editing dan Color Grading

Aspek pasca-produksi filem ini merupakan antara perkara penting untuk disentuh.Penggunaan color grading kelihatan tidak konsisten. Ada babak yang menerima sentuhan warna yang agak berat walaupun tidak memerlukannya, manakala ketika adegan aksi pula visual kelihatan terlalu rata sehingga menyerupai rakaman mentah (raw footage).Walaupun begitu, beberapa komposisi visual terutama yang melibatkan latar alam dan babak persilatan sebenarnya mempunyai potensi untuk tampil lebih sinematik sekiranya disokong dengan penyuntingan warna yang lebih sekata.

Penataan Bunyi dan Kerja Kamera

Terdapat beberapa bahagian yang memperlihatkan audio tidak selari dengan visual selain kesan bunyi yang kedengaran agak berlebihan.Kekuatan filem ini ialah usaha mengangkat silat Melayu sebagai identiti utama. Beberapa gerakan asas dan bunga silat sebenarnya dipersembahkan dengan baik, namun penyuntingan kamera yang terlalu agresif menyebabkan keindahan koreografi tersebut kurang menyerlah.

Diragui Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI)

Terdapat beberapa babak yang jelas menggunakan AI walaupun naratif masih boleh difahami tanpa adegan tersebut.Daripada menggunakan "body double" untuk mempamerkan gerakan bunga silat, filem memilih pendekatan AI yang menyebabkan pergerakan tubuh dan ekspresi wajah kelihatan tidak semula jadi.Teknologi AI sememangnya mempunyai tempat dalam industri perfileman moden. Namun penggunaannya perlu benar-benar menyokong penceritaan dan bukannya menjadi elemen yang menarik perhatian penonton.

Tiada Lagi Elemen Kejutan kerana Didedahkan Terlalu Awal

Sekiranya Datuk Jalaluddin Hassan benar-benar mahu dipromosikan sebagai "Special Appearance" di layar, mungkin lebih berkesan sekiranya wajah beliau tidak didedahkan lebih awal menerusi treler atau poster rasmi.Kemunculan beliau pasti akan memberikan impak yang lebih besar sekiranya disimpan sebagai satu kejutan atau "easter egg" kepada penonton.

Video

Dalam keadaan filem berteraskan hikayat Melayu, persilatan dan warisan sejarah semakin jarang diterbitkan, usaha produksi menghidupkan semula legenda Hang Tuah dan Keris Tempa Melaka dalam sebuah naskhah dipanggil The Keris sememangnya wajar diberikan penghargaan.Walaupun kelemahan dari sudut teknikal jelas kelihatan, filem ini tetap membuktikan bahawa karya berteraskan warisan masih mempunyai tempat dalam industri perfileman tempatan.Harapannya, The Keris, di samping filem seperti Mat Kilau, akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak filem aksi-warisan tempatan yang berani mengangkat sejarah negara dengan nilai produksi yang lebih kukuh. Dengan skrip yang lebih mantap, pembangunan watak yang lebih mendalam dan pasca-produksi yang lebih kemas, konsep seperti ini berpotensi berkembang menjadi sebuah francais yang mampu memperkenalkan legenda Melayu kepada generasi akan datang.Rating: ★★★★⯪☆☆☆☆☆ (4.5/10)The Keris edaran Key Billions dengan klasifikasi '13' akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 2 Julai 2026. Bagi peminat filem aksi tempatan, seni persilatan serta kisah-kisah legenda Melayu, naskhah ini wajar diberikan peluang sebagai satu usaha berani menghidupkan semula warisan bangsa di layar perak.

Films\Malay\Horror

Saka, Trauma dan Rahsia Keluarga Menanti dalam Khadam [Ulasan]

✒️ Sebas Lo 🗓️ 19 Jun 2026

Paparan skrin poster filem Khadam di majlis tayangan media yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall.

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 — Selepas mencetuskan keterujaan menerusi teaser, poster rasmi, treler serta lagu tema yang dilancarkan sejak beberapa minggu lalu, filem seram tempatan Khadam kini bersedia menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun ini. Lebih daripada sekadar sebuah filem seram konvensional, naskhah arahan Shamyl Othman ini hadir dengan naratif yang menyelami ketakutan paling dekat dengan masyarakat Melayu — warisan saka yang tidak boleh ditolak, kesetiaan yang diuji serta pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi keluarga.
Berlatarbelakangkan era 1950-an, Khadam mengisahkan Melor, seorang ibu bisu kepada dua orang anak yang bakal mewarisi saka keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun. Menyedari kesan buruk dan ikatan yang sukar diputuskan, Melor berusaha menolak takdir tersebut. Namun, tindakannya mengundang gangguan yang semakin mengancam keluarganya, khususnya anak perempuannya, Puteh, yang turut menjadi pewaris saka tersebut. Apabila entiti itu mula mengambil alih kehidupan Melor dan menjelma sebagai versi dirinya yang lebih sempurna, Melor terpaksa berjuang untuk menyelamatkan keluarganya sebelum kehilangan identiti diri sepenuhnya.
Menurut Shamyl, Khadam lahir daripada keinginannya untuk meneroka sisi seram yang lebih dekat dengan budaya dan realiti masyarakat Melayu. Baginya, kisah ini bukan semata-mata mengenai kewujudan saka, tetapi tentang akibat yang perlu ditanggung apabila manusia memilih untuk bersekutu dengan kejahatan. Pada masa sama, filem ini turut mengangkat tema trauma generasi, tanggungjawab keluarga serta makna sebenar cinta dalam sebuah perkahwinan, sekali gus mengajak penonton mempersoalkan siapakah sebenarnya "jahat" dalam kisah ini.
Kekuatan penceritaan Khadam diperkukuhkan menerusi skrip nukilan Fariza Azlina Isahak yang membina ketegangan melalui lapisan emosi, kesunyian dan konflik dalaman watak. Keputusan menjadikan Melor sebagai watak utama yang bisu membolehkan bahasa visual dan emosi memainkan peranan besar dalam menyampaikan penderitaan serta perjuangannya sebagai seorang ibu.

Suasana dan hiasan bertemakan Khadam di luar pawagam

Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions, filem ini turut melibatkan kerjasama strategik bersama beberapa syarikat serantau termasuk Magma Entertainment, VMS Studios, Sil Metropole Organisation Ltd., Applause Entertainment, Primeworks Studios dan Golden Screen Cinemas, dengan sokongan FINAS. Kolaborasi rentas negara ini mencerminkan aspirasi pembikin untuk menghasilkan sebuah karya tempatan yang mampu berdiri sebaris dengan filem-filem antarabangsa tanpa mengorbankan identiti budaya tempatan.

Barisan pelakon dan tenaga kreatif filem Khadam berkumpul bagi sesi bergambar sempena majlis tayangan media Khadam.

Menerajui barisan pelakon ialah pelakon terkenal Indonesia, Aghniny Haque, yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor. Beliau digandingkan bersama Datuk Remy Ishak sebagai Awang, selain dibantu oleh Siti Khadijah Halim sebagai Manis, Zarra Zhaff sebagai Puteh, Karl' El sebagai Hitam dan Jun Lojong sebagai Nek Mak. Kehadiran gabungan pelakon berpengalaman dan bakat baharu ini dilihat antara kekuatan utama filem berkenaan.Menariknya, produksi Khadam turut menyimpan pelbagai fakta unik di sebalik tabir. Antaranya, rumah Melor telah dipindahkan sepenuhnya dari Raub ke Gopeng sebelum dipasang semula bagi mewujudkan suasana kampung terpencil era 1950-an. Selain itu, bahasa isyarat yang digunakan dalam filem ini turut dibangunkan khas untuk dunia Khadam kerana ia berlatarbelakangkan komuniti terpencil pada zaman tersebut. Malah, banyak kesan bunyi dalam filem ini dihasilkan secara manual menggunakan objek sebenar seperti pintu kayu, beras, periuk dan hentakan kaki di lantai kayu bagi menghasilkan suasana seram yang lebih autentik.Reaksi awal daripada media dan penggiat industri selepas tayangan perdana turut memperlihatkan sambutan yang amat positif. Ramai memuji keberanian Khadam menggabungkan elemen seram, drama keluarga dan psikologi dalam sebuah naratif matang yang tidak bergantung sepenuhnya kepada formula 'jump scare' konvensional. Persembahan lakonan, rekaan bunyi serta ketegangan yang dibina sepanjang filem turut disebut sebagai antara kekuatan terbesar naskhah ini.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan media filem Khadam.Khadam membuktikan bahawa konsep "less is more" masih relevan dalam pembikinan filem tempatan. Dengan premis yang kelihatan sederhana, lokasi yang tidak terlalu banyak dan penceritaan yang tidak bersifat bombastik, filem arahan Shamyl Othman ini berjaya menghasilkan sebuah naskhah berkualiti yang bergantung pada kekuatan atmosfera, skrip dan persembahan para pelakonnya.Dari minit-minit awal lagi, Khadam berjaya menghidupkan suasana kampung Melayu sekitar era 1950-an dengan cukup meyakinkan. Perincian yang diberikan terhadap rekaan set, prop, kostum dan solekan benar-benar terasa autentik. Segala-galanya tampak begitu realistik, termasuk paparan pakaian yang lusuh dan kotor, kecederaan, elemen kematian serta visual yang bersifat morbid. Kesungguhan produksi dalam membina dunia Khadam menjadikan penonton seolah-olah benar-benar dibawa kembali ke sebuah perkampungan Melayu pada era tersebut.Aspek visual turut menjadi antara kekuatan utama filem ini. Sinematografi serta colour grading yang suram dan muram berjaya mewujudkan rasa tidak tenteram sepanjang tayangan. Ya, Khadam sememangnya sebuah filem seram "slow-burn" yang bergerak perlahan pada permulaan. Namun, perkembangan cerita yang dibina secara beransur-ansur itu sebenarnya menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Menariknya, hampir setiap 10 hingga 15 minit, akan ada perkembangan atau kejadian aneh baharu yang membuatkan mata penonton terus terpaku pada layar.Dari segi lakonan, Aghniny Haque sememangnya menjadi tunjang utama filem ini. Persembahannya sebagai Melor, khususnya ketika mempamerkan perubahan personaliti dan konflik dalaman watak tersebut, terasa sangat menyeramkan dan meyakinkan. Babak-babak yang melibatkan sisi "Melor" yang lain (split personality) benar-benar meninggalkan rasa tidak selesa kepada penonton.Datuk Remy Ishak pula berjaya menghidupkan watak Awang sebagai seorang suami dan bapa yang panas baran serta bengis dengan begitu berkesan. Malah, ada ketikanya gaya pertuturan dan penampilannya mengingatkan kepada aura lakonan Zul Ariffin. Namun, Remy turut mempamerkan sisi yang berbeza apabila wataknya mula dipengaruhi oleh saka, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian emosi yang mampu dibawakannya.Siti Khadijah Halim pula tampil dengan sesuatu yang jauh berbeza daripada imej yang sering dilihat dalam drama televisyen. Jika sebelum ini beliau sinonim dengan watak yang ceria, comel dan menghiburkan, Khadam menyaksikan beliau membawakan watak Manis dengan tona yang jauh lebih serius, matang dan tragis. Wataknya lebih bersifat sebagai "mangsa keadaan", dan beliau berjaya menyampaikan emosi tersebut dengan baik.Tidak ketinggalan, pujian juga harus diberikan kepada dua pelakon cilik, Zarra Zhaff dan Karl' El. Pada usia yang masih muda, kedua-duanya mempamerkan persembahan yang cukup matang dan meyakinkan, masing-masing sebagai Puteh dan Hitam. Mereka bukan sahaja berjaya membawa emosi dengan baik, malah beberapa babak yang melibatkan kedua-dua pelakon muda ini turut meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton.Apa yang paling mengejutkan ialah Khadam bukan sekadar sebuah filem seram. Jarang sekali filem dalam genre ini mampu membangkitkan emosi penonton sehingga menyentuh hati. Namun, terdapat beberapa babak dalam Khadam yang cukup emosional sehingga hampir membuatkan kami mengalirkan air mata.Menariknya, di sebalik suasana yang suram dan menyesakkan sepanjang filem, terdapat hanya satu babak humor yang benar-benar berjaya mencairkan suasana dalam dewan. Siapa sangka sebuah filem sekelam Khadam mampu mencetuskan gelak tawa seluruh pawagam menerusi satu adegan ringkas yang melibatkan ahli keluarga ketika menikmati hidangan bersama.Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang mungkin menjadi cabaran kepada sebahagian penonton bukan Melayu. Disebabkan filem ini banyak bertunjangkan konsep saka, pantang larang dan kepercayaan tradisional Melayu, sesetengah penonton mungkin memerlukan sedikit pemahaman awal mengenai budaya tersebut bagi menghayati keseluruhan naratif dengan lebih mendalam.

Video

Secara keseluruhannya, Khadam ialah sebuah filem seram psikologi yang perlahan rentaknya tetapi kaya dengan atmosfera, emosi dan simbolisme budaya. Ia mungkin bukan filem untuk mereka yang mengharapkan jump scare tanpa henti, tetapi bagi penonton yang menghargai penceritaan yang dibina secara beransur-ansur, Khadam menawarkan satu pengalaman sinematik yang berbaloi untuk disaksikan.Rating: ★★★★★★★★⯪☆ (8.5/10)Mula ditayangkan kepada umum di pawagam seluruh negara sejak 11 Jun 2026, Khadam yang diedarkan oleh GSC Movies dan Primeworks Studios diklasifikasikan '16' menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan dan meninggalkan kesan mendalam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya di layar perak berhampiran anda.

Films\Malay\Comedy

Ditipu Berkali-kali, Namun Tetap Mencari — 5 Bomoh Angkat Realiti Masyarakat

✒️ Azie Basri 🗓️ 6 Jun 2026

Paparan skrin poster malam gala filem 5 Bomoh di GSC Mid Valley Megamall.

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2026 — Kepercayaan terhadap jalan pintas untuk mencapai kejayaan sering menjadi sebahagian daripada realiti masyarakat. Ada yang sanggup mencuba pelbagai cara demi merealisasikan impian, termasuk mendapatkan bantuan individu yang dikatakan mempunyai kuasa luar biasa. Fenomena inilah yang menjadi teras kepada filem terbaharu 5 Bomoh, sebuah naskhah komedi satira arahan Syed Fariz yang kini menemui penonton di pawagam seluruh negara.Diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd., diedarkan oleh Skop Production Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team, filem ini mengangkat tema yang dekat dengan masyarakat menerusi pendekatan santai, menghiburkan dan sarat dengan mesej sosial.

Barisan pelakon bersama pengarah Syed Fariz bergambar di pentas karpet merah sempena malam gala tayangan perdana filem 5 Bomoh.

5 Bomoh menampilkan barisan pelakon popular terdiri daripada Dato’ Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaludin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Dato’ Afdlin Shauki, Johan, Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty. Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang ini menjanjikan pelbagai ragam serta situasi lucu yang menghidupkan perjalanan cerita.Filem berdurasi 1 jam 35 minit dan diklasifikasikan P12 itu mengisahkan Rashdan (Dato’ Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang sejak kecil mempercayai amalan tahyul dan petua turun-temurun. Berbeza dengan isterinya, Sakinah (Scha Alyahya), yang lebih berpegang kepada sains, pendidikan, agama dan kekuatan doa dalam menghadapi cabaran hidup.Konflik bermula apabila anak perempuan mereka, Nisa (Tiara Suraya Rose), gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Terlalu mengimpikan anaknya menjadi individu pertama dalam keluarga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, Rashdan mula panik dan mencari pelbagai cara untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.Atas cadangan pembantunya, Alam (Ungku Hariz), Rashdan membawa keluarganya menjelajah ke serata negara untuk bertemu beberapa bomoh yang dikatakan memiliki kuasa luar biasa. Namun, pencarian tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang apabila setiap bomoh yang ditemui sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan lebih berminat mengambil kesempatan terhadap kepercayaan orang ramai.Antara watak bomoh yang mencuri perhatian ialah Bomoh Mbah Slamet lakonan Dato’ Afdlin Shauki, Bomoh Sem Chai lakonan Johan, Bomoh Alami lakonan Amy Search dan Bomoh Ngok Tawong lakonan Ozlynn Waty. Kehadiran mereka menjadikan perjalanan keluarga Rashdan semakin huru-hara dan mengundang pelbagai situasi yang mencuit hati.Menurut pengarahnya, Syed Fariz, filem ini bukan sekadar sebuah komedi biasa, sebaliknya merupakan sindiran sosial yang mengajak penonton menilai semula kecenderungan masyarakat mencari jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Melalui pendekatan humor, filem ini menyampaikan mesej bahawa kejayaan tidak datang melalui jalan pintas, sebaliknya memerlukan usaha, ilmu, doa dan kesungguhan.

Penyanyi terkenal, MIMIFLY, tampil penuh bertenaga mempersembahkan runut bunyi (OST) filem 5 Bomoh, Temberang, di malam gala filem tersebut.

Selain menyentuh isu kepercayaan terhadap perkara tahyul, 5 Bomoh turut mengupas hubungan kekeluargaan, tekanan ibu bapa terhadap anak-anak serta kecenderungan masyarakat untuk mencari penyelesaian segera ketika berhadapan cabaran hidup. Gabungan elemen komedi keluarga dan komentar sosial menjadikan filem ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan penonton.Dengan jalan cerita yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia, barisan pelakon berpengalaman serta mesej yang relevan, 5 Bomoh berpotensi menjadi antara filem komedi tempatan yang menghiburkan sambil memberi pengajaran kepada penonton.

Pempengaruh dan pencipta kandungan popular, Imran Bard, membuat kemunculan istimewa di malam gala filem 5 Bomoh.

Dengan jalan cerita yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia, barisan pelakon berpengalaman serta mesej yang relevan, 5 Bomoh berpotensi menjadi antara filem komedi tempatan yang menghiburkan sambil memberi pengajaran kepada penonton.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem 5 Bomoh.Sejak trailer 5 Bomoh dilancarkan, filem ini menjadi antara naskhah tempatan yang paling hangat diperkatakan dalam kalangan peminat filem tempatan. Selain dibarisi pelakon-pelakon ternama seperti Dato’ Aaron Aziz, Scha Alyahya, Afdlin Shauki, Amy Search, Johan, Ozlynn Waty dan beberapa nama besar lain, satu lagi faktor yang berjaya mencetuskan keterujaan awal ialah penggunaan lagu “Temberang” nyanyian MIMIFLY sebagai bahan promosi utama. Lagu tersebut yang kini kerap dimainkan di mana-mana sahaja menjadi antara “selling point” terbesar filem ini, sekali gus membantu membina jangkaan tinggi dalam kalangan penonton sebelum tayangannya. Dengan gabungan barisan pelakon Gred A dan kempen pemasaran yang agresif, ramai menjangkakan 5 Bomoh mampu menjadi antara komedi tempatan yang meninggalkan impak besar di pawagam.Dari sudut jalan cerita, premis filem ini sebenarnya cukup mudah dan boleh dijangka sejak awal lagi. Rashdan yang terlalu terdesak untuk memastikan anaknya, Nisa, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mendapatkan bantuan bomoh dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Namun, motivasi utama watak tersebut agak sukar untuk diterima sepenuhnya kerana situasi yang dipaparkan tidak kelihatan cukup kritikal untuk membenarkan tindakan ekstrem sedemikian.Masalah utama filem ini terletak pada struktur penceritaannya yang terlalu berulang. Selepas beberapa pertemuan pertama dengan bomoh, penonton sudah memahami formula yang digunakan. Namun, filem ini terus mengitar semula pola yang sama — Rashdan bertemu bomoh, ditipu atau dipengaruhi, kemudian mencari bomoh lain — sehingga menyebabkan bahagian pertengahan filem terasa perlahan dan hilang momentum. Malah, ada ketikanya penonton mula berasa letih kerana perjalanan cerita seolah-olah tidak bergerak ke hadapan dengan signifikan. Pada pandangan penulis, satu atau dua watak bomoh yang benar-benar kuat mungkin sudah memadai untuk menyampaikan mesej filem tanpa perlu memperkenalkan terlalu banyak karakter yang akhirnya mengurangkan impak komedi yang cuba dibina.Walaupun dibarisi ramai pelakon berpengalaman, keberkesanan watak-watak komedi dalam filem ini tidak begitu menjadi. Sebahagian besar lakonan terasa terlalu terikat kepada skrip sehingga emosi dan spontaniti yang diperlukan untuk mencetuskan gelak tawa tidak benar-benar sampai kepada penonton. Dialog-dialog lawak yang diselitkan juga kurang menyerlah dan tidak cukup kuat untuk menghasilkan momen komedi yang konsisten. Akibatnya, suasana filem terasa agak mendatar atau “flat” dari awal hingga penghujung.Namun begitu, situasi berubah apabila cerita memasuki kemunculan bomoh terakhir lakonan Johan. Di sinilah filem ini akhirnya memperlihatkan potensi sebenar yang diharapkan penonton sejak awal. Lakonan Johan tampil lebih natural, meyakinkan dan mempunyai elemen komedi yang lebih organik berbanding watak-watak sebelumnya. Babak-babak melibatkan beliau memberikan nafas baharu kepada filem dan berjaya menghasilkan beberapa momen yang benar-benar menghiburkan. Malah, jika momentum seperti ini dikekalkan lebih awal dalam filem, pengalaman tontonan mungkin jauh lebih memuaskan.Dari aspek teknikal, filem ini sebenarnya mempunyai nilai produksi yang baik. Sinematografi yang dipaparkan khususnya dalam babak-babak yang berlatarbelakangkan kawasan hutan kelihatan cantik dan kemas. Penggunaan sudut kamera serta pencahayaan berjaya mewujudkan suasana yang sesuai dengan tema cerita.Sebelum menonton filem ini, penulis sebenarnya menjangkakan kelima-lima bomoh tersebut akhirnya akan bergabung tenaga sebagai antagonis utama atau menjadi ancaman besar kepada keluarga Rashdan. Jangkaan tersebut dilihat berpotensi menghasilkan konflik yang lebih menarik dan dramatik. Namun, filem ini memilih pendekatan berbeza apabila mendedahkan bahawa semua kejadian yang berlaku sebenarnya merupakan sebahagian daripada rancangan Sakinah dan Mr. K untuk menyedarkan Rashdan tentang ketaksubannya terhadap bomoh.Plot twist ini sememangnya memberikan kejutan tertentu, namun bahagian penghujung filem dirasakan sedikit terlalu meleret. Penjelasan demi penjelasan yang diberikan selepas pendedahan utama menyebabkan momentum klimaks menjadi perlahan. Lebih mengelirukan apabila setiap bomoh diperkenalkan semula menggunakan nama sebenar pelakon seperti Afdlin Shauki, Amy Search, Aedy Ashraf, Ozlynn Waty dan Johan. Pendedahan tersebut terasa agak “redundant” kerana ia tidak memberikan nilai tambah kepada naratif. Tambahan pula, penonton sememangnya sudah mengenali identiti pelakon-pelakon terkenal tersebut sejak awal lagi. Pada pandangan penulis, memadai sekiranya Mr. K sekadar mendedahkan bahawa beliau merupakan dalang di sebalik keseluruhan rancangan tersebut tanpa perlu memperkenalkan satu persatu identiti sebenar para bomoh.

Video

Secara keseluruhannya, 5 Bomoh mempunyai premis yang menarik dan potensi komedi yang besar, namun pelaksanaannya agak lemah. Struktur cerita yang berulang, rentak pertengahan yang perlahan serta komedi yang tidak cukup mengena menyebabkan filem komedi satira ini gagal mencapai tahap hiburan yang diharapkan.Rating: ★★★★☆☆☆☆☆☆ (4/10)5 Bomoh kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Jun 2026 di bawah edaran Primeworks Studios. Filem berdurasi 1 jam 35 minit ini diklasifikasikan sebagai ‘P12’, menjadikannya sesuai ditonton oleh penonton remaja dan dewasa yang ingin mengikuti sebuah komedi satira yang menyentuh isu ketaksuban terhadap bomoh serta kepercayaan karut dalam masyarakat.

Films\Malay\Psychological Horror

Kacau Bakal Menghantui Pawagam: Adaptasi Novel Terlaris Buku FIXI Tampil Wajah Baharu Genre Seram Psikologi

✒️ Sebas Lo 🗓️ 1 Jun 2026

Barisan pelakon muda filem Kacau tampil di pentas sempena Majlis Pelancaran Filem Kacau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2026 — Sebuah lagi karya ikonik terbitan Buku FIXI bakal menemui penonton di layar perak apabila filem Kacau dilancarkan secara rasmi menerusi Majlis Pelancaran Filem Kacau yang berlangsung di Pentas Utama, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.Diterbitkan menerusi kerjasama antara Le Mediator Studio, Buku Fixi, Cine Works dan Technica Studios, filem bergenre seram psikologi ini dijangka menemui penonton sekitar Oktober atau November 2026, tertakluk kepada proses akhir pasca produksi dan pengedaran.Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman, yang turut menulis lakon layar bersama Nazim Masnawi, berdasarkan novel "bestseller" Kacau karya Ariff Adly yang diterbitkan oleh Buku FIXI. Projek ini turut menerima sokongan daripada Dana Kandungan Kreatif (DKK) Co-Production di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pengarah filem Kacau, Muzzamer Rahman, menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Filem Kacau di Pentas Utama, WTCKL sempena PBAKL 2026.

Majlis pelancaran tersebut menerima sambutan luar biasa apabila ribuan peminat, pembaca setia Buku FIXI serta pengunjung PBAKL membanjiri ruang acara bagi menyaksikan pengenalan rasmi filem berkenaan. Kehadiran yang memberangsangkan itu memperlihatkan keterujaan orang ramai terhadap adaptasi layar perak salah satu novel tempatan yang mempunyai kelompok peminat tersendiri.Dari segi barisan pelakon, Kacau menampilkan gabungan wajah-wajah muda termasuk Idan Aedan, Khayrisyah Kemal, Fimie Don, Sadiq M Jamil, Nurel Baharin, Arfie Shah dan Evanatie Sannie. Kesemua mereka berusia bawah 32 tahun, sejajar dengan sasaran filem yang menyentuh realiti dan keresahan generasi muda masa kini.Menariknya, filem ini juga menjadi debut layar perak buat Khayrisyah Kemal, Nurel Baharin dan Evanatie Sannie, sekali gus membuka ruang kepada bakat baharu untuk menyerlah dalam industri perfileman tempatan.

Fimie Don (kiri); Nurel Baharin (kanan)

Dari sudut teknikal, Kacau mendapat sentuhan sinematografi oleh Hafiz Rashid, yang pernah menerima pencalonan sebanyak dua kali di Festival Filem Malaysia (FFM). Proses pasca produksi pula dikendalikan oleh Technica Studios, sebuah studio yang pernah memenangi anugerah FFM sebanyak dua kali.Produksi filem ini turut menerima penajaan peralatan penggambaran daripada Canon Marketing Malaysia serta Tegas Broadcast & Multimedia. Sementara itu, FK Sneakers tampil sebagai penaja kasut rasmi, manakala Rekomen Filem diumumkan sebagai rakan media rasmi setakat ini.Penggambaran filem dijalankan selama 25 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah, termasuk sebuah bangunan tinggal sebenar yang sering dikaitkan sebagai antara lokasi paling menyeramkan di Malaysia. Keseluruhan proses penggambaran berjalan lancar dengan kerjasama hampir 50 orang kru produksi.Dari segi jalan cerita, Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang bermain satu permainan ritual secara suka-suka. Namun, apa yang bermula sebagai gurauan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka mula diganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Naratif tersebut digarap dengan gabungan elemen seram psikologi, misteri dan pengembaraan anak muda, menjadikannya dekat dengan pengalaman dan emosi generasi masa kini.Bagi meningkatkan pengalaman tontonan, Kacau akan dipersembahkan dalam format audio Dolby Atmos, menawarkan pengalaman bunyi yang lebih mendalam dan immersive kepada penonton.Selain sesi pengenalan pelakon dan perkongsian produksi, suasana majlis turut dimeriahkan dengan sesi kuiz interaktif yang dikendalikan oleh para pelakon. Pengunjung yang berjaya menjawab soalan berkaitan filem dan novel Kacau membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif termasuk kemeja-T rasmi Kacau dan kasut eksklusif daripada FK Sneakers. Acara diteruskan dengan sesi "meet-and-greet", membolehkan peminat beramah mesra serta merakamkan gambar kenangan bersama para pelakon.

Seorang pengunjung mengambil peluang beramah mesra dengan pelakon Nurel Baharin, yang membawakan watak Ieda dalam filem Kacau.

Turut hadir ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Buku Fixi Sdn. Bhd., Amir Muhammad, yang mengumumkan bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan serta semua pegangan sahamnya dalam syarikat tersebut selepas berakhirnya Kembara Fixi PBAKL 2026. Menurut beliau, bulan Jun ini merupakan bulan tamatnya tempoh perkhidmatan beliau bersama syarikat yang diasaskannya itu, sekali gus menandakan berakhirnya satu era penting dalam perjalanan Buku FIXI.

Pengasas dan Pengarah Urusan Buku Fixi Sdn. Bhd., Amir Muhammad, menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Filem Kacau di Pentas Utama, WTCKL sempena PBAKL 2026.

Pihak produksi percaya filem ini berpotensi menjadi antara karya genre tempatan yang paling dinanti-nantikan oleh generasi penonton baharu. Pada masa sama, perbincangan bersama beberapa syarikat pengedaran dan pempamer masih berlangsung bagi menentukan strategi tayangan terbaik menjelang pelancarannya kelak.Dengan gabungan cerita yang sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri, barisan pelakon muda, sokongan teknikal berkualiti serta sambutan hangat yang diterima di PBAKL 2026, Kacau dilihat mempunyai semua ramuan untuk muncul sebagai antara filem seram psikologi tempatan paling mencuri perhatian tahun ini.Nantikan perkembangan terkini dan bersiap sedia untuk mengalami sendiri dunia Kacau apabila ia menemui penonton di pawagam sekitar penghujung tahun 2026.

Video

Films\Malay\Horror

Warisan Dosa & Susuk: Filem Seram Pewaris Susuk Sedia Menghantui Pawagam

✒️ Sebas Lo 🗓️ 29 April 2026

Paparan skrin poster malam gala filem Pewaris Susuk di GSC LaLaport BBCC.

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 — Filem seram tempatan terus mengorak langkah dengan kemunculan Pewaris Susuk, sebuah naskhah bergenre horror thriller arahan Faizal Nadxaman yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026. Diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama Anomali Media, filem ini mengangkat tema warisan dosa, kecantikan melalui susuk serta harga yang perlu dibayar demi kuasa, sekali gus membawa penonton menyelami sisi gelap yang jarang diteroka secara mendalam dalam arus perdana.Menariknya, filem ini pada peringkat awal dibangunkan dengan judul kerja “Susuk Bidadari”, sebelum dimuktamadkan sebagai Pewaris Susuk, selari dengan fokus naratifnya terhadap legasi keturunan yang tidak dapat dielakkan.

Barisan pelakon bersama pengarah Faizal Nadxaman hadir memeriahkan malam gala Pewaris Susuk.

Menampilkan barisan pelakon berkaliber seperti Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Aleza Shadan, Dayang Fajra, Sherie Merlis dan Trisha Ooi, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang sarat dengan suspens, misteri serta gangguan mistik yang semakin memuncak dari satu babak ke babak seterusnya. Lebih menarik, gandingan antara Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor dalam filem ini menandakan pertemuan semula mereka di layar perak selepas lebih 23 tahun, sejak kali terakhir bergandingan dalam filem Janji Diana (2003).

Kemeriahan malam gala Pewaris Susuk dengan kehadiran barisan pelakon dan turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh Marsha Milan yang mendendangkan Takhta Cinta, runut bunyi filem ini.

Kisahnya berpusat kepada Maya, lakonan Alya Iman—yang juga merupakan filem pertamanya sejak menceburi industri seni—sebagai seorang wanita yang cuba melupakan trauma selepas kematian ibunya. Namun, percubaannya untuk memulakan kehidupan baharu membawa dirinya ke sebuah banglo terpencil yang menyimpan sejarah hitam berkait rapat dengan keturunannya sendiri.Di banglo milik Hadiff dan isterinya Seroja, ketegangan mula dirasai apabila kehadiran Maya tidak disenangi, diiringi dengan kejadian aneh yang semakin kerap berlaku. Gangguan mistik yang pada awalnya sekadar bayangan perlahan bertukar menjadi ancaman nyata, terutama apabila anaknya Ayu menjadi sasaran utama. Dalam keadaan terdesak, Maya mula merungkai rahsia lama yang menghubungkan dirinya dengan rumah tersebut, lalu menyedari bahawa segala yang berlaku bukan kebetulan, sebaliknya satu warisan yang menuntut pengorbanan.Menurut Datuk Rosyam Nor, antara cabaran utama sepanjang produksi ialah kekangan bajet yang memerlukan pasukan produksi bekerja secara lebih kreatif dan efisien dalam memastikan kualiti filem tetap terjaga. Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa sepanjang penggambaran berlangsung, tiada pengalaman gangguan aneh atau kejadian mistik sebenar berlaku di set, meskipun filem ini sarat dengan elemen seram.Kolaborasi antara Primeworks Studios yang berpengalaman luas dalam industri dan Anomali Media yang membawa pendekatan kreatif moden turut memperkukuh kualiti produksi filem ini, sekali gus menghasilkan sebuah karya yang seimbang dari segi komersial dan artistik. Pendekatan penceritaan yang berlapis serta visual yang intens menjadikan Pewaris Susuk sebuah naskhah yang berpotensi meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, khususnya pencinta genre seram tempatan.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem Pewaris Susuk.Pewaris Susuk tampil sebagai sebuah naskhah seram tempatan yang cuba menggabungkan elemen psikologi, mistik dan drama keluarga dalam satu naratif yang berlapis. Dari sudut persembahan watak, Alya Iman berjaya membawa karakter Maya dengan cukup meyakinkan sebagai seorang survivor yang terganggu secara psikologi. Emosinya dipersembahkan dengan baik, menjadikan Maya sebagai teras kepada keseluruhan cerita.Dalam masa yang sama, Datuk Rosyam Nor meneruskan signatur lakonan beliau menerusi watak Hadiff—maskulin, dominan dan sarat dengan elemen "amorous masculinity" yang sering kita lihat dalam karya-karya beliau terdahulu. Dinamika hubungan Hadiff dengan dua wanita dalam hidupnya, Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan Maya, menambah lapisan konflik yang menarik, meskipun ada momen yang terasa agak berlebihan, khususnya dalam babak seance di kawasan hutan menjelang penghujung filem, yang cenderung kelihatan overreacting dan sedikit mengundang rasa janggal.Dari segi teknikal, filem ini wajar dipuji. Penggunaan color grading yang teliti memberikan ton visual yang setara dengan filem seram supernatural antarabangsa—gelap, suram, namun masih mengekalkan kejelasan visual yang dramatik. Props yang digunakan, terutamanya dalam adegan ritual susuk yang dilakukan oleh Mbah Selamet (Abon) dipersembahkan dengan realistik.Namun begitu, dari sudut pacing, setelah hampir sejam, filem ini “bergerak” dengan agak perlahan. Permulaan yang perlahan dalam usaha merungkai misteri dalam rumah dan latar cerita berupaya menguji kesabaran penonton. Selain itu, kuantiti elemen takut kejut agak terhad dan kurang memberi impak yang diharapkan.Plot twist yang disajikan boleh dianggap berfungsi dengan baik, terutamanya dalam mendedahkan siapakah antagonis sebenar serta memutar persepsi terhadap watak yang pada awalnya disangka sebagai ancaman. Namun, resolusi terhadap kematian watak utama antagonis terasa agak klise dan mudah dijangka—sama seperti filem Pemuja (2026) arahan Azmir Affandi.

Video

Secara keseluruhannya, Pewaris Susuk adalah sebuah percubaan yang berani dalam genre seram tempatan dengan kekuatan pada aspek visual, lakonan utama dan elemen ritual yang autentik. Walaupun terdapat kelemahan dari segi pacing dan impak seram, filem ini masih mampu menawarkan pengalaman tontonan yang menarik, khususnya kepada peminat genre supernatural tempatan.Rating: ★★★★★★☆☆☆☆ (6.5/10)Pewaris Susuk ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026 di bawah edaran Primeworks Studios, dan diklasifikasikan P13.

Films\Malay\Romantic Comedy

Kata Hati Angkat Kisah Cinta Pelakon dan Pemandu E-Hailing dalam Naskhah Romantik Segar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 15 April 2026

Paparan poster rasmi dan poster watak filem Kata Hati diperkenalkan di majlis pelancaran filem tersebut.

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 – Ketika industri perfileman tempatan dipenuhi dengan lambakan filem aksi dan seram, kemunculan Kata Hati hadir sebagai satu alternatif yang lebih ringan, namun tetap menyentuh emosi menerusi gabungan elemen romantik komedi dan realiti kehidupan moden.Diterbitkan oleh Wayangworks dan Filmscape, filem arahan Nadiah Hamzah ini mengangkat kisah cinta yang tidak konvensional antara seorang pelakon wanita popular dan seorang pemandu e-hailing—satu premis yang dekat dengan realiti sosial masa kini, namun jarang diterokai secara mendalam dalam filem tempatan.Menurut penerbit, Muhammad Bahir, idea menghasilkan filem ini tercetus daripada pemerhatian terhadap kehidupan sebenar selebriti, khususnya perbezaan antara persona yang dipaparkan kepada umum dan realiti sebenar di sebalik tabir. Pendekatan ini memberi dimensi tambahan kepada penceritaan, menjadikan Kata Hati lebih daripada sekadar kisah cinta biasa.Dari sudut penceritaan, filem ini mengikuti perjalanan Ayra Natasha (Nia Atasha), seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan berada di kemuncak populariti. Namun, kehidupannya mula berubah apabila satu insiden memalukan yang tular di khalayak ramai menggugat imej sempurna yang dibina selama ini. Dalam kekecohan tersebut, Ayra bertemu Imran Firdaus (Yusof Hashim), seorang pemandu e-hailing yang tidak terpengaruh dengan dunia glamor. Pertemuan itu akhirnya membawa kepada hubungan yang tidak dijangka apabila Imran menjadi pemandu peribadi Ayra.Filem ini turut menampilkan Fazziq Muqris sebagai Zayn Mikhail, pelakon terkenal yang mempunyai hubungan dengan Ayra, selain Scha Alyahya sebagai Maya, kakak merangkap pengurus Ayra yang memainkan peranan penting dalam perkembangan cerita. Barisan pelakon lain termasuk Taqim Zaki, Norreen Iman dan beberapa nama lain yang menghidupkan dinamika watak dalam naskhah ini.Menariknya, Kata Hati turut diserikan dengan penampilan khas pelakon popular seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Liyana Jasmay, sekali gus menambah tarikan kepada penonton daripada pelbagai lapisan.Menurut penerbit eksekutif, Juliana Foo, pemilihan genre romantik komedi ini dibuat berdasarkan kehendak penonton yang kini dahagakan naskhah ringan dan menghiburkan selepas dibanjiri filem berunsur berat. Dalam masa sama, filem ini tetap menawarkan kedalaman emosi melalui konsep “modern fairy tale” yang menggabungkan elemen romantik berisiko tinggi dengan sentuhan realiti.Pengarah Nadiah Hamzah pula melihat Kata Hati sebagai peluang untuk menyatukan pelbagai emosi dalam satu karya—daripada ketawa hingga tangisan—yang mencerminkan perjalanan cinta manusia sebenar. Beliau turut menekankan bahawa pemilihan pelakon baharu seperti Nia, Yusof dan Fazziq membuahkan hasil yang positif, dengan komitmen dan kesungguhan mereka memberikan impak kepada keseluruhan penceritaan.

Tangkap layar filem (film grab) dari filem Kata Hati

Penggambaran filem ini telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan pada Ogos 2025, dengan pendekatan visual yang menyokong suasana moden serta realistik.Runut bunyi (OST) filem ini turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh emosi penceritaan apabila lagu berjudul Luluh dipilih sebagai OST utama. Dipersembahkan oleh kumpulan Empty Page., lagu ini melengkapi perjalanan emosi watak-watak dalam Kata Hati, sekali gus menambah impak terhadap momen-momen romantik dan dramatik yang dipaparkan sepanjang filem.Kata Hati dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026, sekali gus menjadi antara naskhah romantik tempatan yang dinanti-nantikan tahun ini.

Video

Films\Malay\Action, History

Lebih Gelap, Lebih Berani — Gayong 2 Angkat Perjuangan Meor Abdul Rahman

✒️ Azie Basri 🗓️ 5 April 2026

Paparan skrin poster malam gala dan sidang media filem Gayong 2 di TGV 1 Utama.

KUALA LUMPUR, 1 April 2026 – Filem Gayong 2 kembali dengan skala penceritaan yang lebih besar, meneruskan legasi kisah tokoh silat terkemuka, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman—kali ini dalam dimensi yang jauh lebih kompleks daripada sekadar dunia persilatan.Jika naskhah pertama memperkenalkan asas perjuangan dan warisan seni bela diri, sekuelnya membawa penonton menyelami sisi lain kehidupan tokoh tersebut—seorang lelaki yang berdepan konflik dalaman apabila prinsip yang dipegang mula bertembung dengan realiti sistem yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Mengambil latar pasca Perang Dunia Kedua, filem ini menempatkan Meor Abdul Rahman sebagai seorang pegawai CID di bawah pentadbiran British di Singapura. Dalam peranannya sebagai penguat kuasa undang-undang, beliau bukan sahaja berdepan ancaman jenayah kongsi gelap, malah terpaksa menelusuri jaringan rasuah yang berakar dari dalam sistem itu sendiri.Naratif ini memperlihatkan bagaimana kuasa tidak lagi beroperasi secara terang-terangan, sebaliknya dilindungi oleh struktur dan hierarki. Watak antagonis seperti pegawai polis berpangkat tinggi dan ketua kongsi gelap menjadi simbol kepada dunia yang kelihatan teratur di permukaan, tetapi sebenarnya rapuh dan korup di dalam.Dari sudut pengarahan, Faisal Ishak mengekalkan pendekatan dramatik yang menekankan konflik emosi dan dilema moral, menjadikan Gayong 2 bukan sekadar filem aksi, tetapi sebuah refleksi terhadap harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan prinsip hidup.

Barisan pelakon dan pengarah, Faisal Ishak di karpet merah malam gala Gayong 2.

Filem ini turut digerakkan oleh barisan pelakon yang mantap, dengan Beto Kusyairy kembali menggalas watak utama sebagai Meor Abdul Rahman, disokong oleh Nabila Huda, Syafie Naswip serta pelakon antarabangsa seperti Bobby Tonelli dan Fauzie Laily. Turut mencuri perhatian ialah kemunculan sulung Sandra Lim dalam naskhah epik ini.

Foto-foto sebalik tabir pembikinan filem Gayong 2

Dari perspektif produksi, filem terbitan SOL Pictures Sdn. Bhd. ini mengekalkan keaslian latar dengan penggambaran sepenuhnya di Ipoh, Perak, sekali gus memberikan nuansa visual yang autentik terhadap era yang dipaparkan.Lebih daripada sekadar kesinambungan cerita, Gayong 2 tampil sebagai eksplorasi terhadap persoalan yang lebih besar—apakah nilai prinsip apabila berdepan tekanan kuasa, dan sejauh mana seseorang mampu mempertahankan kebenaran dalam sistem yang tidak sempurna?Dengan gabungan aksi yang lebih intens, konflik moral yang lebih tajam serta naratif yang lebih matang, filem ini dilihat berpotensi mengangkat genre aksi tempatan ke tahap yang lebih berwibawa, sambil mengekalkan akar budaya yang menjadi teras penceritaannya.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem Gayong 2.Gayong 2 membuka tirai dengan tempo yang pantas dan agresif, terus mencampakkan penonton ke dalam dunia pasca perang yang sarat dengan konflik—bukan sekadar di jalanan, tetapi juga dalam sistem yang korup. Tanpa sebarang “warm-up”, filem ini segera menghidangkan aksi fizikal yang intens, diselang-seli dengan ketegangan emosi yang menjadi nadi penceritaannya.Menariknya, produksi filem ini bermula kurang daripada seminggu selepas penggambaran filem pertama selesai—memberi kesinambungan tenaga dan momentum yang jelas terasa pada sekuelnya. Namun begitu, bagi penonton yang belum menonton filem pertama, tidak perlu risau kerana Gayong 2 masih mudah difahami dan mampu berdiri sendiri tanpa memerlukan konteks terdahulu.Dari sudut koreografi, kekuatan utama filem ini terletak pada aksi silat yang kemas dan padat, khususnya dalam babak-babak melibatkan Meor Abdul Rahman lakonan Beto Kusyairy. Gerak tempur yang tersusun dan intens membuatkan penonton “tak senang duduk” seawal babak pertama. Pendekatan visual secara close-up pula memperincikan setiap tumbukan, tendangan dan pergerakan, disokong oleh reka bunyi yang padu hingga setiap impak terasa.Antara babak yang mencuri perhatian termasuk kemunculan tiga wanita yang bertarung dengan gaya tersendiri—lengkap dengan elemen kejutan seperti senjata tersembunyi—menjadikan adegan tersebut terasa segar dan berani dalam konteks filem aksi tempatan.Walaupun perbandingan dengan filem seni bela diri antarabangsa tidak dapat dielakkan, Gayong 2 tetap berdiri dengan identitinya sendiri melalui akar budaya dan sejarah tempatan. Filem ini mengangkat perjalanan hidup Meor Abdul Rahman dalam fasa yang lebih gelap—sebagai pegawai CID di bawah pentadbiran British—berdepan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jaringan jenayah yang dilindungi sistem.Watak Meor kekal sebagai tunjang utama, terutamanya dalam konflik menentang Malcolm demi menyelamatkan isterinya, Che Som. Pertembungan ini bukan sahaja brutal dan kreatif dari segi aksi—termasuk penggunaan peralatan sekeliling dalam pertarungan—tetapi juga sarat dengan konflik prinsip dan emosi.Dalam masa yang sama, filem ini menekankan elemen drama kekeluargaan, kesetiaan dan amanah yang dibawa hingga ke akhir nyawa. Kehilangan dan pengkhianatan digarap dengan cukup menyentuh, memperlihatkan sisi rapuh seorang pejuang yang terpaksa memilih antara prinsip hidup dan keselamatan orang tersayang. Terdapat juga momen tragedi yang cukup menyayat hati, yang mengingatkan kepada nuansa kehilangan dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan—kejam, emosional dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Beto seolah-olah “terpaksa” mengharungi momen perit sebegini untuk kali kedua selepas Mat Kilau—bezanya, impaknya tetap terasa, cuma penonton mungkin akan rasa, “Kesiannya, Beto kena lagi…”.Dari segi visual, sinematografi filem ini sangat cantik dengan sentuhan klasik yang benar-benar menghidupkan suasana era tersebut—seolah-olah membawa penonton kembali ke zaman itu. Penggambaran yang dijalankan sepenuhnya di Ipoh, Perak berjaya memberikan latar yang autentik, khususnya dalam membina suasana Chinatown era pentadbiran British.Namun, terdapat beberapa aspek yang boleh diperhalusi. Antaranya ialah penggunaan bahasa dalam kalangan watak penjajah—agak janggal apabila mereka digambarkan tidak bertutur dalam Bahasa Melayu, sedangkan sebagai pihak penjajah, mustahil mereka langsung tidak menguasai bahasa tempatan. Perkara ini sedikit menjejaskan realisme sejarah yang cuba dibina.Selain itu, ketidakkonsistenan loghat juga agak mengganggu imersi—watak Malcolm bertutur dengan aksen Amerika, manakala Commissioner Bancroft pula menggunakan aksen British. Perbezaan ini, walaupun kecil, memberi kesan kepada keseragaman latar dan dunia yang ingin dihidupkan.Dialog yang menggunakan kata kesat seperti “b•••s•••” secara terbuka pula mungkin tidak sesuai untuk semua penonton, walaupun pendekatan ini secara tidak langsung menambah rasa realisme yang lebih mentah dan tidak berselindung.Dari segi struktur, Gayong 2 mengekalkan keseimbangan antara aksi dan drama. Plotnya padat, sarat dengan aksi silat, disokong oleh penyuntingan yang kemas dan aliran cerita yang kuat. Walaupun tidak menawarkan aksi tanpa henti, pendekatan ini menjadikan naratif lebih matang dan berlapis.

Video

Secara keseluruhan, Gayong 2 bukan sekadar sekuel, tetapi kesinambungan kepada warisan dan perjuangan—mengangkat keberanian mempertahankan prinsip dalam dunia yang tidak sempurna. Dengan gabungan aksi yang intens, emosi yang mendalam, sinematografi yang memukau dan penceritaan yang kukuh, filem ini bukan sahaja berbaloi ditonton—malah cukup kuat untuk ditonton berulang kali.Rating: ★★★★★★★★★☆ (9/10)Gayong 2 akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 April 2026 — sebuah naskhah aksi sarat emosi dengan klasifikasi '13', edaran Primeworks Studios dan Key Billions.

Films\Malay\Action-Thriller, Comedy

Mikael: Pemburu Dua Alam Tampil Aksi Ghaib, Gabung Dunia Polis dan Djinn

✒️ Sebas Lo 🗓️ 2 April 2026

Poster rasmi filem Mikael: Pemburu Dua Alam

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2026 – Dalam usaha memperluas sempadan filem aksi tempatan, Mikael: Pemburu Dua Alam tampil dengan pendekatan yang menggabungkan dunia kepolisan dan elemen supernatural, sekali gus menawarkan pengalaman tontonan yang lebih berani.Filem arahan Zahir Omar ini tidak sekadar bergantung kepada aksi fizikal, sebaliknya membina naratif yang berakar pada konflik emosi dan kepercayaan terhadap dunia ghaib—satu kombinasi yang jarang diterokai secara serius dalam arus perdana filem tempatan.Mengangkat watak seorang anggota polis elit, Mikael—dibawakan oleh Remy Ishak—cerita ini bermula dengan satu insiden tragis apabila pembunuhan beramai-ramai berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan, dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Kejadian luar jangka itu menjadi pintu masuk kepada misteri yang lebih besar, melibatkan ramalan gelap serta ancaman makhluk dari alam lain.Seiring perkembangan cerita, konflik peribadi Mikael yang masih dibayangi kehilangan adiknya menambah dimensi emosi kepada watak tersebut. Pergelutan dalaman ini menjadikan perjalanan watak utama bukan sekadar misi menyiasat, tetapi juga usaha mencari makna dan penebusan diri.Naratif filem ini berkembang kepada perlumbaan menentang masa apabila kemunculan Penguasa Djinn dipercayai semakin hampir, dengan dunia manusia berada di ambang ancaman. Dalam usaha menghalang bencana itu, Mikael berganding dengan sekumpulan individu luar biasa—daripada penjual ramuan mistik hingga pencuri artifak—yang masing-masing membawa peranan tersendiri dalam misi tersebut.

Tetamu-tetamu kehormat yang hadir memeriahkan Malam Gala Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Mid Valley Megamall termasuk YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi; YBhg Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; YAD Tengku Dato’ Setia Putra Al Haj Tengku Azman Al Haj, Pengerusi Power Root Berhad; YBrs En. Rozzidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli Perbadanan FINAS; YM Raja Justina Raja Arshad, Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara; En. Zokifli Abu Bakar, Pengarah Galakan Penggambaran; Adrian Teh, Penerbit Eksekutif; serta Datuk Wira Jment Lim, Pengasas SunStrong Entertainment.

Menurut pengarahnya, Zahir Omar, pendekatan filem ini memberi penekanan kepada keseimbangan antara elemen aksi dan penceritaan agar setiap babak mempunyai makna, bukan sekadar visual semata-mata. Fokus tersebut turut disokong oleh barisan penerbit termasuk Adrian Teh dan Raja Jastina Raja Arshad, yang melihat potensi genre ini untuk dikembangkan ke tahap lebih tinggi.Dari sudut produksi, filem ini merupakan hasil kerjasama beberapa pemain utama industri seperti Act 2 Pictures, Astro Shaw dan Golden Screen Cinemas, sekali gus mencerminkan skala pembikinan yang lebih besar dan tersusun.

Barisan pelakon Mikael: Pemburu Dua Alam — Datuk Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Ahirine Ahirudin, Megat Sharizal, Anas Ridzuan dan Amir Nafis — bersama pengarah Zahir Omar (tengah) di malam gala.

Selain Remy Ishak, filem ini turut menampilkan Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Ahirine Ahirudin serta Amir Nafis, yang menghidupkan dunia cerita dengan pelbagai karakter unik dan dinamik.Dengan gabungan aksi, elemen mistik serta pembangunan watak yang lebih mendalam, Mikael: Pemburu Dua Alam dilihat sebagai satu percubaan untuk mengangkat filem aksi tempatan ke arah naratif yang lebih matang dan beridentiti.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem Mikael: Pemburu Dua Alam.Mikael: Pemburu Dua Alam hadir sebagai sebuah percubaan berani untuk menggabungkan elemen supernatural Barat dengan nuansa tempatan—seakan sebuah gabungan antara dunia Supernatural dan Constantine, tetapi dengan identiti Malaysia yang tersendiri. Filem ini membuka tirai dengan adegan ganas yang cukup “gory”, memberikan aura seram-thriller ala filem slasher Hollywood sebelum memperkenalkan watak utama yang terus mengawal tempo naratif.Watak Mikael yang dibawakan oleh Datuk Remy Ishak merupakan antara kekuatan utama filem ini. Dengan persona yang cool, pendiam dan berprinsip, beliau tampil sebagai protagonis yang serius—jarang tersenyum atau melontarkan jenaka, sekaligus mengukuhkan karakter sebagai pemburu makhluk ghaib yang berpengalaman. Gaya hidupnya turut mengingatkan kepada Dean Winchester—daripada Proton Saga yang berfungsi seperti Chevrolet Impala Sport Sedan, simpanan senjata di bonet kereta, hinggalah kepada elemen muzik klasik rock. Malah, momen Mikael menghirup kopi Ali Cafe juga terasa seperti Dean melahap burger kegemarannya—sebuah perincian kecil tetapi signifikan dalam membina karakter. Babak beliau menggunakan bilah senjata dan tasbih silat untuk menewaskan jin secara solo juga memberikan dimensi aksi yang segar dan beridentiti.Dari sudut visual, filem ini menampilkan penggunaan CGI yang mengagumkan, khususnya dalam babak di rumah flat apabila katak-katak misteri turun dari langit dan Mikael memasuki alam ghaib untuk berdepan makhluk lain dunia. Selain itu, adegan pengusiran jin daripada tubuh seorang budak yang dirasuk di balai polis turut memperlihatkan mutu efek visual yang meyakinkan dan immersive.Namun, tidak semua elemen aksi berjaya dikekalkan momentumnya. Walaupun penonton disajikan dengan variasi pertarungan—daripada lokasi rumah flat lama hingga ke jalan perkampungan dengan teknik dan gaya berbeza—babak klimaks di penghujung filem terasa berulang dan sedikit berlarutan. Koreografi aksi yang sepatutnya memuncak akhirnya menjadi "jaded" kerana pengulangan gaya yang sama tanpa eskalasi yang signifikan.Dari segi watak sampingan, Norreen Iman sebagai Winston mencuri perhatian dengan humor spontan yang terasa asli—jenaka dan pickup line yang bersifat “makcik bawang” tetapi tidak dibuat-buat, berjaya mencuit hati penonton secara natural. Sebaliknya, Fabian Loo sebagai Sarjan Kok lebih banyak menjadi bahan jenaka berbanding pencetus humor itu sendiri. Percubaannya untuk melawak kadangkala terasa hambar dan kurang memberi impak, mungkin juga kerana penonton lebih sinonim dengan imej antagonisnya dalam karya-karya terdahulu.Untuk dua watak wanita pula, terdapat ketidakseimbangan dari segi pembangunan karakter. Alicia Amin sebagai Aisyah diperkenalkan dengan latar yang menarik—seorang pencuri artifak yang turut memiliki kebolehan luar biasa seperti Mikael—namun pendedahan tentang wataknya berlaku terlalu perlahan, sebelum tiba-tiba dipercepatkan apabila dia menyertai pasukan Mikael. Penyertaan Aisyah juga tidak digarap dengan momentum emosi yang kuat. Sementara itu, Ahirine Ahirudin sebagai Khatijah, adik kepada Mikael, terasa seperti watak yang berpotensi besar tetapi kurang dimanfaatkan. Kehilangannya menjadi pemacu misi Mikael, namun kehadiran di layar yang terhad membuatkan impaknya tidak sepenuhnya dirasai.Dari sudut antagonis, Amir Nafis sebagai Torsim berjaya memberikan dimensi baharu terhadap karakter jahat di layar perak. Dengan aura yang mengingatkan penonton kepada karakter Marvel, iaitu Gorr the God Butcher, beliau tampil sebagai Putera Kerajaan Alam Ghaib yang hampir kebal—membuktikan versatiliti beliau dalam membawakan watak antagonis yang ekstrem dan berlapis.Walau bagaimanapun, terdapat satu aspek yang sedikit mengganggu keaslian dunia ghaib yang dibina—perwatakan jin itu sendiri. Dalam beberapa babak, jin-jin tersebut dilihat lebih menyerupai zombi yang mengejar mangsa secara rawak, seolah-olah diinspirasikan daripada Resident Evil, sedangkan sebagai jin, mereka sepatutnya dipersembahkan dengan lebih berstrategi.

Video

Secara keseluruhannya, Mikael: Pemburu Dua Alam merupakan sebuah filem yang berani bereksperimen dengan genre dan gaya, menggabungkan inspirasi Barat dengan identiti tempatan. Walaupun terdapat kelemahan dari segi pembangunan watak dan konsistensi aksi, filem ini tetap menawarkan pengalaman sinematik yang menghiburkan, dengan visual yang kuat dan watak utama yang cukup berkarisma untuk memacu keseluruhan naratif, dengan nada sedikit dark yang menekankan elemen supernatural dan konflik moral, memberikan rasa tegang dan misteri sepanjang perjalanan cerita.Rating: ★★★★★★★★★☆ (9/10)Mikael: Pemburu Dua Alam menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 2 April 2026, sekali gus menjadi antara naskhah tempatan yang wajib diberi perhatian pada musim tayangan ini.

Films\Malay\Action, Crime, Romance

Aksi, Cinta dan Pengorbanan: Malaikat Malam Tampil Berbeza daripada Filem Rempit Biasa

✒️ Sebas Lo 🗓️ 26 Mac 2026

Paparan skrin poster tayangan perdana filem Malaikat Malam di GSC Mid Valley Megamall.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2026 – Dalam landskap filem tempatan yang sering mengaitkan genre pemotoran dengan aksi semata-mata, Malaikat Malam tampil dengan pendekatan yang lebih berlapis apabila menggabungkan elemen kelajuan, konflik emosi dan kisah cinta yang menyentuh jiwa.Diterbitkan melalui gabungan empat nama besar industri iaitu Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios, filem ini membawa naratif yang tidak sekadar tertumpu kepada dunia "mat motor", sebaliknya menelusuri sisi kemanusiaan yang jarang diketengahkan dalam genre tersebut.Mengangkat kisah Azam, seorang pelumba jalanan yang terperangkap dalam dunia penuh risiko, cerita berkembang apabila dia bertemu dengan Ratna, seorang gadis buta yang menerima dirinya tanpa prejudis. Pertemuan itu menjadi titik perubahan penting dalam hidupnya—membuka ruang kepada cinta, harapan, dan konflik dalaman yang semakin meruncing apabila dendam serta pengkhianatan mula menghimpit.Apa yang membezakan Malaikat Malam daripada karya seumpamanya ialah fokus terhadap pembangunan watak dan hubungan antara individu. Filem ini cuba mengangkat persoalan tentang pilihan hidup, kesetiaan serta keberanian untuk berubah, menjadikannya lebih daripada sekadar naskhah aksi bermotor.Dari sudut lakonan, Syafiq Kyle memikul watak utama sebagai Azam, memperlihatkan transformasi berani dengan membawa karakter "mat motor" yang sarat konflik emosi. Gandingan bersama Tracie Sinidol sebagai Ratna menambah dimensi lembut dan menyentuh, sekali gus mengimbangi elemen aksi dengan emosi. Turut memperkuatkan barisan pelakon ialah Que Haidar, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf serta Riezman Khuzaimi.Menariknya, filem ini juga menandakan kemunculan sulung Nazifdin Nasrudin sebagai pengarah. Sebelum ini, beliau lebih dikenali di belakang tabir sebagai editor dan penulis untuk beberapa filem arus perdana. Pendekatan yang diambil memperlihatkan kecenderungan untuk menyeimbangkan aksi dan emosi, dengan naratif yang cuba keluar daripada stereotaip dunia jalanan.

Barisan pelakon filem Malaikat Malam - (kiri ke kanan) Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf, Juzzthin, Kodi Rasheed, Amir Nafis, Tracie Sinidol, Syafiq Kyle, Que Haidar, bersama pengarah Nazifdin Nasrudin dan penerbit Syafiq Yusof di malam gala filem tersebut.

Menurut Datuk Dr. Yusof Haslam, Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif, Malaikat Malam dihasilkan dengan penekanan terhadap kekuatan penceritaan dan pembangunan karakter, bukan sekadar bergantung kepada aksi semata-mata.
Sementara itu, Raja Jastina Raja Arshad, selaku Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Bersama, melihat filem ini sebagai evolusi kepada genre yang sememangnya dekat dengan penonton tempatan.
"Genre 'rempit' sentiasa mempunyai pengikut tersendiri. Namun, melalui Malaikat Malam, kami tampilkan versi yang lebih relevan, bukan sahaja dari segi aksi, tetapi juga dari sudut emosi dan kemanusiaan. Watak utama yang dibawakan Syafiq Kyle berpotensi menjadi ikon baharu dalam dunia permotoran," katanya.Pengarah filem ini, Nazifdin Nasrudin, yang juga dikenali sebagai Bujoq, menegaskan bahawa pendekatan filem ini tidak terhad kepada paparan aksi semata-mata, sebaliknya cuba menyelami sisi kemanusiaan watak-wataknya.“Bagi saya, Malaikat Malam adalah tentang manusia — tentang pilihan, penyesalan dan harapan untuk berubah. Dunia "mat motor" sering dilihat secara stereotaip, jadi saya cuba membawa perspektif yang lebih jujur dan berlapis supaya penonton dapat memahami apa yang mendorong mereka,” katanya.Tambah beliau lagi, keseimbangan antara elemen aksi dan emosi menjadi keutamaan dalam memastikan setiap babak bukan sahaja mendebarkan, malah mempunyai jiwa yang mampu menyentuh perasaan penonton.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem Malaikat Malam.Malaikat Malam hadir sebagai sebuah naskhah yang cuba mengimbangi dua dunia—aksi kelajuan dan lumba jalanan dengan elemen romantik serta konflik emosi. Ia menyasarkan audiens yang lebih luas, daripada peminat adrenalin sehinggalah mereka yang mengikuti cerita romantis. Dalam konteks ini, filem ini tidak sekadar menjadi tontonan aksi, tetapi sebuah “fun ride” yang disulam dengan lapisan emosi, tanpa niat untuk mengagungkan budaya rempit itu sendiri.Seawal pembukaan, filem ini sudah menetapkan pendiriannya secara jelas dan beretika. Menerusi monolog watak Azam lakonan Syafiq Kyle, penonton diingatkan bahawa aktiviti rempit adalah berbahaya dan sia-sia. Pendekatan ini bukan sahaja kreatif, malah berfungsi sebagai penegasan awal untuk menyangkal tanggapan bahawa filem ini cuba mempromosikan gaya hidup tersebut.Naratif kemudian berkembang melalui pertemuan tidak disengajakan antara Azam dan Ratna—seorang gadis buta yang menjalani kehidupan sunyi dan penuh cabaran. Insiden hampir terlanggar menjadi titik mula kepada sebuah "platonic relationship" yang terjalin secara tidak dijangka. Hubungan ini dibina atas rasa empati dan keikhlasan, memperlihatkan sisi kemanusiaan dalam watak Azam—seorang “mat motor” yang masih memiliki sekelumit kebaikan dalam dirinya.Namun begitu, perkembangan hubungan percintaan ini kekal statik dari awal hingga ke penghujung. Walaupun terdapat detik-detik yang menyentuh emosi, hubungan Azam dan Ratna tidak benar-benar mencapai tahap cinta yang mendalam. Sebaliknya, ia berakhir dengan perpisahan demi kebaikan masing-masing—Azam, yang dibelenggu stigma sosial, memilih untuk melepaskan, termasuk menjual motosikalnya. Hubungan ini akhirnya menjadi sebuah perjalanan emosi yang tidak ke mana, tetapi mungkin itu realiti pahit yang ingin dipaparkan.Signifikan judul Malaikat Malam hanya benar-benar difahami menjelang penutup cerita. Dari perspektif Ratna, Azam dilihat sebagai seorang “penyelamat” yang hadir dalam hidupnya pada saat genting—memberikan makna yang lebih simbolik dan peribadi terhadap tajuk filem ini. Tafsiran ini menambah kedalaman emosi dan memperkaya keseluruhan naratif.Menariknya, babak tunggangan motosikal antara Azam dan Ratna mengingatkan kepada filem klasik Hong Kong A Moment of Romance lakonan Andy Lau, memberikan sentuhan romantik nostalgik dalam kerangka tempatan. Gabungan karakter seorang gadis buta yang polos dengan seorang lelaki bermasalah tetapi masih berperikemanusiaan menjadikan hubungan mereka terasa puitis, walaupun tidak berkembang secara konvensional.Dari segi lakonan, Kodi Rasheed sebagai Jimmy menyerlah dengan ekspresi yang cukup realistik dan memukau, mencipta detik-detik yang benar-benar mencengkam perhatian penonton. Sebaliknya, kehadiran Que Haidar sebagai Arash terasa kurang signifikan, seolah-olah sekadar watak tambahan tanpa impak besar terhadap perkembangan cerita.Dialog dalam filem ini ada kalanya berjaya menangkap nuansa “cool” dunia mat motor, namun pada masa yang sama terdapat sedikit "mismatch" dari segi tona dan gaya berbalas kata-kata. Ada dialog yang terasa sedikit mendatar dan kurang organik, sekali gus menjejaskan kesinambungan emosi dalam beberapa babak.Dari sudut teknikal, penyuntingannya mudah dan minimalistik, manakala sinematografi berada pada tahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian yang terasa meleret—terutamanya montaj Azam menunggang motosikal di perkampungan Perlis yang muncul ketika filem hampir ke penghujung, sekali gus sedikit mengganggu momentum penutup.Sebagai sebuah filem motosikal Malaysia pasca Remp-It dan KL Menjerit, karya ini turut menandakan kemunculan semula "Ku Idhzam" (lakonan Que Haidar) dalam genre yang sama suatu ketika dahulu.

Video

Konklusinya, walaupun tidak sempurna, Malaikat Malam tetap mempunyai identiti tersendiri—ia merupakan sebuah filem yang cuba menyeimbangkan antara realiti keras dunia rempit dengan sentuhan emosi yang lebih lembut dan manusiawi. Ia tidak sempurna dari segi penceritaan mahupun teknikal, namun tetap berjaya menyampaikan mesej bahawa di sebalik stigma dan kesilapan, masih wujud ruang untuk empati, perubahan, dan keikhlasan. Hubungan yang tidak berkembang antara Azam dan Ratna mungkin meninggalkan rasa tergantung, tetapi di situlah letaknya refleksi realiti—bahawa tidak semua pertemuan ditakdirkan untuk kekal, namun tetap memberi makna dalam kehidupan seseorang.Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7/10)Malaikat Malam kini sudah mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac 2026, bertepatan dengan musim perayaan Syawal.

Films\Malay\Action, Crime, Romance\Activation

Pelakon dan Produksi Malaikat Malam Santuni Persatuan Orang Buta Malaysia Sempena Ramadan

✒️ Sebas Lo 🗓️ 7 Mac 2026

Paparan skrin LED poster Majlis Berbuka Puasa Filem Malaikat Malam yang berlangsung di Kingston Hotel 10 @ Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2026 – Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, barisan pelakon dan tenaga produksi filem Malaikat Malam menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa istimewa bersama 35 orang tetamu daripada Persatuan Orang Buta Malaysia.Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial pihak penerbit dalam menyantuni komuniti orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, selari dengan semangat Ramadan yang menggalakkan amalan berkongsi rezeki dan menyebarkan kebaikan.Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada para tetamu sebagai tanda penghargaan dan sokongan. Barisan pelakon serta tenaga produksi juga meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu dalam suasana santai.Antara yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah barisan pelakon filem berkenaan termasuk Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf serta Riezman Khuzaimi. Turut hadir ialah pengarah filem tersebut, Nazifdin Nasrudin, bersama wakil pihak penerbitan termasuk Norsalvina Alwee, Ketua Pemasaran dan Pengedaran Filem Astro Shaw, yang memainkan peranan penting dalam strategi promosi serta pengedaran karya tersebut.

Kodi Rasheed menghulurkan duit raya kepada para jemputan daripada Persatuan Orang Buta Malaysia.

Menurut Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif filem berkenaan, Yusof Haslam, majlis tersebut bukan sahaja bertujuan meraikan Ramadan, malah membawa mesej yang seiring dengan tema filem tersebut.“Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, kami amat berbesar hati dapat menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti orang buta pada hari ini. Inisiatif ini selari dengan mesej yang dibawakan menerusi Malaikat Malam yang menekankan nilai penerimaan, empati dan kekuatan melihat dengan hati, bukan sekadar dengan mata,” katanya.Beliau turut berharap pertemuan tersebut dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih inklusif serta saling menyokong antara satu sama lain.Sementara itu, Penerbit Eksekutif dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata majlis berkenaan merupakan usaha memastikan mesej positif yang dibawa filem tersebut tidak hanya dipaparkan di layar perak.“Dengan menyantuni golongan kurang upaya dari Persatuan Orang Buta Malaysia, majlis ini menjadi satu pengalaman yang penuh refleksi dan sarat dengan nilai empati, selari dengan semangat Ramadan yang menggalakkan kita berkongsi rezeki serta berbuat kebaikan,” katanya.Penerbit Eksekutif Bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kandungan dan Rangkaian Televisyen Media Prima serta Primeworks Studios, Nini Yusof pula berkata inisiatif tersebut mencerminkan nilai kemanusiaan yang turut menjadi nadi penceritaan filem berkenaan.

Riezman Jawab Isu Tajuk Malaikat Malam

Dalam sidang media yang berlangsung sewaktu majlis tersebut, pelakon Riezman Khuzaimi turut mengulas kenyataan pendakwah selebriti PU Syed yang mempersoalkan penggunaan istilah “malaikat” dalam judul filem tersebut.Menurut Riezman, beliau peka terhadap kenyataan yang dibangkitkan itu dan menjelaskan bahawa isu berkenaan timbul akibat salah faham terhadap naratif sebenar filem tersebut. Katanya, terdapat kekeliruan antara elemen kisah mengenai budaya ‘merempit’ dalam filem berkenaan dengan penggunaan istilah “malaikat” pada judulnya.Beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut sebenarnya berpunca daripada salah faham antara naratif filem yang menyentuh tentang dunia merempit dengan penggunaan istilah “malaikat” dalam judulnya.Tambah beliau, perkataan “malaikat” dalam konteks filem tersebut digunakan sebagai metafora yang merujuk kepada kebaikan dan nilai kemanusiaan.“Malaikat adalah sinonim kepada kebaikan. Filem ini bukan untuk mengetengahkan budaya merempit, sebaliknya mesej kasih sayang yang dikaitkan dengan istilah ‘malaikat’. Jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, ia membawa maksud "Night Angel",” katanya.

Barisan pelakon bersama pihak produksi bergambar ketika Majlis Berbuka Puasa Malaikat Malam terbitan Skop Productions dengan kerjasama Astro Shaw. (Keempat dari kiri: Norsalvina Alwee, Ketua Pemasaran dan Pengedaran Filem Astro Shaw)

Dengan penglibatan produksi berpengalaman daripada Skop Productions serta sokongan pengedaran oleh Astro Shaw, filem ini dilihat sebagai antara karya tempatan yang dinanti-nantikan, khususnya dalam kalangan peminat filem aksi dan drama tempatan.Filem Malaikat Malam, terbitan empat penerbit terkenal, Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios, dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac 2026, sempena musim perayaan Syawal.

Films\Malay\Action-Thriller, Crime\Activation

Pelancaran Filem Tiket Sehala – Dibunuh atau Membunuh Angkat Isu Sindiket Penipuan Luar Negara

✒️ Sebas Lo 🗓️ 4 Mac 2026

Paparan skrin LED Majlis Pelancaran Filem Tiket Sehala dan Berbuka Puasa anjuran Key Billions Sdn. Bhd. yang berlangsung di Confetti KL pada 2 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2026 – Bersempena kedatangan bulan Ramadan, syarikat produksi Key Billions Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah majlis iftar yang bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim, malah turut menyaksikan pelancaran rasmi filem terbaharu mereka berjudul Tiket Sehala – Dibunuh atau Membunuh.Filem arahan Rahila Ali ini diinspirasikan daripada kisah benar dan mengetengahkan isu global membabitkan mangsa sindiket penipuan tawaran kerja luar negara. Menurut Rahila, karya tersebut dihasilkan atas rasa tanggungjawab untuk memaparkan impak serta akibat yang perlu ditanggung mangsa yang terperangkap dalam jaringan sindiket berkenaan.

Pengarah Filem Tiket Sehala, Rahila Ali

Sinopsis dan Isu Global

Tiket Sehala mengisahkan perjalanan gelap sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Watak utama Alif, Putri dan Taqy terjerat dalam rangkaian buruh haram yang memperdaya mereka melalui tawaran pekerjaan palsu. Filem ini mengangkat realiti pahit yang jarang diterokai dalam produksi tempatan, sekali gus memberi peringatan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati terhadap tawaran pekerjaan luar negara.

Barisan Pelakon Rentas Negara

Filem ini menampilkan gabungan pelakon dari empat negara - Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.Antara pelakon Malaysia yang membarisi naskhah ini ialah:• Sharifah Sakinah sebagai Kak Sal
• Noki K-Clique sebagai Alif
• Ainee Mustafa sebagai Putri
• Zaki Yamani sebagai Boy
• Jaa Suzuran sebagai Taqy
• Hasnul Rahmat sebagai Ayah Putri dan Boy
• Sheila Hassan sebagai Mak Alif
• Ardell Aryana sebagai Ainaa
• Fancy Goh sebagai Saloon Hairdresser
• Wafi A'an sebagai Pembaca Berita Malaysia
• Shaharudin Jamaludin (Sahar Champ) sebagai Roshan
Antara pelakon antarabangsa yang membintangi filem ini adalah seperti berikut:• Thailand
○ Aphisit Usadee (Ninja) sebagai Dao
• Indonesia
○ Naufal Samudra sebagai Indra
• Korea Selatan
○ Hyunjun Suk sebagai Park Ha Joon
○ Ha Ju Young sebagai Park Jae Soo
○ Shin Hyeon Kyu sebagai Lee
○ Si Yeol sebagai Park
○ Tak Teuin sebagai Bong

Barisan pelakon filem Tiket Sehala dari Malaysia, Thailand, dan Korea Selatan

Penggambaran dan Kolaborasi Antarabangsa

Menurut Pengasas Key Billions, Eddie Yap, keunikan jalan cerita menjadi faktor utama syarikat tersebut menerbitkan filem ini. Beliau menegaskan bahawa isu sindiket kerja luar negara jarang difilemkan walaupun ia merupakan masalah serius dan membimbangkan.Menariknya, sebahagian penggambaran dijalankan di Korea Selatan dan melibatkan kerjasama kru produksi Malaysia dan Korea Selatan. Kolaborasi ini membuka peluang pertukaran kepakaran serta meningkatkan standard teknikal produksi tempatan.

Pengasas Key Billions Sdn. Bhd., Eddie Yap

Runut Bunyi dan Persembahan

Majlis pelancaran filem ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu daripada filem ini, antaranya:• “Fire Burning Crazy” nyanyian Ainee & Zaki
• “Set Me Free”
• “Lekas” oleh Zaki Yamani
• Lagu klasik “Menjelang Hari Raya”
Acara tersebut juga menampilkan persembahan khas robotik oleh Shadow Combat League — sebuah kategori hiburan sukan baharu yang menggabungkan elemen sukan tempur, teknologi dan permainan digital.

DC, Jun dan JH memperkenalkan lagu Set Me Free, salah satu runut bunyi rasmi filem Tiket Sehala.

Dalam perkembangan sama, Eddie Yap turut mengumumkan penubuhan Key Billions Distribution yang akan mengendalikan sepenuhnya urusan pengedaran dan promosi Tiket Sehala.Sebelum ini, filem terbitan mereka Soloz: Game Of Life diedarkan oleh pihak lain, namun untuk projek terbaharu ini, segala aspek pengedaran diuruskan secara dalaman. Malah, syarikat itu turut memperoleh hak edaran untuk dua filem lain iaitu Gayong 2 dan Tarung: Unforgiven yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.Pelancaran Tiket Sehala – Dibunuh atau Membunuh bukan sekadar memperkenalkan sebuah karya baharu, tetapi menjadi manifestasi komitmen industri filem tempatan dalam mengetengahkan isu sosial yang kritikal. Dengan gabungan produksi rentas negara, pelakon pelbagai latar dan mesej kesedaran yang kuat, filem ini dijangka memberi impak signifikan kepada penonton serta membuka perbincangan lebih luas mengenai sindiket kerja luar negara.Filem Tiket Sehala – Dibunuh atau Membunuh dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Ogos 2026.

Films\Indonesian\Drama

Kolaborasi Paragon Pictures dan Astro Shaw Bawa Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? ke Pawagam Malaysia

✒️ Sebas Lo 🗓️ 6 Februari 2026

Paparan visual tayangan perdana filem Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? di TGV Suria KLCC.

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2026 – Filem drama emosi Indonesia berjudul Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? bersedia menyentuh hati penonton Malaysia apabila mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Februari 2026. Naskhah ini diterbitkan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment, dengan Astro Shaw bertindak sebagai penerbit bersama serta rakan pemasaran dan pengedaran di Malaysia.Filem ini diarahkan oleh Jay Sukmo, pengarah yang dikenali dengan karya-karya beremosi seperti The Chocolate Chance, Jendela Seribu Sungai dan Culture Shock, yang pernah menduduki carta Top 1 Netflix Indonesia selama lapan minggu berturut-turut. Skrip filem ini pula ditulis oleh Utiuts dan Priska Amalia.Diterajui oleh Revalina S. Temat, yang turut dikenali menerusi watak Bawang Putih dalam kalangan penonton Malaysia, filem ini turut dibintangi Gunawan Sudrajat, Megan Domani, Annisa Kaila (pelakon yang kali terakhir kita lihat dalam Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel), Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna, serta Ustazah Shofwatunnida.

Poster banner filem Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?

Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? mengangkat tema kecurangan, perceraian dan luka emosi dalam institusi keluarga, dengan doa dijadikan sebagai elemen utama yang menenangkan jiwa serta menjadi kekuatan wanita untuk bangkit daripada trauma. Penceritaannya menyelami keupayaan memaafkan dan melepaskan, khususnya daripada perspektif seorang wanita yang kelihatan tabah di luar, namun hancur di dalam.Watak Sarah terpaksa tinggal sebumbung bersama bekas suaminya yang baru mengalami strok serta isteri baharu lelaki itu, demi melindungi mereka. Pengorbanan tersebut mengundang tentangan hebat daripada anak perempuannya, Laila, sekali gus menguji batas kesabaran, keikhlasan dan kekuatan emosi seorang ibu. Filem ini turut menampilkan kesan perceraian dari sudut pandang seorang anak yang terpaksa membesar sebelum waktunya akibat konflik ibu bapa.Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif filem ini merangkap Ketua Astro Shaw, Astro Shaw bertindak sebagai penerbit bersama serta bertanggungjawab dalam aspek pemasaran dan pengedaran di Malaysia. Beliau menyifatkan naskhah ini sebagai sebuah “surat cinta” kepada mereka yang bergelut dengan luka kehidupan, serta peringatan bahawa doa-doa yang tidak terucap tetap didengar.Sementara itu, Robert Ronny, Penerbit Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Paragon Pictures, menyatakan filem ini bukan sekadar mengisahkan konflik kehidupan, tetapi perjalanan doa yang akhirnya menemukan jawapan melalui ketenangan jiwa dan keberanian untuk memaafkan. Beliau turut menegaskan kepentingan perspektif anak dalam naratif ini, yang sering terpinggir dalam kisah perceraian.Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? sebuah filem kolaborasi Indonesia–Malaysia yang turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures dan Virtuelines Entertainment, sekali gus memperkukuh hubungan kreatif antara industri perfileman kedua-dua negara.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan perdana filem Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?.Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? boleh dikatakan sebagai filem yang mampu membuat penonton menangis. Namun, reaksi emosi itu bergantung kepada individu. Ada yang mungkin menitiskan air mata, ada juga yang sekadar terkesan secara dalaman. Apa yang pasti, filem ini tidak ketandusan babak-babak sedih dan menyayat hati — khususnya apabila institusi keluarga yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan akhirnya runtuh.Filem ini membawa penonton menelusuri perjalanan emosi yang sarat dengan pengkhianatan, konflik kewangan dan dilema moral — isu-isu yang sangat dekat dengan realiti masyarakat. Ia bukan sekadar hiburan, sebaliknya sebuah naskhah yang sarat pengajaran. Di sebalik ujian hidup yang bertimpa-timpa dan halangan yang kelihatan mustahil untuk diatasi, filem ini menegaskan bahawa sentiasa ada jalan keluar apabila seseorang itu terus berusaha dan tidak berputus asa.Lakonan Revalina S. Temat sebagai Sarah menjadi nadi utama kekuatan filem ini. Beliau membawakan watak seorang isteri kepada Satrio, ibu kepada Laila, dan dalam masa yang sama penyelamat kepada Annisa, isteri kedua Satrio. Watak Sarah digambarkan sebagai seorang wanita yang luar biasa sabarnya — sanggup menahan tekanan emosi, serta memaafkan pengkhianatan berulang kali, termasuk daripada insan yang dianggap sahabat sendiri. Berpaksikan latar keagamaan yang kuat, Sarah memahami bahawa setiap ujian bukan untuk melemahkan, tetapi untuk membentuk ketabahan dan kekuatan diri.Filem ini memperkenalkan konsep DUIT sebagai falsafah kehidupan: Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Sarah digambarkan berjuang sebagai pencari nafkah melalui perniagaan butik yang dibangunkannya, sambil mengharungi ujian iman apabila harta dan keinginan duniawi, termasuk lamaran Dimas, seorang lelaki kaya yang kononnya mahu mengubah hidupnya serta menyokong perniagaannya sebagai rakan kongsi, mula menguji keimanan. Filem ini secara halus mengingatkan bahawa nafsu dan wang mampu memesongkan manusia, namun dengan iman dan istiqamah, seseorang itu masih mampu bangkit dan bertahan.Watak Annisa pula digarap dengan pendekatan yang berbeza daripada stereotaip drama Indonesia kebiasaan. Dia bukanlah antagonis yang berniat meruntuhkan rumah tangga orang lain dengan "sailang" suami orang. Sebaliknya, Annisa memohon maaf kepada Sarah dan mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Satrio berlaku kerana suaminya itu mahu menyelamatkannya daripada penderaan yang dialami ketika tinggal bersama ibunya yang bersifat abusif. Annisa juga ditampilkan sebagai figura yang membantu menguruskan rumah dan menjaga Laila, anak Sarah dan Satrio — kerana mereka berkongsi perasaan yang sama — kehilangan arah. Dalam perjalanan cerita, Annisa menunjukkan keazaman untuk berubah, sedar akan penderitaan yang ditanggung oleh dirinya, Sarah dan Satrio.Dari sudut visual, filem ini wajar dipuji kerana penggunaan tema warna yang sangat konsisten. Dominasi warna teal dan turquoise dapat dilihat pada set rumah, perabot dan pakaian watak, menjadikan keseluruhan visual tampak kemas, terancang dan menyenangkan mata. Penataan cahaya yang seimbang turut membantu mengekalkan emosi dan suasana cerita.Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dari segi logik penceritaan. Antaranya, ketiadaan babak yang menunjukkan Satrio menerima rawatan hospital atau susulan perubatan selepas diserang strok. Peralihannya daripada keadaan kritikal kepada pulih dan mampu bercakap seperti biasa berlaku terlalu cepat, sekali gus menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi apabila Annisa digambarkan hidup dalam ketakutan akibat hutang dan ancaman luar.

Video

Konklusinya, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? ialah sebuah filem yang sarat emosi, penuh pengajaran dan sangat dekat dengan realiti kehidupan. Walau diuji dengan rintangan yang berat dan perjalanan yang mendaki tanpa henti, filem ini mengingatkan bahawa Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan yang diberikan. Setiap ujian hadir bersama ruang untuk berusaha dan bangkit, kerana di sebalik takdir yang tertulis, manusia tetap dituntut untuk berikhtiar dan menyerahkan akhirnya kepada ketentuan Tuhan.Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7.5/10)Berdurasi 1 jam 54 minit, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?, edaran Astro Shaw, mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 5 Februari 2026.

Films\Indonesian\Drama

Sampai Titik Terakhirmu Angkat Kisah Cinta Benar yang Pernah Tular di Media Sosial

✒️ Sebas Lo 🗓️ 29 Januari 2026

Paparan visual tayangan khas filem Sampai Titik Terakhirmu di Hall BIG, GSC IOI Mall Damansara.

PETALING JAYA, 27 Januari 2026 – Filem drama romantis Indonesia berjudul Sampai Titik Terakhirmu telah diperkenalkan menerusi satu tayangan khas yang berlangsung di GSC IOI Mall Damansara, dihadiri wakil media dan tetamu jemputan. Tayangan ini membuka ruang awal untuk memperkenalkan naskhah tersebut kepada pasaran Malaysia sebelum tayangan rasminya.Diterbitkan oleh LYTO Pictures dan diarahkan oleh Dinna Jasanti, Sampai Titik Terakhirmu diadaptasi daripada kisah benar percintaan Albi Dwizky dan Shella Selpi Lizah yang pernah tular di media sosial. Filem ini menampilkan penceritaan yang berteras realiti, emosi dan pengorbanan, sekali gus membawa penonton menyelami perjalanan cinta yang diuji oleh keadaan hidup dan kesihatan.Filem ini dibintangi oleh Arbani Yasiz sebagai Albi Dwizky, seorang perantau yang bekerja sebagai jurugambar perkahwinan bergandingan dengan Mawar Eva de Jongh sebagai Shella Selpi, seorang atlet dan pencipta kandungan yang ceria serta berjiwa ekstrovert. Turut membarisi pelakon ialah Unique Priscilla, Kiki Narendra, Yasamin Jasem, Shakeel Fauzi, Tika Panggabean, Onadio Leonardo, Siti Fauziah, TJ Ruth, Vonny Felicia, Verina Ardianti, Alfie Alfandy, Cemal, dan Dana Wardhana.

Poster rasmi filem Sampai Titik Terakhirmu

Filem Sampai Titik Terakhirmu mengisahkan pertemuan Albi dan Shella yang pada awalnya tidak disengajakan, namun berkembang menjadi hubungan rapat apabila mereka sering bertemu dalam aktiviti sosial dan lingkungan pertemanan yang sama. Perbezaan personaliti antara Albi yang pendiam dan Shella yang ceria menjadi kekuatan naratif, sehinggalah hubungan mereka diuji apabila Shella disahkan menghidap penyakit serius yang mengancam masa depannya. Albi setia menemani Shella melalui proses rawatan dan pemulihan, sambil kedua-duanya berusaha mempertahankan cinta hingga ke titik terakhir.Filem ini telah mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 13 November 2025, dengan durasi 114 minit, menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya. Aspek teknikal filem turut disokong oleh skor muzik Ricky Lionardi, sinematografi oleh Yudi Datau, serta penyuntingan oleh Aline Jusria.Kemasukan filem-filem Indonesia ke pasaran Malaysia mencerminkan minat berterusan penonton tempatan terhadap naskhah yang mengangkat kisah benar serta emosi kemanusiaan, di samping membuka ruang lebih luas untuk karya serantau menemui khalayak yang lebih besar.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan khas filem Sampai Titik Terakhirmu.Sampai Titik Terakhirmu wajar dianggap sebagai filem wajib tonton, bukan semata-mata kerana ia diangkat daripada kisah benar, tetapi kerana realiti yang dipaparkan amat relevan dan perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Isu barah atau kanser bukan sekadar penyakit yang mengubah kehidupan pesakit, malah memberi kesan mendalam terhadap hubungan kekeluargaan, emosi pasangan, dan kestabilan rumah tangga — sesuatu yang digarap dengan jujur dan penuh empati dalam filem ini.Dari sudut keaslian penceritaan, tahap "verisimilitude" filem ini sangat tinggi — hampir 90 peratus menyerupai kisah sebenar yang melibatkan Allahyarhamah Shella Selpi Lizah dan suaminya, Albi Dwizky. Naratifnya terasa dekat dengan realiti, tanpa berlebihan atau dipaksa menjadi dramatik.Dan ya — lelaki sejati juga boleh menangis. Sepanjang tayangan, khususnya apabila hubungan cinta yang pada mulanya indah mula menjadi rapuh bagaikan telur di hujung tanduk, emosi penonton diuji tanpa henti. Filem ini menampilkan pengorbanan yang lahir daripada cinta tanpa syarat (unconditional love), apabila Albi sanggup melakukan apa sahaja demi tidak meninggalkan — atau ditinggalkan — kekasih yang dicintainya. Namun dalam masa yang sama, Shella pula memilih untuk memendam dan melalui derita sendiri kerana tidak sanggup melihat Albi terus menanggung beban kesakitan bersama. Keterpaksaan untuk memutuskan hubungan demi menjaga hati dan perasaan orang yang dicintai, biarpun dengan cara yang agak kasar, menjadikan perjalanan emosi filem ini amat menyayat hati.Walaupun sarat emosi, filem ini tidak kekurangan elemen komedi ringan yang berfungsi sebagai penenang. Watak Mamak (Tika Panggabean), Nurul (TJ Ruth) dan Yeti (Siti Fauziah) berjaya menceriakan suasana dan memberi ruang bernafas kepada penonton di celah-celah babak berat.Satu aspek yang turut mengagumkan ialah transformasi rupa watak Shella Selpi Lizah lakonan Mawar Eva de Jongh. Ramai mungkin menyangka bahawa pelakon itu benar-benar membotakkan kepala untuk watak tersebut, namun sebenarnya ia adalah hasil solekan — begitu realistik hingga sukar dipercayai. Perincian ini membuktikan komitmen tinggi terhadap realisme visual dan emosi.Dari segi tempo dan penceritaan, setiap perkembangan cerita terasa logik dan tersusun. Tiada babak yang terasa janggal atau tidak perlu. Secara keseluruhan, memang sukar untuk mencari kelemahan besar dalam filem ini.Perjalanan filem ini benar-benar romantik dan emosional, terutama dalam babak-babak pengakuan dan luahan terakhir oleh setiap ahli keluarga sebelum pemergian Shella. Detik-detik ini menghentam emosi penonton dengan kuat. Watak Shella digambarkan sebagai seorang gadis yang polos, manis, disenangi dan tidak sepatutnya melalui penderitaan sedemikian — namun di situlah hakikat kehidupan yang mengingatkan kita bahawa hanya Tuhan lebih mengetahui hikmah di sebalik setiap takdir.Penonton disarankan menyediakan tisu sebelum menonton. Walaupun boleh dibandingkan dengan filem drama Indonesia Hanya Namamu dalam Doaku, Sampai Titik Terakhirmu tampil jauh lebih berkesan dalam mengundang air mata, ditambah pula dengan penggunaan lagu latar yang tepat dan menyentuh jiwa.

Video

Kesimpulannya, Sampai Titik Terakhirmu ialah sebuah pengalaman sinematik yang tulus, menyentuh dan memberi kesan mendalam — bukan sekadar kisah cinta, tetapi refleksi tentang pengorbanan, ketabahan serta makna kasih sayang sebenar apabila berdepan kanser, satu penyakit yang mengancam nyawa dan menguji kekuatan emosi pesakit serta orang tersayang.Rating: ★★★★★★★★☆☆ (8.5/10)Sampai Titik Terakhirmu, edaran Suraya Filem dengan kerjasama GSC Movies, mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 Januari 2026, dengan klasifikasi ‘13’.

Films\Malay\Horror

MIG Angkat Konflik Keluarga dan Insiden Misteri Rumah Pusaka dalam Pemuja

✒️ Sebas Lo 🗓️ 21 Januari 2026

PETALING JAYA, 20 Januari 2025 – Majlis Malam Gala filem seram tempatan berjudul Pemuja telah berlangsung dengan meriah di GSC The Starling Mall, menghimpunkan rakan media, pempengaruh serta tetamu jemputan yang hadir bagi meraikan naskhah terbaharu terbitan Metrowealth Pictures.Menurut penerbitnya, David Teo, Pemuja merupakan sebuah projek yang telah lama dipertimbangkan sebelum akhirnya menemui pengarah yang sesuai. Setelah melalui penelitian terhadap visi dan hasil pengarahan, Azmir Affendi dipilih sebagai pengarah filem ini, satu keputusan yang disifatkan sebagai taruhan berani oleh MIG. Pemilihan tersebut sejajar dengan prinsip MIG yang sentiasa membuka ruang dan peluang kepada bakat baharu, selaras dengan slogan mereka, “Bintang Dicipta, Bukan Dilahirkan.”Filem Pemuja diterajui oleh Qi Razali, "Pelakon Lelaki Terbaik FFM34", bergandingan bersama Yasmin Hani sebagai watak utama. Turut memperkuat barisan pelakon ialah nama-nama berpengalaman seperti Namron, Maria Farida, Hilal Azman, dan Nafiz Anuar, selain menampilkan pelakon kanak-kanak, Rhea Ervina, yang melengkapkan penceritaan filem ini.Pemuja mengisahkan pasangan Aqil dan Qistina yang terpaksa berpindah ke sebuah rumah pusaka akibat tekanan kewangan dan konflik keluarga. Perpindahan yang pada awalnya diharapkan dapat meredakan keadaan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka mula berdepan dengan kejadian-kejadian seram yang berlaku di dalam rumah tersebut, sekali gus membuka ruang kepada elemen misteri dan kekacauan psikologi.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Pemuja.Walaupun barisan pelakonnya tidak ramai, Pemuja berjaya membuktikan bahawa kekuatan sesebuah filem seram bukan bergantung pada jumlah watak, tetapi pada keberkesanan lakonan dan fokus penceritaan. Filem ini memberi ruang yang seimbang kepada Aqil (lakonan Qi Razali) dan Qistina (Yasmin Hani), menjadikan perjalanan emosi mereka terasa hidup dan mudah dihayati. Keserasian pasangan ini juga kuat — hubungan yang “hot and cold” membantu penonton melihat sisi bahagia mereka, dan dalam masa yang sama sisi rapuh serta tertekan apabila gangguan mula memuncak.Antara watak yang menarik perhatian ialah Aqil, "Babah" yang ditampilkan sebagai figura ayah muda yang cuba menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaik mungkin. Lakonannya terasa realistik dan tidak dibuat-buat, menambah elemen emosi yang membuatkan cerita ini lebih “bernyawa” berbanding sekadar seram semata-mata.Dari segi pembangunan misteri, filem ini bijak memperkenalkan sisi sebenar watak Pak Erman (Namron) dan Mak Pah (Maria Farida) secara berperingkat. Penonton dibawa untuk curiga dari awal. Pendedahan karakter mereka dibuat dengan tempo yang kemas, membuatkan elemen seram lebih mendalam kerana ia datang daripada manusia yang kelihatan “biasa”, tetapi menyimpan rahsia gelap.Namun, dari sudut jalan cerita, Pemuja sedikit cenderung kepada formula yang agak klise — lebih kurang seperti struktur filem seram Hollywood yang kita pernah lihat sebelum ini. Ia masih menghiburkan, tetapi tidak terlalu mengejutkan bagi penonton yang sudah biasa dengan genre seram rumah pusaka, gangguan makhluk halus, dan rahsia keluarga.Dari segi teknikal pula, terdapat beberapa kelemahan kecil yang ketara bagi penonton yang peka. Ada beberapa babak yang menunjukkan dialog dan ekspresi pelakon tidak konsisten apabila kamera bertukar sudut — apa yang dikenali sebagai "continuity error". Walaupun ia tidak mencacatkan keseluruhan filem, ia tetap mudah dikesan oleh penonton yang memberikan sepenuh perhatian.Untuk elemen seram, Pemuja sememangnya sarat dengan gangguan — banyak objek menyeramkan, bunyi aneh, kemunculan makhluk halus, serta kejadian-kejadian menakutkan yang berlaku sepanjang filem. Dari segi atmosfera, ia berjaya mewujudkan rasa tegang. Namun, ada beberapa makhluk yang kelihatan seperti sekadar solekan dan kurang realistik, menyebabkan sesetengah penampakan tidak memberi impak yang kuat. Babak mayat Mak Pah yang lenyap menjadi zarah-zarah halus selepas dibunuh juga jelas menunjukkan kekurangan dari aspek VFX.Selain itu, babak Mak Pah dicekup oleh Amat yang memberi masa kepada Aqil untuk “recover” menjelang penghujung filem terasa sedikit kurang logik, memandangkan Mak Pah ketika itu digambarkan sudah dikuasai syaitan.Walau bagaimanapun, penggunaan muzik latar atau "film score" dalam Pemuja wajar dipuji kerana ia digunakan dengan tepat dan secara sederhana. Kebanyakannya padan dengan babak-babak. Penggunaan takut kejut pula ada yang menjadi dan betul-betul mengejutkan, namun ada juga yang terasa biasa.

Video

Secara keseluruhan, Pemuja ialah filem seram yang efektif dari segi lakonan dan dinamika watak utama, dengan elemen misteri yang menarik melalui Namron dan Maria Farida. Filem ini mampu memberi pengalaman seram yang solid, terutama bagi penonton yang sukakan gangguan berterusan dan aura rumah pusaka yang penuh rahsia.Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7.5/10)Pemuja, edaran MIG dan diklasifikasikan ‘13’, mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 22 Januari 2026.

Films\Indonesian\Drama

Ozora Cetus Kempen “Say No to Bully” di Malaysia Menerusi Naskhah Kisah Benar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 19 Januari 2026

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2026 — Tayangan Media dan Sidang Media bagi filem berasaskan kisah benar, Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel, telah berlangsung di GSC MidValley Megamall, sekali gus memperkenalkan naskhah yang mengangkat isu sosial berat merangkumi keadilan, penyalahgunaan kuasa, suara rakyat, serta kesan perundungan terhadap mangsa dan keluarga.Filem ini diarahkan oleh Umbara Brothers, iaitu Anggy Umbara dan Bounty Umbara, diterbitkan oleh Umbara Brothers Film dengan kerjasama beberapa studio termasuk VMS Studio, 786 Entertainment, Rumpi Entertainment, Makara Production, A&Z Films, serta Dbay Film Factory.Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Chicco Jerikho, Muzakki Ramdhan, Erdin Werdrayana, Tika Bravani, Donny Damara, Annisa Kaila, dan Mathias Muchus, filem ini menampilkan penceritaan yang tegas dan berimpak dalam menyampaikan mesej kemanusiaan serta perjuangan menuntut keadilan.Berpaksikan tragedi yang berlaku di Jakarta Selatan pada tahun 2023, filem ini menelusuri perjuangan seorang bapa, Jonathan Latumahina (lakonan Chicco Jerikho), dalam usaha menuntut keadilan selepas anaknya, David Ozora (Muzakki Ramdhan), koma akibat penganiayaan kejam. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila pelaku didakwa menerima layanan istimewa berikutan pengaruh dan kedudukan bapanya, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap ketelusan sistem perundangan.

Menurut kenyataan pengarah dan penerbit, Anggy Umbara, filem ini bukan sekadar memaparkan jenayah, sebaliknya merupakan interpretasi mendalam yang menggambarkan kesan psikologi dan emosi akibat perundungan, selain menonjolkan perjalanan spiritual keluarga mangsa ketika berdepan ketidakadilan. Beliau turut menjelaskan bahawa sokongan masyarakat awam menjadi sebahagian daripada proses pemulihan, sekali gus mengangkat kekuatan solidariti rakyat dalam menolak penindasan.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa tayangan media filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel.Dari segi penceritaan, filem ini dimulakan secara jelas dan terus kepada perkembangan insiden, sekali gus memudahkan penonton memahami kronologi kes sehingga ke proses perbicaraan dan hukuman. Struktur naratif sedemikian menjadikan filem ini sesuai untuk penonton yang tidak pernah mengikuti kes ini sebelum ini, khususnya di Malaysia.Aspek pemilihan pelakon turut menjadi antara kekuatan utama filem ini apabila penampilan dan pembawaan watak dilihat hampir menyerupai individu sebenar yang terlibat. Perincian seperti tatu Chicco Jerikho yang kelihatan seakan sama, serta keserupaan Tika Bravani sebagai Melissa Anggraini dan Muzakki Ramdhan sebagai Crystalino David Ozora, memperkukuh keaslian penceritaan dan menjadikan pengalaman tontonan lebih meyakinkan.Dalam masa sama, filem ini turut memperlihatkan bagaimana peranan warganet dan ruang digital mampu menjadi platform solidariti, selain menggerakkan tekanan awam terhadap ketidakadilan. Pendekatan ini menjadikan Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel bukan sahaja sebuah karya dramatik, tetapi juga seruan kesedaran sosial yang menekankan bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang, tanpa mengira pangkat atau darjat.

Menerusi tayangan filem ini yang diterajui oleh 10Star Cinemas, ia turut dilihat sebagai langkah awal untuk memulakan kempen kesedaran ‘Say No to Bully’ di Malaysia, sekali gus menyeru masyarakat agar lebih tegas menolak budaya buli dalam apa jua bentuk, di samping memperkukuh kesedaran tentang peranan suara rakyat dalam menuntut keadilan.

Video

Secara keseluruhan, Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel tampil sebagai naskhah kisah benar yang berani dan berimpak tinggi, dengan penceritaan yang tegas, emosi yang menyentuh, serta mesej keadilan yang kuat. Filem ini bukan sekadar mengangkat isu perundungan, malah menjadi seruan sosial yang mengingatkan bahawa tiada siapa kebal daripada undang-undang, dan suara rakyat mampu menjadi pemangkin perubahan.Rating: ★★★★★★★★☆☆ (8/10)Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel, edaran 10Star Cinemas, ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Januari 2026, dengan klasifikasi tontonan '13'.

Films\Malay\Drama

Cerminan Luka dan Stigma, Akad Yang Hilang Angkat Isu Nikah Tidak Sah

✒️ Sebas Lo 🗓️ 17 Januari 2026

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2026 – Astro Shaw membuka tirai tahun 2026 dengan filem baharu berjudul Akad Yang Hilang, sebuah naskhah yang berani mengetengahkan realiti perkahwinan tidak sah serta stigma “anak haram” yang masih wujud dalam masyarakat.Malam Gala Tayangan Perdana filem ini telah berlangsung di TGV Suria KLCC, sekali gus memperkenalkan karya yang membawa fokus kepada isu nikah fasid, iaitu perkahwinan yang dilangsungkan tetapi tidak memenuhi rukun dan syarat sah menurut hukum syarak, sekali gus memberi implikasi besar terhadap status perkahwinan dan masa depan anak-anak yang terlibat.Akad Yang Hilang mengisahkan Maryam yang merancang perkahwinannya bersama kekasih pilihan hati, Ammar. Namun, proses pendaftaran yang sepatutnya berjalan lancar bertukar menjadi ujian apabila Maryam perlu memohon wali hakim berikutan kematian bapanya, Husni, sementara adiknya, Zaki, masih berusia 17 tahun. Situasi menjadi semakin rumit apabila satu pendedahan mengejutkan muncul apabila Mahkamah Syariah memaklumkan perkahwinan ibu bapanya tidak sah kerana fasid.Lebih mencabar, isu peribadi Maryam itu tersebar di media sosial dan menjadi bahan perbualan negatif masyarakat, memaksanya berdepan tekanan serta cemuhan orang sekeliling. Persoalan utama yang dibawa filem ini adalah bagaimana Maryam mahu meneruskan perkahwinannya, dalam masa yang sama mencari jawapan tentang status dirinya dan mempertahankan maruah keluarga.

Barisan pelakon dan tenaga produksi filem Akad Yang Hilang di Malam Gala Tayangan Perdana. (Kiri ke kanan: Idan Aedan, Syarul Ezani, pengarah Bahri Uma Bajuri, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad, Mira Filzah, serta dua wakil produksi).

Akad Yang Hilang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri yang menampilkan sentuhan sulungnya untuk layar perak, dengan skrip hasil tulisan Zuli Ismail dan Eenaz Mokhtar. Lagu tema utama berjudul “Yang Tertulis” nyanyian Dinda Dania pula melengkapkan emosi penceritaan yang sarat konflik moral dan dilema kemanusiaan.Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Akad Yang Hilang bukan sekadar sebuah karya hiburan, sebaliknya naskhah yang dihasilkan untuk mencetuskan perbualan sosial dan kesedaran dalam kalangan penonton. Beliau turut menekankan filem ini membawa penonton menilai semula bagaimana satu keputusan kecil boleh memberi kesan besar, serta mencabar persepsi masyarakat terhadap mereka yang terkesan dengan isu nikah tidak sah.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Akad Yang Hilang.Akad Yang Hilang tampil sebagai sebuah naskhah yang membawa tema berat — nikah fasid, stigma masyarakat, dan luka maruah keluarga — namun secara keseluruhan, filem ini lebih terasa seperti sebuah drama TV yang dipadatkan ke format layar perak. Bukan kerana mesejnya lemah, tetapi kerana struktur penceritaan dan pembinaan konflik seakan-akan memerlukan ruang episodik untuk mengupas latar belakang Maryam serta keluarganya dengan lebih menyeluruh. Pada masa sama, penonton yang sudah lama terdedah dengan formula drama Melayu berkaitan isu rumah tangga, cinta, dan fitnah mungkin akan merasakan naskhah ini kurang “fresh” untuk sebuah pengalaman sinematik.Pengakhiran filem terasa agak tergesa-gesa. Walaupun ia memberi penutup bahagia apabila Maryam dan Ammar akhirnya berkahwin, babak itu disampaikan dengan sekonyong-konyong dan dimaklumkan kepada penonton melalui teks, bukannya ditunjukkan secara dramatik. Ini menimbulkan persoalan besar: bukankah Datin Ramlah (lakonan Aleza Shadan) sejak awal tidak merestui hubungan mereka? Bagaimana perubahan itu berlaku? Apakah yang membuatkan halangan utama tersebut tiba-tiba berjaya dipatahkan? Disebabkan resolusi itu tidak diperkukuh dengan perkembangan yang jelas, ia sedikit mengecewakan kerana isu restu dan penerimaan sepatutnya menjadi kemuncak emosi utama cerita.Namun, filem ini tetap mempunyai kekuatan dari segi lakonan. Mira Filzah membawakan watak Maryam dengan meyakinkan, khususnya ketika dia tampil sebagai “Cikgu Maryam”. Babak interaksi beliau dengan para pelajar di dalam kelas terasa natural — bukan sekadar berlakon sebagai guru, tetapi benar-benar “menjadi” seorang pendidik. Malah, adegan beliau melalui koridor sekolah sambil menegur pelajar agar tidak berlari juga memberi sentuhan realisme yang berkesan.Selain itu, Idan Aedan sebagai Zaki juga mencuri perhatian dengan lakonan yang kuat dan penuh reaksi emosi. Dari tangisan, raungan, hingga babak pertengkaran yang menuntut tenaga emosi tinggi, beliau membuktikan kemampuan sebagai pelakon muda yang semakin matang. Bagi penonton yang mengikuti lakonannya sebelum ini, perkembangan beliau jelas ketara dan wajar diberi pujian.Dari sudut naratif moden, elemen “viral” dan “doxxing” di media sosial digunakan sebagai senjata utama untuk memusnahkan Maryam dan Ammar. Namun mekanisme ini terasa terlalu berulang dan agak berlebihan, sehingga ada penonton boleh cepat rasa jemu. Konflik seolah-olah bergerak pada satu paksi yang sama — orang bocorkan maklumat, orang fitnah, netizen menghukum — tanpa variasi atau idea baharu yang lebih kreatif untuk menunjukkan bagaimana kehidupan mereka benar-benar runtuh dari pelbagai sudut.

Jika dilihat sebagai filem yang membawa pengajaran, Akad Yang Hilang tidaklah boleh dianggap rujukan moral yang “sempurna”, tetapi ia tetap menyampaikan satu mesej yang jelas: hubungan dalam rumah tangga dan maruah keluarga boleh hancur apabila menjadi mangsa fitnah dan cemuhan masyarakat. Dalam konteks ini, nikah fasid bukan semata-mata isu utama, sebaliknya menjadi tema payung yang membalut naratif lebih besar tentang bagaimana manusia mudah menghukum tanpa memahami kebenaran.Namun begitu, durasi filem yang agak singkat iaitu 1 jam 25 minit membuatkan tempo keseluruhan terasa seperti belum sempat “meletup” sepenuhnya. Menjelang 20 minit terakhir, penonton mungkin menyangka klimaks sebenar baru mahu bermula — ketika Maryam dan Zaki mula menerima takdir dengan hati terbuka serta belajar menepis kebencian sekeliling. Tetapi filem berakhir terlalu cepat, dengan penutup perkahwinan yang sekadar dinyatakan, bukan dibina sebagai payoff dramatik yang sepatutnya lebih memuaskan.

Video

Secara keseluruhan, Akad Yang Hilang ialah sebuah naskhah yang penting dari segi isu dan mesej, dengan lakonan yang mantap daripada Mira Filzah, Syarul Ezani, dan Idan Aedan. Namun dari sudut penceritaan dan struktur filem, ia masih terasa seperti “drama yang dipendekkan”, dan pengakhiran yang terlalu ringkas menyebabkan impak emosi akhirnya tidak semantap yang diharapkan.Rating: ★★★★★☆☆☆☆☆ (5/10)Saksikan Akad Yang Hilang di pawagam seluruh negara bermula 15 Januari 2026. Filem ini diklasifikasikan ‘16’.

Films\Arabic\Docudrama

Filem Kemanusiaan Bertaraf Dunia, The Voice of Hind Rajab Dilancarkan di Malaysia

✒️ Sebas Lo 🗓️ 8 Januari 2026

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2026 – Tayangan perdana filem dokumentari The Voice of Hind Rajab memperkenalkan kepada khalayak sebuah karya kemanusiaan yang menyentuh, berasaskan rakaman panggilan kecemasan sebenar seorang kanak-kanak Gaza berusia enam tahun yang menunggu bantuan dalam situasi konflik. Filem ini dibawakan oleh Mime Films dan Tanit Films, dengan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi, sebelum memasuki pawagam terpilih seluruh negara bermula 8 Januari 2026.Diarahkan oleh pengarah ternama Tunisia, Kaouther Ben Hania, filem berdurasi 89 minit ini menelusuri detik-detik terakhir Hind Rajab yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan, hanya bersandar pada talian kecemasan dan harapan yang semakin tipis. Menolak sensasi visual, dokumentari ini memilih pendekatan psikologi dan kemanusiaan, menonjolkan tekanan emosi petugas kecemasan serta keterbatasan realiti di lapangan. Lakonan dibawa oleh Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel, dan Clara Khoury, dengan bahasa pertuturan Arab dan Inggeris serta sari kata Bahasa Malaysia.Berteraskan rakaman audio asli tanpa lakonan semula, The Voice of Hind Rajab tampil sebagai memorial audio-visual yang mengingatkan penonton akan nilai empati dan hak kanak-kanak untuk diselamatkan. Filem ini telah meraih Silver Lion Grand Jury Prize di Venice International Film Festival 2025, serta disenaraikan dalam Top 15 kategori Best International Feature Film di Academy Awards ke-98 (2026) — sekali gus meneguhkan statusnya sebagai karya penting yang merentas sempadan politik dan geografi.

Mengukuhkan lagi agenda kemanusiaannya, filem ini digerakkan melalui kempen “Hind Rajab: Suara Terakhir” bersama MERCY Malaysia, dengan sokongan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Tiga suara advokasi — Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Ahmad Fedtri Yahya, dan Uyaina Arshad — mengetuai pemerkasaan kesedaran awam, disertai kolaborasi pelbagai personaliti serta pasukan Media TV3. Sebagai simbol solidariti, Media Prima akan menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Diklasifikasikan P13, The Voice of Hind Rajab bakal menemui penonton di pawagam terpilih seluruh negara mulai 8 Januari 2026, sebagai dokumentari kemanusiaan yang mengajak penonton menilai semula erti empati, keberanian, dan kemanusiaan.

Video

Films\Malay\Comedy Fantasy

Puteri Duyung Kembali Demi Aurora Selepas 17 Tahun

✒️ Sebas Lo 🗓️ 20 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2025 – Tayangan Perdana filem Duyung: Legenda Aurora telah berlangsung dengan meriah di GSC LaLaport BBCC Cinema, menandakan kembalinya dunia fantasi ikonik Duyung ke layar perak selepas hampir dua dekad. Filem komedi fantasi terbaharu ini mengangkat kesinambungan cerita dengan sentuhan moden, sekali gus menggabungkan elemen nostalgia, humor dan visual segar untuk tontonan seisi keluarga.Diarahkan oleh Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen, Duyung: Legenda Aurora diterbitkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios bertindak sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi. Filem ini menampilkan kepulangan watak-watak ikonik yang pernah mencuri hati penonton, termasuk Maya Karin sebagai Puteri Duyung, Saiful Apek sebagai Jimmy dan Yasmin Hani sebagai Aspalela, di samping penampilan wajah baharu seperti Anna Jobling yang membawa watak Aurora.

Naskhah ini mengisahkan Puteri Duyung yang terpaksa kembali ke dunia manusia demi menyelamatkan anaknya, Aurora, selepas gadis itu diculik oleh sindiket pukat tunda haram dan dijual kepada seorang saintis bernama Dr. Evo. Misi menyelamat tersebut menjadi semakin mencabar apabila Aurora dan pahlawan duyung, Hamlau, hanya mampu berada di daratan tidak lebih enam jam, sekali gus mencetuskan perlumbaan masa yang sarat kekecohan dan keajaiban.Pertembungan dunia laut dan darat menjadi latar utama penceritaan, diserikan dengan kehadiran watak sampingan seperti Dashmond dan Ajaq, serta elemen komedi fizikal dan dialog spontan yang menjadi kekuatan utama filem ini. Menurut pengarahnya, Duyung: Legenda Aurora bukan sekadar hiburan ringan, sebaliknya membawa mesej tentang kasih sayang keluarga, keberanian serta ikatan antara dua dunia yang berbeza.

Filem asal Duyung yang ditayangkan pada 2008 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kutipan pecah panggung dan memenangi Anugerah Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21, selain dikenang kerana penggambaran bawah air di Pulau Sipadan. Legasi tersebut kini diteruskan menerusi penceritaan baharu yang masih setia kepada roh asalnya.Menguatkan emosi penceritaan ialah dua runut bunyi baharu, termasuk lagu ceria nyanyian Datuk Seri Vida serta balada romantik nyanyian Shahir dan Adira, yang menyuntik nuansa segar kepada dunia fantasi Duyung.

Video

Berdurasi 96 minit dan diklasifikasikan P12, Duyung: Legenda Aurora bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025, sebagai antara naskhah hiburan hujung tahun yang menyatukan nostalgia dan pengembaraan baharu untuk seisi keluarga.

Films\Indonesian\Psychological Thriller

Malin Kundang Kisah Lama, Kini Dalam Thriller Misteri Moden

✒️ Sebas Lo 🗓️ 18 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 9 Disember 2025 – Tayangan perdana filem Indonesia berjudul Legenda Kelam Malin Kundang telah berlangsung pada 9 Disember 2025 di GSC IOI Mall Damansara, membawa versi baharu interpretasi legenda rakyat Minangkabau ke dalam genre thriller dan misteri moden. Filem ini diarahkan oleh Rafki Hidayat dan Kevin Rahardjo, serta dibintangi barisan pelakon popular termasuk Rio Dewanto, Faradina Mufti, Vonny Anggraini, Nova Eliza dan lain-lain.Dihasilkan oleh kerjasama tiga rumah produksi besar Indonesia — Come and See Pictures, Rapi Films, dan Legacy Pictures — Legenda Kelam Malin Kundang, berkisar tentang Alif, seorang pelukis mikro yang baru pulih daripada kemalangan serius di mana sebahagian memori beliau terjejas. Setelah kembali ke rumah bersama isteri dan anaknya, seorang wanita tua muncul dengan mendakwa dirinya sebagai ibu Alif—seorang yang tidak diingati oleh Alif dalam ingatan lamanya. Keanehan itu mencetuskan konflik batin dan misteri yang membawa penonton menyelami keraguan, trauma serta persoalan mengenai realiti dan ilusi dalam hidup Alif.Naskhah ini menonjolkan genre drama, misteri dan thriller dengan tempo penceritaan yang memikat serta suasana visual yang suram, membezakan dirinya daripada adaptasi legenda rakyat tradisional biasa. Filem ini turut memperlihatkan interpretasi moden terhadap tema kehilangan ingatan, konflik keluarga, serta kegelisahan batin, yang menjadikannya sebuah tontonan serba misteri dan penuh simbolik.

Joko Anwar di karpet merah Festival Filem Antarabangsa Venice ke-72. [Ihsan Getty Images]

Filem ini berdurasi sekitar 100 minit dan diklasifikasikan 18, sesuai untuk penonton dewasa berikutan elemen misteri, ketegangan psikologi serta beberapa babak berunsur sugestif atau bersifat lascivious yang dipaparkan sepanjang naratif. Legenda Kelam Malin Kundang juga didukung oleh reputasi Joko Anwar sebagai produser dan penulis bersama, yang terkenal dengan gaya penceritaan yang berlapis dan beremosi dalam karya-karya sebelum ini.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Legenda Kelam Malin Kundang.Legenda Kelam Malin Kundang membawakan satu tafsiran baru terhadap kisah klasik Malin Kundang, di mana tiada siapa yang bertukar menjadi batu. Filem ini mungkin membuatkan penonton keliru pada awalnya, namun ia menuntut pemikiran dan ketelitian untuk menguraikan setiap lapisan naratifnya.Pergerakan cerita agak perlahan, namun ia adalah penting untuk memprojeksikan elemen misteri dan pendedahan secara berperingkat, terutamanya melalui interaksi antara Alif (Rio Dewanto) dan ibunya Aminah (Vonny Anggraini). Secara perlahan-lahan, satu demi satu rahsia latar belakang Alif terbongkar, dengan setiap babak disusun rapi untuk memanipulasi emosi penonton, membina suspense dan ketegangan psikologi tanpa mendedahkan segala-galanya terlalu cepat.Sebagai sebuah filem psychological thriller, ia berjaya membawa penonton menyelami dunia perspektif Alif. Penonton akan merasai ketakutan dan kekeliruan yang dialami Alif akibat kehilangan ingatan dan halusinasi – beberapa adegan mengingatkan kami kepada filem seram Smile. Filem ini bukan sebarang cerita hantu, tetapi keseimbangan antara elemen seram dan psikologi dengan kemunculan entiti jahat dibuat dengan baik.Lakonan tampak asli dan berani, terutamanya dalam adegan Alif melihat ibu kandungnya, yang dimainkan oleh Nova Eliza, di sebuah rumah pelacuran. Adegan ini mendedahkan bahawa Alif adalah anak luar nikah. Dengan unsur darah dan adegan mencengkam, filem ini wajar dipuji atas realisme dan simulasi emosi yang ditonjolkan.Dari segi pengajaran, Alif cuba melupakan ibu kandungnya atas kesalahan masa silam ketika dia masih kecil. Namun, selepas satu kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan ingatan, dia terpaksa menggali semula sejarah hidupnya, terutamanya apabila seorang wanita tua yang ditemuinya selepas kemalangan menimbulkan rasa syak wasangka. Premis filem ini memanfaatkan konsep Malin Kundang – anak derhaka yang menjadi batu kerana menolak ibunya – tetapi diolah dari dimensi berbeza, menekankan nilai kesetiaan, kerendahan hati, dan akibat kesombongan serta ego.Pelakon gandingan, Faradina Mufti, dikenali dari Impetigore, tampil sebagai Nadine dengan aura seksi dan tetap berpengaruh, walaupun adegan bercium antara Nadine dan Alif telah dipotong. Sementara itu, Gambit Saifullah, seorang pelakon Malaysia memainkan watak Iqbal, seorang peguam dalam perundingan harta pusaka. Walaupun peranannya tidak begitu signifikan dalam filem ini, Iqbal mampu menjadi tarikan para peminat Malaysia.

Video

Secara keseluruhan, Legenda Kelam Malin Kundang berjaya menyajikan satu pengalaman filem yang pelbagai, penuh suspense dan psikologi, dengan lakonan yang berani serta naratif yang menuntut penonton berfikir dan menilai setiap adegan. Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu tafsiran moden yang menyegarkan cerita klasik Malin Kundang.Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7/10)Legenda Kelam Malin Kundang, edaran Suraya Filem dan GSC Movies, mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025, dengan klasifikasi ‘18’.

Films\Indonesian\Action-Comedy

Agak Laen Kembali Lebih Lawak, Kini Menguasai Pawagam Malaysia

✒️ Sebas Lo 🗓️ 10 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2025 – Malam Gala dan Tayangan Perdana filem komedi Indonesia yang dinanti-nantikan, Agak Laen: Menyala Pantiku! arahan Muhadkly Acho, telah berlangsung di TGV Suria KLCC.Dibintangi empat sekawan fenomena — Bene Dion Rajagukguk, Boris Bokir, Indra Jegel dan Oki Rengga — filem terbaharu ini menandakan kemunculan semula jenama Agak Laen yang sebelum ini mencetuskan fenomena pawagam serantau pada tahun 2024.Diterbitkan oleh Imajinari, Menyala Pantiku! bukanlah sambungan naratif filem pertama, sebaliknya sebuah naskhah komedi baharu yang mengekalkan karakter utama tetapi menampilkan kisah, konflik dan dunia yang sepenuhnya berbeza. Pendekatan “same cast, new chaos” ini memberikan kebebasan kreatif kepada sutradara untuk mencipta situasi yang lebih besar, pelik dan lucu daripada sebelumnya.

Kali ini, pasukan Agak Laen terpaksa menyamar di sebuah panti jompo misteri bagi menjejaki seorang buronan penting yang disyaki membunuh anak wali kota. Namun, misi tegang itu segera bertukar menjadi rangkaian insiden tidak masuk akal — daripada penghuni rumah jagaan yang eksentrik hinggalah siri salah faham yang meleret ke arah komedi fizikal dan satira sosial.Menurut penerbit Ernest Prakasa, filem ini mengekalkan identiti komedi rakyat yang dekat dengan penonton Indonesia, tetapi pada masa yang sama mempersembahkan elemen penyiasatan dan drama dengan skala lebih besar. Kehadiran pelakon-pelakon veteran sebagai penduduk panti jompo turut menambah dimensi humor yang lebih matang dan sinis.

Sementara itu, menurut sutradara Muhadkly Acho sewaktu sidang media di TGV Suria KLCC, semua pesakit dan warga tua yang muncul dalam beberapa babak di panti jompo sebenarnya hanyalah pelakon tambahan dan bukannya pesakit atau warga tua sebenar dari panti jompo terbabit, atas faktor usia dan kesihatan.Dengan gabungan misteri, kekecohan dan humor yang tidak dijangka, Agak Laen: Menyala Pantiku! hadir sebagai penutup hujung tahun yang sarat dengan hiburan untuk peminat komedi Nusantara.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Agak Laen: Menyala Pantiku!.Bagi mereka yang tidak pernah menonton Agak Laen 1, intro Agak Laen 2 mungkin akan membuat mereka tersalah tanggapan. Dari awal, ia seolah-olah sebuah filem "buddy cop" ala Bad Boys atau Rush Hour, tetapi percayalah – Agak Laen: Menyala Pantiku! jauh berbeza daripada apa yang anda sangkakan. Filem ini bukan sekadar komedi aksi biasa; ia membina dunia baru yang unik dengan sentuhan misteri dan siasatan di sebuah panti, sambil mengekalkan jenaka yang menggelikan.Penonton juga tidak perlu menonton atau menonton semula filem pertama untuk memahami premis atau perkembangan watak kerana Agak Laen 2 berdiri sendiri. Ia menggunakan elemen "extra edge" yang lebih kelakar, dipadankan dengan unsur misteri, menjadikannya satu pengalaman menonton yang segar dan menarik. Dalam erti kata lain, hubungan dengan filem pertama adalah longgar, jadi penonton baru tetap boleh menikmati cerita ini sepenuhnya.Dari segi komedi dan aksi, filem ini memang "badass", gila lucu, dan "sick". Lebih matang (ya, benar-benar matang!), jadi pastikan anda atau sesiapa yang menemani anda di pawagam mematuhi klasifikasi LPF ‘13’. Bagi penonton yang serius sekalipun, lawak jenaka dan "double-entendre" pasti mampu membuatkan anda tergelak terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, ada satu babak di mana keempat-empat watak utama mencuba untuk buat lawak sambil gelak sendiri nampak agak dibuat-buat dan terasa panjang. Namun secara keseluruhan, komedi filem ini sangat berkesan sehingga penonton bukan dari Indonesia pun boleh pecah perut ketawa.

Salah satu babak paling tidak dapat dilupakan ialah ketika Oki dan Boris memainkan watak pasangan tua yang terperangkap dalam situasi canggung dan terpaksa berciuman untuk menangkis perasaan syak Linda Rajagukguk, pengurus panti - semua ini salah dua kawan mereka yang lain. Babak ini pasti membuatkan seluruh panggung gelak terbahak-bahak dan menyorak – satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan dan tidak boleh dinyahlihat. Nasib baik, babak ini tidak dipotong, kalau tidak, hilanglah nilai ini daripada filem ini.Cameo Fajar Sadboy, pempengaruh terkenal dari Indonesia, mungkin akan membuat penonton asing bingung. Babak kemunculannya agak fokus pada wajahnya, tetapi bagi penonton Malaysia yang tidak mengenalinya, ia tidak memberi sebarang kesan kejutan atau "surprise".Tidak dilupakan juga, satu pujian harus diberikan kepada Chew Kin Wah, pelakon popular Malaysia, yang membawa watak Koh Acim. Siapa sangka pelakon Rain Town itu muncul dalam filem Indonesia ke-9 terlaris sepanjang masa dan filem Indonesia 2025 ke-2 terlaris ini? Walaupun bukan mudah untuk beliau berdialog dalam Bahasa Indonesia sepanjang filem, beliau tetap melakukannya dengan agak fasih. Casting Chew Kin Wah boleh dianggap sebagai satu batu loncatan untuk beliau berkembang ke filem antarabangsa di masa akan datang.

Video

Secara keseluruhan, Agak Laen: Menyala Pantiku! berjaya menawarkan kombinasi komedi, aksi, dan misteri yang unik. Ia lebih daripada sekadar sekuel; ia satu pengalaman menonton yang liar, lucu, dan berani – sesuai untuk penonton yang berani ketawa tanpa henti.Rating: ★★★★★★★★★★ (10/10)Agak Laen: Menyala Pantiku!, edaran Antenna Entertainments, ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Disember 2025.

Films\Malay\Drama

Sinema dari Borneo: NINAVAU Papar Realiti Keluarga Sabah

✒️ Sebas Lo 🗓️ 30 November 2025

KUALA LUMPUR, 25 November 2025 – Filem cereka NINAVAU, arahan pengarah Kadazan, Bebbra Mailin, melabuhkan tayangan perdananya di TGV Suria KLCC dalam satu acara istimewa yang menghimpunkan rakan media, pemain industri dan komuniti kreatif. Diterbitkan oleh Le Mediator Studio bersama Kristal Azmir Sdn. Bhd., naskhah ini mencuri perhatian kerana mengangkat kisah keluarga Sabah melalui paparan sinematik yang intim dan menyentuh perasaan.NINAVAU berkisarkan tentang kepulangan Ninavau (Jovenna Jim) ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya, Elvira (Tati Eliana Tonny). Namun, detik yang sepatutnya menjadi perayaan keluarga bertukar menjadi titik konflik apabila Ninavau sebenarnya telah memeluk Islam sewaktu menetap di Kuala Lumpur, sesuatu yang tidak pernah dimaklumkan kepada keluarganya yang berpegang kepada kepercayaan Katolik. Rahsia itu mengundang ketegangan antara adik-beradik, sementara ayah mereka, Edward (Edward Sinsong), turut terbeban dengan masalah kewangan yang menambah tekanan kepada suasana keluarga.Filem ini menyelami dilema identiti, perbezaan kepercayaan dan hubungan kekeluargaan, sambil mengupas dinamika antara masyarakat Malaysia Timur dan Semenanjung. Bebbra, yang membesar dalam komuniti Katolik di Sabah sebelum menetap di Kuala Lumpur, meminjam pengalaman hidupnya untuk menghidupkan tema “cahaya” — makna nama Ninavau dalam bahasa Kadazan — sebagai simbol pencarian diri dan ruang penerimaan.Dari sudut teknikal, NINAVAU diperkasakan oleh barisan profesional berpengalaman seperti sinematografer Bayu Prihantoro Filemon, komposer Andrew Bong, pereka bunyi Mohsin Othman, serta penyunting Irwan Ahmad. Gabungan tenaga produksi ini memberikan filem tersebut momentum festival dengan visual dan rekaan bunyi yang diolah secara teliti. Le Mediator Studio, yang pernah menerbitkan Prebet Sapu, wakil Malaysia ke Oscars 2022, sekali lagi mempamerkan keupayaan mereka melalui projek ini.Sebagai perluasan daripada filem pendek Ninavau, pemenang Filem Pendek Terbaik MIFFest 2019, adaptasi cereka ini menawarkan pengembangan watak dan cerita yang lebih menyeluruh. Reaksi awal daripada tetamu tayangan perdana juga positif, dengan ramai memuji keberanian filem ini menyentuh isu sensitif seperti hubungan antara agama dan realiti sosial Sabah dengan penuh empati dan kehalusan.

Video

NINAVAU, yang berdurasi 93 minit dan diklasifikasikan ‘16’, akan menemui penonton umum di pawagam terpilih seluruh negara mulai 4 Disember 2025.

Films\Malay\Thriller

Penghukum: Nusantara Assassin Gegarkan Malam Gala di Suria KLCC

✒️ Sebas Lo 🗓️ 14 November 2025

KUALA LUMPUR, 13 November 2025 – Suasana meriah menyambut malam gala tayangan perdana filem aksi tempatan Penghukum: Nusantara Assassin pada 13 November 2025 di TGV Suria KLCC. Karpet merah dipenuhi pelakon, pengarah, penerbit dan media, menandakan kebangkitan genre aksi Malaysia di pentas arus perdana.Filem ini diarahkan Azlan Norani dan diterbitkan oleh Terang Films dan PMD Production, acara berprestij ini menghimpunkan barisan pelakon yang terdiri daripada Razib Salimin sebagai Salahuddin, Yusra Akma sebagai Yasmin, Syazwan Zulkifly sebagai Zahin, Arwan Umar sebagai Inspektor Qhaliq, Sahronizam Noor sebagai Balaam, Azhan Rani sebagai Bookkeeper, Bell Ngasri sebagai Kasyaf, serta turut menampilkan Puteri Sari dan Dr. Haji Halim Ikhsan. Kehadiran komuniti perfileman dalam jumlah besar sekali gus menandakan detik penting untuk perjalanan filem aksi tempatan dalam usahanya menembusi pasaran Nusantara.

Filem ini mengisahkan Salahuddin, seorang lelaki berusia 60-an yang membesarkan cucu tunggalnya, Yasmin, selepas kematian ibu bapa kanak-kanak itu. Hubungan mereka sangat rapat — melakukan hampir segalanya bersama.Namun segalanya berubah apabila Salahuddin terlambat menjemput Yasmin dari sekolah. Sejak hari itu, Yasmin hilang tanpa jejak.Walaupun laporan polis dibuat, usaha Salahuddin untuk mencari cucunya tidak terhenti. Penyelidikannya akhirnya membuka kebenaran pahit: Yasmin telah menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dan meninggal dunia ketika cuba melarikan diri.Demi menuntut keadilan, Salahuddin kembali menjadi pemburu upahan di bawah Pustakalayah, sebuah agensi rahsia berkonsepkan perpustakaan yang mengekalkan warisan Melayu lama. Di sinilah bermulanya misi berdarah untuk menumpaskan sindiket kejam yang telah meragut nyawa cucunya — sekali gus menghidupkan semula sisi gelapnya yang sudah lama terpendam.Filem ini menampilkan koreografi aksi yang intens serta sinematografi gah, dirakam di pelbagai lokasi menarik di sekitar Pahang.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Penghukum: Nusantara Assassin.Penghukum: Nusantara Assassin boleh dianggap sebagai filem yang memang harus diwujudkan dalam industri kita. Ia membuka lembaran kelainan, meletakkan genre aksi Malaysia pada tahap baharu yang lebih matang, intens dan beridentiti.Dari sudut gaya, filem ini menggabungkan rasa John Wick + Taken + Nobody + The Equalizer + Mat Kilau = Penghukum. Sememangnya terdapat beberapa babak yang jelas menjadi 'reference' atau 'homage' kepada John Wick, namun masih mempunyai twist tersendiri yang sesuai dengan budaya Malaysia. Ia bukan klon — tetapi versi Nusantara yang cukup kuat dari segi jiwa dan visual.Elemen humor pula disempurnakan oleh watak Bell Ngasri, seorang pemandu ehailing yang walaupun muncul sekejap, tetapi setiap babak beliau memecahkan suasana tegang dengan lawak jenaka yang “menjadi” sehinggakan satu pawagam tergelak terbahak-bahak.Aspek emosi diserlahkan dengan sangat baik melalui hubungan Salahuddin (Razib Salimin) dan Yasmin (Yusra Akma). Chemistry mereka cukup erat dan natural sehingga mampu membuat penonton sebak. Razib membawa karakter seorang atok yang penyayang tetapi berbahaya apabila dicari pasal soal cucu. Lakonannya mantap, penuh jiwa dan benar-benar terasa “grandpa with a past”.Dari sudut naratif, memang ada elemen cliché — assassin yang telah “bersara”, tetapi kembali ke dunia gelap untuk menuntut keadilan — formula yang sering digunakan dalam filem aksi-thriller Hollywood. Namun, pendekatan Malaysia yang diberikan menjadikan ia tetap menarik dan tidak hambar.Tambahan pula, filem ini juga agak logik dan praktikal, kerana isu pemerdagangan manusia dan penculikan kanak-kanak adalah realiti yang berlaku di negara kita. Justeru, Penghukum bukan sekadar hiburan, tetapi juga menjadi peringatan dan pengajaran, membuka mata bahawa jenayah seperti ini sangat berleluasa dan perlu diberi perhatian serius.Antara detik paling “stylo” ialah kemunculan Bonda yang memberikan restu serta “mengkitabkan” misi Salahuddin dalam organisasi assassin Pustakalayah itu. Adegan ini bukan sahaja dramatik tetapi menunjukkan kreativiti yang tidak disangka-sangka dalam sebuah filem aksi tempatan — panjang akal, penuh gaya, dan sangat sinematik.

Video

Secara keseluruhan, Penghukum: Nusantara Assassin berjaya merekayasakan aksi, emosi, humor, realiti sosial dan kreativiti lokal dalam satu pakej yang mantap. Jika ini penanda aras baharu bagi filem aksi Malaysia, industri kita sedang menuju era yang lebih memberangsangkan.Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7/10)Penghukum: Nusantara Assassin, yang diedarkan oleh D’Ayu Pictures, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 November 2025 dan dijangka menjadi antara filem paling dinantikan tahun ini.

Films\Indonesian\Horror

Perempuan Pembawa Sial Bawa Seram Mistik Jawa ke Pawagam Malaysia

✒️ Sebas Lo 🗓️ 13 November 2025

KUALA LUMPUR, 12 November 2025 – Malam gala tayangan perdana filem seram Indonesia Perempuan Pembawa Sial telah berlangsung dengan penuh aura di TGV Suria KLCC, menjanjikan pengalaman menonton yang berbeza bagi penggemar genre seram.Filem arahan Fajar Nugros terbitan IDN Pictures ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Raihaanun (Mirah), Morgan Oey (Bana), Clara Bernadeth (Puti), serta Didik Nini Thowok yang membawa elemen ritual dan spiritual Jawa ke layar perak.Perempuan Pembawa Sial berkisahkan Mirah, seorang wanita yang dipercayai membawa nasib malang akibat sumpahan “Bahu Laweyan”. Dihina dan dijauhi masyarakat desa, Mirah akhirnya menemui Bana, pemilik warung yang menerima dirinya tanpa prasangka. Namun di sebalik kasih itu, tersembunyi kuasa mistik yang membangkitkan roh lama — dan rahsia silam yang lebih gelap daripada yang disangka.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan ia adalah berdasarkan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Perempuan Pembawa Sial.Sebagai sebuah naskhah seram, Perempuan Pembawa Sial tampil dengan keunikan tersendiri yang membezakan dirinya daripada filem-filem seram tempatan mahupun antarabangsa. Elemen jump scare dalam filem ini benar-benar efektif — bukan sekadar kejutan murah melalui bunyi kuat, tetapi diadun dengan visual 'mind-twisting' yang menggugat minda dan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang tayangan. Setiap babak seram terasa autentik dan dibina dengan ritma yang sempurna, menjadikan rasa takut itu datang secara semula jadi, bukan dipaksa.Kekuatan filem ini juga terletak pada penggambaran budaya Jawa yang begitu halus dan menghantui. Penggunaan bahasa Jawa dalam dialog, elemen ritual pemujaan roh, serta simbolisme kepercayaan lama memberikan identiti yang segar dan eksotik. Ia bukan sahaja menarik bagi penonton tempatan, tetapi juga membuka ruang apresiasi antarabangsa terhadap budaya Nusantara yang kaya dengan unsur mistik dan spiritual.Dari segi penceritaan, Perempuan Pembawa Sial bijak mengekalkan momentum tanpa meleret. Setiap adegan mempunyai fungsinya, menggerakkan emosi dan konflik watak utama dengan tempo yang tepat. Filem ini mengingatkan penonton bahawa sejarah silam seseorang boleh menjadi punca bala yang juga boleh membawa maut.Menariknya, pengakhiran filem ini meninggalkan penonton dalam kebingungan yang memikat. Tatkala ramai menyangka Mirah dirasuk entiti jahat, plot akhirnya mendedahkan bahawa hakikatnya Bana tetap menemui ajal, menjadikan penonton terhuyung-hayang dan bingung.Aspek teknikal turut memperkukuh kekuatan filem ini. Rekaan makhluk seram seperti hantu andong (coachman ghost) dan Bahu Laweyan menyerlah melalui penggunaan VFX, pencahayaan, serta solekan prostetik yang berkualiti tinggi. Setiap kemunculan entiti dirakam dengan sinematografi yang cermat dan gaya visual yang dramatik — cukup untuk membuatkan bulu roma meremang.

Video

Secara keseluruhan, Perempuan Pembawa Sial merupakan naskhah seram yang bukan sekadar menakutkan, tetapi turut membawa dimensi budaya dan psikologi yang jarang diterokai dalam sinema moden. Ia membuktikan bahawa filem seram Indonesia terus berkembang dengan keaslian tersendiri, meninggalkan kesan mendalam selepas tayangan berakhir.Rating: ★★★★★★★★☆☆ (8.5/10)Filem ini diedarkan oleh Antenna Entertainments dengan klasifikasi ‘16’ dan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 13 November 2025 .

Films\Malay\Action

Banduan Hidupkan Semangat Penebusan Diri dalam Aksi Penuh Adrenalin

✒️ Sebas Lo 🗓️ 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – Malam Gala Tayangan Perdana filem aksi terbaharu, Banduan, berlangsung penuh meriah di TGV Suria KLCC, menghimpunkan barisan pelakon ternama dan tenaga produksi di sebalik naskhah adaptasi rasmi daripada filem Tamil, Kaithi (2019).Diarahkan oleh Kroll Azry dan diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures serta Astro Shaw, filem berdurasi 98 minit ini akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025, serentak di Brunei, Singapura, Kanada, dan Amerika Syarikat.Mengisahkan Dali (lakonan Dato’ Aaron Aziz), bekas banduan yang berdepan ujian getir ketika misi menyelamat sekumpulan anggota polis, Banduan menampilkan gabungan aksi mendebarkan dan nilai kemanusiaan yang menyentuh hati. Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Hushairi Husain, Esma Daniel, dan Dayang Areeda.Menurut Kalyana Devan, Penerbit Eksekutif, Banduan bukan sekadar filem aksi, tetapi kisah penebusan dan kasih sayang.“Kami mahu kisah ini memberi harapan kepada mereka yang mencari peluang kedua, di samping mengetengahkan kekuatan sinema tempatan untuk pasaran antarabangsa,” katanya.Sebelum tayangan umum, Banduan diadakan tayangan khas di Penjara Kajang pada 23 Oktober 2025, disaksikan oleh 80 penghuni penjara sebagai simbol peluang kedua.Dengan sinematografi mantap, skor muzik oleh Sam CS, dan lagu tema nyanyian Sophia Liana, Banduan tampil sebagai naskhah aksi penuh emosi, sarat nilai kemanusiaan dan pengorbanan.

SPOILER ALERT!

Amaran: Kandungan berikut mengandungi sedikit spoiler dan pemerhatian kendiri semasa malam gala tayangan perdana filem Banduan.Sebagai naskhah aksi yang menggabungkan unsur emosi, kekeluargaan, keinsafan, dan perjuangan diri, Banduan mempunyai kekuatan tersendiri — namun tidak terlepas daripada beberapa detik pelik dan tanda tanya yang membuat penonton berbicara selepas tayangan.Pertama sekali, lagu runut bunyi “Banduan” nyanyian Rabbit Mac dan Sophia Liana sepatutnya dimainkan sewaktu babak pertarungan besar. Dengan rentak hip hop rancak dan energi tinggi, lagu itu mampu menguatkan mood aksi, tetapi malangnya hanya digunakan sewaktu credit roll. Sayang sekali — ia boleh jadi momen paling ikonik jika diletakkan pada waktu yang tepat.Kehadiran Zul Ariffin pula agak misteri. Tidak diuar-uarkan langsung dalam promosi, wataknya muncul singkat di penghujung filem dan sekadar mengenali Dali (Aaron Aziz) tanpa penjelasan lanjut. Mungkinkah ini petanda kepada sekuel akan datang, yang mungkin merungkai sejarah lama antara kedua-duanya?Beberapa adegan turut mencetuskan reaksi berbeza di kalangan penonton — ada yang lucu tanpa sengaja. Contohnya, babak banduan di balai polis yang tiba-tiba diputarkan lagu Dikir Puteri melalui pembesar suara; mungkin bertujuan memparodikan muzik video ikonik Noraniza Idris, namun hasilnya agak cringey dan mencairkan ketegangan yang sepatutnya terarah kepada konflik utama.Watak Sarjan Yahya (Afdlin Shauki) pula cuba menceriakan suasana dengan lawak spontan, namun kebanyakan jenaka dan dialognya terasa hambar dan tidak menjadi. Interaksi beliau dengan kumpulan remaja “TikToker hooligans” pula menambah rasa janggal dan sedikit mencacatkan momentum cerita.Dari segi teknikal, terdapat beberapa kelemahan kecil yang ketara. Dalam beberapa babak pergaduhan, jelas kelihatan pukulan tidak benar-benar mengenai badan atau muka lawan, namun subjek sudah pun melantun ke belakang dan menunjukkan reaksi kesakitan seolah-olah terkena impak kuat. Aksi seperti ini mencacatkan realisme dan membuatkan babak pertarungan tampak dibuat-buat. Begitu juga adegan sekumpulan samseng cuba memecah masuk ke balai polis menggunakan kayu dan alat hentak yang seolah-olah tiada kesan — babak ini terlalu meleret dan akhirnya menimbulkan keletihan penonton.Beberapa kekurangan lain termasuk bunyi tembakan mesin gun yang tidak realistik — kesannya kedengaran seakan-akan senapang patah, bukan rentetan tembakan automatik. Adegan motosikal juga kurang meyakinkan; babak ketika Inspektor Johari membuka pintu trak dan kononnya motosikal melanggar pintu tersebut tidak kelihatan jelas di layar — tiba-tiba sahaja penunggangnya sudah terjatuh.Selain itu, babak samseng-samseng yang meraung kesakitan dan menahan sakit tanpa sebarang korban jiwa juga tampak tidak praktikal, memandangkan Dali (Aaron Aziz) digambarkan menumbuk dan membelasah dengan kekuatan hingga berdarah. Lebih lucu lagi, kemunculan watak remaja TikTok yang tiba-tiba cekap berlawan dengan penjahat menambah elemen tidak logik yang mengurangkan kredibiliti penceritaan.Namun kredit harus diberi kepada Aaron Aziz, yang menampilkan sisi brutal dan berperasaan dalam masa yang sama. Watak Dali digarap dengan baik — keras di luar, tetapi masih punya kasih kepada anak dan nilai kemanusiaan yang tinggi.Selain Aaron, Amir Nafis sebagai Farid juga wajar dipuji atas gaya lakonannya yang menyerlah — jelas terlihat gerak silat dan kawalan pergerakan tubuhnya dalam babak aksi. Sayangnya, wataknya sebagai ketua gangster terlalu cepat tewas dan tidak diberi ruang mendalam untuk berkembang. Walau begitu, kehadirannya tetap meninggalkan impak dan memperlihatkan potensi besar sebagai pelakon aksi masa depan.Tambahan pula, sebagai adaptasi rasmi daripada filem Tamil box office Kaithi (2019), Banduan berjaya mengekalkan persamaan teras dengan naskhah asalnya — dari ton penceritaan gelap, konsep “satu malam penuh kekacauan”, hingga kepada tema penebusan dosa dan kasih sayang ayah-anak. Penonton yang menonton versi asal pasti dapat mengesan beat-to-beat similarity yang masih terasa, menjadikan ia satu adaptasi yang setia tetapi dengan sentuhan lokal.Di sebalik segala cela kecil itu, Banduan masih boleh diberi benefit of the doubt — sebuah usaha yang berani untuk “men-Tamilkan” naratif Melayu dalam bentuk filem aksi beremosi. Percubaan menyesuaikan gaya sinema India Selatan ke konteks tempatan bukan mudah, dan Banduan sekurang-kurangnya membuktikan bahawa formula ini ada potensinya jika digarap dengan lebih kemas dan berimbang antara realisme serta dramatik.

Video

Kesimpulannya, Banduan tetap menghiburkan dengan mesej penebusan dosa dan kasih sayang seorang bapa, tetapi ruang penambahbaikan jelas ketara dari segi logik aksi, penyuntingan dan kesinambungan plot. Ia punya potensi besar — cuma perlu lebih berani untuk menyusun realisme dan emosi secara seimbang.Rating: ★★★★★★☆☆☆☆ (6/10)Saksikan Banduan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 November 2025.

Films\Malay\Horror

Ritual Pamakbul dan Rahsia Berdarah: Malam Terlarang Tampilkan Seram Bertaraf Filem Besar

✒️ Azie Basri 🗓️ 29 Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2025 – Tayangan perdana filem seram terbaharu, Malam Terlarang, berlangsung di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan kemunculan naskhah misteri arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Gold Sdn. Bhd.Filem bergenre thriller misteri dan seram ini diinspirasikan daripada kisah sebenar masyarakat Nusantara, yang mengangkat elemen ritual dan mitos pemujaan laut. Malam Terlarang menghidupkan kembali legenda dewi laut Pamakbul — entiti misteri yang digambarkan mampu memenuhi hajat manusia dengan bayaran berupa darah, janin, atau jiwa manusia sendiri.Kisah dan Latar Era 1980-an
Berlatarkan tahun 1987, kisahnya berpusat pada keluarga Omar (lakonan Zul Ariffin) dan Sarimah (lakonan Sofia Jane), seorang yang menyimpan trauma dan rahsia masa lalu, di Kampung Pasir Larung, Pantai Timur. Watak utama, Mawar (Shasha Abedul), ialah gadis berusia 18 tahun yang bercita-cita menjadi wartawan. Namun, impian itu tertangguh apabila dia terpaksa menjaga ibunya yang uzur setelah kematian kakaknya, Safar (Aila Azizul). Ketika bapanya, Omar semakin tenggelam dalam kempen politik, Mawar mula diganggu entiti misteri dan kejadian paranormal yang membawa kepada rahsia gelap keluarga mereka.
Filem ini turut menampilkan Sabri Yunus sebagai Haji Mokhtar; Normah Damanhuri sebagai Mak Noni; Haneesya Hanee sebagai jelmaan Pamakbul; serta Hasnul Rahmat, Amir Nafis, dan Sadiq M. Jamil dalam peranan sokongan.Tema dan Mesej
Lebih daripada sekadar kisah seram, Malam Terlarang mengupas sisi gelap manusia apabila “Bertuhankan Nafsu” — bagaimana kuasa, politik dan keinginan duniawi sanggup menjerumuskan manusia dalam dosa dan pemujaan terlarang. Watak Mawar menjadi simbol kekuatan wanita yang berani mencari kebenaran walau berdepan gangguan ghaib dan penentangan keluarga sendiri.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw,
"Genre seram sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Malam Terlarang membawa keunikan tersendiri dengan menampilkan ritual pemujaan pantai dan elemen lokal yang memberi keaslian serta kekuatan — menjadikan filem ini bukan sahaja segar untuk pasaran tempatan, tetapi juga berpotensi menarik minat penonton antarabangsa.”
Beliau turut menambah bahawa naskhah ini, yang mengangkat legenda maritim Nusantara menerusi entiti mitos ‘Pamakbul’, sangat bertepatan dengan semangat Tahun Malaysia Kepengerusian ASEAN 2025 yang meraikan hubungan serantau, warisan budaya dan identiti bersama.Sinematografi dan Produksi
Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Pantai Morib dan Kuala Selangor, dengan durasi penggambaran selama 25 hari. Persekitaran kampung, pesisir pantai, dan paya bakau sebenar digunakan bagi menimbulkan suasana autentik dan menyeramkan. Rumah utama yang menjadi latar kisah ini turut dibaik pulih khas untuk menyesuaikan naratif zaman 1980-an, memperkukuh pengalaman visual filem.
Dengan kepakaran Labu sebagai bekas Pengarah Fotografi, sinematografi Malam Terlarang dipenuhi dengan pencahayaan suram, tone visual klasik, dan penataan bunyi padu hasil kerja Astro Studios. Skor muzik oleh Monoloque menambah intensiti suasana, manakala BStudios menghasilkan kesan visual yang realistik dan mengesankan.

Kesan Seram dan Jalan Cerita
Malam Terlarang menampilkan gabungan elemen mistik dan psikologi, menjadikan setiap babak seram bukan sekadar mengejutkan, tetapi menggugat emosi. Adegan seperti kamera Mawar yang berkelip sendiri, suara kaset lama yang bergema tanpa henti, dan bayangan entiti yang menghantui rumah memberi kesan mendalam kepada penonton.
Lebih menarik, filem ini disulam dengan plot twist yang tidak dijangka, mendedahkan rahsia besar yang menjerat seluruh keluarga — termasuk perubahan misteri yang dialami Sarimah selepas tragedi kematian Safar.Kekuatan Naskhah Tempatan
Idea asal filem ini dicetuskan oleh tenaga kreatif Astro Shaw — Hazo Mahayuddin, Nazifdin Nasrudin, Haris M. Nor, dan Ariff Zulkarnain, manakala produksi dikendalikan oleh Infinitus Gold Sdn. Bhd. Penerbit bersama termasuk Hazo Mahayuddin dan Gayathri Su-Lin Pillai, dengan Rabbani Sujak sebagai Penata Produksi, Jabir Atan (Jay Tan) dan Bobshahdan Azahari sebagai Pengarah Seni, serta Norzamri Ghazali sebagai Pereka Busana.
Filem ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Sunda, mencerminkan realiti budaya serta kepercayaan masyarakat maritim Nusantara.

Video

Kesimpulannya, dengan gabungan tenaga produksi berpengalaman, barisan pelakon ternama, serta sentuhan sinematografi yang kuat, Malam Terlarang bukan sekadar filem seram — ia adalah karya mistik berlapis makna tentang dosa, kepercayaan dan manusia yang terperangkap antara realiti dan kuasa ghaib.Rating: ★★★★★★★★★★ (10/10)Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 30 Oktober 2025, serta turut menemui penonton di Brunei dan Kemboja. Filem berdurasi 1 jam 50 minit ini diklasifikasikan sebagai ‘16’, sesuai untuk tontonan penonton dewasa.

Films\Malaysian\Awards

Menongkah Arus Kemodenan: Detik Perasmian FFM34 yang Bersejarah

✒️ Sebas Lo 🗓️ 10 Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2025 – Marcapada ini, dunia perfileman tempatan sekali lagi mengukir senyuman dengan penganjuran gilang-gemilang Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34). Majlis Perasmian dan Pengumuman Top 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 06 Oktober 2025 (Isnin) , bertempat di Grand Ballroom, Level 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur.Karya Kreatif, Sinema Dinamik
Mengangkat tema yang memberangsangkan , iaitu "Karya Kreatif, Sinema Dinamik", FFM34 adalah pentas pengiktirafan tertinggi buat para karyawan seni layar negara. Ia merupakan simbol yang memartabatkan seni sinema Malaysia. Sambutan yang diterima bagi pencalonan kali ini juga melimpah ruah, dengan 41 filem cereka, 26 filem pendek, dan 23 dokumentari berjuang untuk merebut anugerah. Angka ini jelas terbukti bahawa keyakinan terhadap prestij Festival Filem Malaysia dan potensi sinema negara sedang melambung tinggi.
FFM34 turut berevolusi dengan memperkenalkan kategori baharu iaitu ** Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, selaras dengan piawaian antarabangsa bagi menghargai tenaga kreatif di balik tabir.

Komitmen yang Menggembirakan
Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, yang hadir merasmikan majlis, telah mencetuskan kejutan yang menggembirakan dengan mengumumkan bahawa pemenang kategori Filem Terbaik FFM34 akan menerima sokongan melalui Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM 1 juta. Ini adalah jumlah yang amat lumayan dan merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan karya unggul Malaysia terus melangkah jauh ke pentas global. Inisiatif ini menyarankan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perfileman serantau yang berjaya.
Selain itu, FINAS turut menganjurkan Program Tribute: Penghargaan Kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara, satu tanda penghargaan kepada legenda seperti Seniwati Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Dato' Rahim Razali, serta Othman Hafsham yang telah mencorakkan perjalanan sinema tanah air. Program ini adalah jambatan ukhuwah yang menjurus kepada pengukuhan hubungan antara generasi baharu dan legenda yang telah membina asas industri.Sesungguhnya, dengan sokongan padu ini, kita bertekad untuk membawa sinema Malaysia ke tahap yang lebih gemilang.

Berikut adalah kategori-kategori Top 5 pencalonan yang dipertandingkan dalam FFM34:

Kategori anugerahFilem yang Mendapat Pencalonan
Filem TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Reversi, Babah
Pengarah TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council, Kulit Wayang
Pelakon Lelaki TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Reversi, Babah, Mencari Ramlee, Laknat
Pelakon Wanita TerbaikBabah, Mencari Ramlee, Telaga Suriram, Jangan Pandang Belakang.. Aku Tahu Asal Usulmu
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikBlood Brothers: Bara Naga (3 pencalonan), Takluk: Lahad Datu, Kahar: Kapla High Council
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikSoloz: Game of Life, Reversi, Babah, Mencari Ramlee, Telaga Suriram
Pelakon Kanak-Kanak TerbaikBabah, Telaga Suriram, You Are My Son, Gold, Blooms of Happiness
Lakon Layar TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Reversi, Babah
Cerita Asal TerbaikSoloz: Game of Life, Babah, You Are My Son, Tegkang, Martabat: Misi Berdarah
Sinematografi TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Mencari Ramlee, Tegkang, Kulit Wayang
Penyunting TerbaikTakluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council, Reversi, Money Games
Penataan Bunyi TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Reversi, Ejen Ali The Movie 2
Penataan Seni TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Mencari Ramlee, Kulit Wayang, Snow In Midsummer
Kesan Khas Visual TerbaikTakluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council, Reversi, Ejen Ali The Movie 2\
Skor Muzik Asal TerbaikTakluk: Lahad Datu, Soloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council, Reversi, Ejen Ali The Movie 2
Lagu Tema TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Soloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council, Telaga Suriram, Gold
Rekaan Kostum / Busana TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu, Mencari Ramlee, Kulit Wayang, Snow In Midsummer
Tatarias / Solekan TerbaikTakluk: Lahad Datu, Kahar: Kapla High Council, Mencari Ramlee, Telaga Suriram, Snow In Midsummer
Poster TerbaikReversi, Babah, Tegkang, Gold, Telaga Suriram
** Aksi & Lagak Ngeri TerbaikBlood Brothers: Bara Naga, Kahar: Kapla High Council, Laknat, Redemption, Baik Punya Ah Long
Pelakon Lelaki HarapanSoloz: Game of Life, Kahar: Kapla High Council (2 pencalonan), You Are My Son, Mirugasirisham
Pelakon Wanita HarapanYou Are My Son, Tegkang, Redemption, Misteri Fraser 1910, 6 Jilake
Pengarah HarapanBabah, Mencari Ramlee, You Are My Son, Tegkang, Martabat: Misi Berdarah

Malam Anugerah FFM34 akan berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.30 malam, di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.

Films\Indonesian\Horror

Balas Dendam dan Ilmu Hitam: Menyelami Horor Intens Kitab Sijjin & Illiyyin

✒️ Sebas Lo 🗓️ 29 September 2025

KUALA LUMPUR, 18 September 2025 – Tayangan perdana filem seram Indonesia Kitab Sijjin & Illiyyin berlangsung meriah di GSC IOI Mall Damansara, dengan kehadiran wakil media.Arahan Hadrah Daeng Ratu menyingkap kisah Yuli, seorang wanita yang dikhianati dan diperlakukan zalim oleh keluarga Ambar. Tekanan emosi dan dendam mendorongnya menggunakan ilmu hitam (santet) untuk membalas dendam. Ritual yang dilakukan melibatkan memasukkan nama musuh ke dalam mayat baharu, dengan tempoh tujuh hari untuk disempurnakan. Namun, kegagalan bukan sahaja menimpa sasaran, malah mengancam nyawanya sendiri. Konflik inilah yang menjadi nadi ketegangan, mengikat penonton antara rasa simpati, takut, dan jijik.Dari segi visual, Kitab Sijjin & Illiyyin tampil berani. Adegan gore dipaparkan dengan sangat realistik, termasuk paparan darah yang mengganggu dan cara-cara kematian yang mengingatkan kepada francais Final Destination. Filem ini menggabungkan elemen-elemen ikonik daripada Ouija, The Exorcist, Final Destination, dan The Conjuring, semuanya disatukan menjadi satu pengalaman horor yang unik.Ketegangan berlangsung tanpa henti. Penonton seakan-akan “tidak berani” untuk meninggalkan tempat duduk atau terlelap seketika, bukan kerana takut pada hantu, tetapi kerana takut terlepas momen paling menakutkan.Tambahan pula, watak ustaz yang serius dan gagah hadir seperti hero macho, memberikan dimensi tambahan pada naratif. Satu lagi kejutan ialah watak Tika, lakonan Kawai Labiba, muncul sebagai mangsa yang terselamat. Kejayaan Tika bertahan sehingga ke saat tamat adalah untuk menonjolkan kekuatan iman beliau, seperti melalui rutin solat dan pegangan agamanya yang teguh sepanjang filem ini.Yang membezakan filem ini adalah lapisan simbolik yang digarap kemas. Tajuk “Sijjin” dan “Illiyyin” diambil daripada istilah Islam – masing-masing merujuk kepada catatan amal buruk dan catatan amal baik. Filem ini menggunakan dualiti tersebut untuk menzahirkan pertentangan antara kegelapan dendam dan cahaya iman, menjadikannya lebih daripada sekadar horor klise.Barisan pelakon berjaya menghidupkan naskhah ini dengan penuh emosi. Watak Yuli dipersembahkan dengan kesengsaraan dan dendam yang mendalam, manakala keluarga Ambar cukup antagonistik hingga menimbulkan rasa geram penonton.

Video

Secara keseluruhan, Kitab Sijjin & Illiyyin adalah sebuah karya horor yang intens, mendebarkan, dan provokatif. Filem ini mungkin kurang sesuai untuk penonton yang tidak tahan dengan paparan darah atau ritual hitam, tetapi bagi penggemar seram sejati, ia membuktikan keberanian sinema Indonesia membawa kisah horor berakar budaya dan spiritual ke persada antarabangsa.Rating: ★★★★★★★★★☆ (9.5/10)Kitab Sijjin & Illiyyin mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025 dengan klasifikasi '16'.

Films\Hindi\Action, Thriller

[Film Review] Baaghi 4: More Blood, More Stunts, Less Heart

✒️ Azie Basri 🗓️ 6 September 2025

KUALA LUMPUR, 5 September 2025 – The highly anticipated film premiere screening of Baaghi 4 took place at TGV Suria KLCC, unveiling a new chapter in the blockbuster franchise. The film follows Ronny (Tiger Shroff), a man haunted by his past and torn between love, loss, and revenge. After a brutal incident leaves him plagued by memory lapses and violent hallucinations, Ronny is pushed into a relentless struggle to distinguish reality from illusion.

The ensemble cast features Sanjay Dutt (Chako), Harnaaz Sandhu in a dual role as Alisha & Avantika, Sonam Bajwa (Olivia), Shreyas Talpade (Jeetu), and Upendra Limaye (Inspector), each adding depth and variety to the narrative.

When it comes to action and spectacle, Baaghi 4 delivers much of what fans expect — loud, violent, and unapologetically over-the-top. Several sequences are visually striking when editing and camerawork align, and a handful of chase and stunt set-pieces stand out for their execution. The film also boasts a clear sense of scale, with production values that make it feel massive and cinematic.

Video

Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7/10)Baaghi 4 officially opens in cinemas across Malaysia on 5 September 2025, classified 16.

Films\Malay\Sci-Fi

Fenomena Kaiju Malaysia Bermula: Abu Si Raksasa Temui Penonton 11 September

✒️ Sebas Lo 🗓️ 9 September 2025

KUALA LUMPUR, 9 September 2025 – Industri perfileman tempatan sekali lagi mencipta sejarah dengan kemunculan filem Abu Si Raksasa, naskhah bergenre sains fiksyen yang digarap oleh M Toons Media Sdn. Bhd. Apa yang menjadikannya istimewa, karya ini diangkat sebagai filem Kaiju pertama Malaysia, sekali gus membawa nafas baharu ke layar perak tanah air.Ilham filem ini tercetus daripada perbincangan penerbit, Zamin Fakry, bersama Profesor Dr Hezri Adnan, seorang ahli akademik alam sekitar. Dari situlah lahir idea untuk mengetengahkan kisah seekor cicak salamander yang berubah menjadi makhluk gergasi akibat pencemaran kimia. Mafhumnya, filem ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga satu madah berhelah yang menyingkap isu alam sekitar dengan cara kreatif.

Dengan bajet sekitar RM2 juta, termasuk kos CGI dan VFX, produksi ini berhempas-pulas memastikan hasil akhirnya memukau. Menurut Zamin, walaupun bajet terhad, usaha yang digerakkan dengan titik peluh tenaga produksi berjaya membuahkan hasil, lebih-lebih lagi dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan FINAS.Filem arahan Ramdan Che Hassan ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Sophia Al-Barakbah, Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Azhar Sulaiman, dan Maria Farida. Ramdan yang juga penulis skrip menjelaskan pemilihan cicak salamander sebagai tunjang cerita kerana sifat uniknya sebagai haiwan amfibia – jinak tetapi berpotensi membesar ke saiz luar biasa. Biarpun begitu, cabaran besar tetap ditempuhi, terutama apabila hampir 40 peratus penceritaan melibatkan penggunaan CGI.

Dari sudut penceritaan, Abu Si Raksasa mengisahkan Zaara (lakonan Sophia Al-Barakbah) yang membela seekor cicak salamander bernama Abu. Malang menimpa apabila Abu terlepas ke sebuah empangan tercemar, lalu bermutasi menjadi makhluk raksasa. Zaara bersama Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) bergabung tenaga demi menyelamatkan Abu daripada pihak berkuasa, diketuai Kolonel Zamrose dan Kapten Fayyad, yang mahu menghapuskan haiwan tersebut.Lokasi penggambaran berlangsung sekitar Lembah Klang pada September 2023, termasuk di Tasik Tadom, Kajang, Banting dan Sungai Buaya. Walaupun perjalanan pembikinan penuh cabaran, jelas terbukti pasukan produksi mampu menzahirkan sebuah karya yang sarat dengan selok-belok emosi, CGI mendebarkan dan mesej alam sekitar yang mencuit hati penonton.

Filem ini telah dilancarkan menerusi Malam Gala Tayangan Perdana & Sidang Media pada 3 September 2025 di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, dengan sambutan menggalakkan daripada tetamu kehormat, media serta peminat.Abu Si Raksasa bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 September 2025. Pendek kata, karya ini bukan sekadar tontonan picisan, sebaliknya satu pengalaman menawan yang memperlihatkan kreativiti penggiat tempatan berani menyahut cabaran genre luar kebiasaan – lambang bahawa sinema Malaysia kian berani mengorak langkah di pentas global.

Video

Films\Indonesian\Drama

[Ulasan Filem] Hanya Namamu dalam Doaku: Sebuah Cinta Sejati hingga Akhir Hayat

✒️ Azie Basri 🗓️ 30 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2025 – Majlis Malam Gala Filem Indonesia: Hanya Namamu dalam Doaku telah diadakan di TGV Cinema Suria KLCC. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran wakil daripada MND Malaysia (Persatuan Penyakit Motor Neuron Malaysia) yang hadir bagi memberikan sokongan serta meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALS melalui kempen khas kepada para penonton.Filem Hanya Namamu dalam Doaku bermula dengan kehidupan bahagia Arga (Vino G. Bastian), isterinya Hanggini (Nirina Zubir), dan anak mereka Nala (Anantya Kirana). Namun, bahagia itu mula runtuh apabila Arga disahkan menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), sejenis penyakit saraf yang progresif. Tidak sanggup membebankan keluarga, Arga merahsiakan keadaannya.Usahanya merahsiakan keadaan kesihatan yang kritikal demi kebahagian keluarga akhirnya menimbulkan salah faham besar dengan isterinya Hanggini (Nirina Zubir), terutama setelah kehadiran doktor Marissa (Naysila Mirdad) yang dianggap sebagai “orang ketiga”. Filem arahan Reka Wijaya ini sarat emosi, menyentuh hati, dan mengingatkan kita bahawa doa dan cinta sejati tetap kekal, meski waktu bersama begitu singkat.Lakonan Vino G. Bastian sekali lagi membuktikan kelasnya, membawa watak Arga dengan karisma dan emosi yang kuat. Nirina Zubir pula menyerlah melalui ekspresi halus seorang isteri yang penuh kesetiaan, manakala Anantya Kirana memberi warna pada filem ini dengan energi remaja yang natural.

Video

Kekuatan filem ini terletak pada dialognya yang sederhana tetapi penuh makna, disokong dengan sinematografi yang hangat. Plot yang sangat tersusun dan penyampaian emosinya berjaya meninggalkan kesan yang mendalam di hati penonton.Lebih daripada sekadar kisah duka, filem ini membawa mesej tentang cinta tanpa syarat – kasih seorang suami dan ayah yang sanggup menanggung derita sendirian demi melindungi keluarganya, serta kesetiaan seorang isteri yang tetap teguh meski diuji. Ia mengingatkan kita bahawa kasih sayang seorang bapa atau suami sebagai ketua keluarga adalah anugerah tidak ternilai, dan dalam menghadapi ujian hidup, sabar serta tawakal menjadi penopang sebenar.Setiap yang menonton akan menjadi sebak dan pilu malah menangis dari awal penceritaan hingga ke akhirnya. Memang filem ini WAJIB DI TONTON!Rating: ★★★★★★★★★☆ (9/10)Hanya Namamu dalam Doaku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 September 2025. Filem ini diklasifikasi '16', dan diedarkan oleh Antenna Entertainments Sdn. Bhd.

Films\Indonesian\Drama

[Ulasan Filem] La Tahzan: Kisah Pengkhianatan, Kesetiaan dan Bayangan Ilmu Hitam

✒️ Azie Basri 🗓️ 20 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2025 – Majlis Malam Gala Filem Indonesia: La Tahzan (2025) telah diadakan di Dadi Pavilion Kuala Lumpur.La Tahzan hadir sebagai sebuah karya yang menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan yang mendalam selepas ditonton. Kisah Alina (lakonan Marshanda), seorang isteri yang dikhianati suami sendiri, Reza (lakonan Deva Mahenra), bersama orang ketiga, digarap dengan penuh indah dan menyayat hati. Jalan cerita yang sarat dengan konflik rumah tangga bukan sahaja tampak realistik, malah dekat dengan realiti masyarakat kita. Setiap babak disusun dengan teliti sehingga penonton dapat merasai pelbagai emosi – marah, kecewa, simpati – sebelum akhirnya mengagumi ketabahan seorang wanita yang berjuang mempertahankan maruah dirinya.Lakonan barisan pelakon utamanya begitu bertenaga. Marshanda menghidupkan watak Alina dengan penuh penghayatan sehingga penonton terbawa emosi; Deva Mahenra sebagai Reza berjaya menampilkan sisi seorang suami yang penuh dilema; manakala Ariel Tatum sebagai Asih mencuri perhatian, menjadikan wataknya dibenci namun tetap meninggalkan impak besar terhadap keseluruhan cerita. Gabungan mantap ketiga-tiga pelakon ini membuatkan emosi penonton terus bergolak dari awal hingga akhir.Hanung Bramantyo berjaya melahirkan sebuah karya yang bukan sekadar hebat. Unsur mistik yang diselitkan hadir sebagai pelengkap kepada konflik, bukan sekadar hiasan. Filem ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyampaikan pengajaran bermakna tentang kesetiaan, komunikasi, serta ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Video

Rating: ★★★★★★★★★★ (10/10)La Tahzan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Ogos 2025 dengan klasifikasi 16, dan diedarkan oleh Antenna Entertainments Sdn. Bhd.

Films\English\Horror

Love, Unravelled and Reconstructed: Together Melds Romance with the Macabre at Pavilion KL

✒️ Sebas Lo 🗓️ 7 August 2025

KUALA LUMPUR, 29 JULY 2025 – At the illustrious halls of Dadi Cinemas, Pavilion KL, cinema took an audacious plunge into the surreal as the psychological body-horror romance Together made its special Malaysian debut. A hauntingly tender yet grotesque exploration of intimacy and identity, the film is the brainchild of director Michael Shanks, with real-life couple Alison Brie and Dave Franco serving not only as leads, but also as co-producers and emotional anchors of this genre-defying narrative.A Brief Glimpse into the Plot
Together tells the story of Millie (Brie), a well-meaning schoolteacher, and Tim (Franco), a drifting musician, as they escape the urban tumult to rekindle their relationship in an isolated countryside home. What begins as a hopeful retreat gradually dissolves into a claustrophobic nightmare, where emotional entanglement manifests as physical horror. As their connection deepens—metaphorically and bodily—they are confronted by unsettling forces both within and without.
Inventive Storytelling & Bold Aesthetic Vision
Shanks’s directorial ingenuity lies in his fearless navigation of horror’s tender edges. Drawing inspiration from mythology, grotesque theatre, and psychological dissection, the film operates as a surreal parable—an allegory of codependence and the horrors of losing oneself in love. The set design and visual language brim with metaphor; from crumbling walls that mirror eroding trust, to a surreal attic of animatronic vermin that whisper unspeakable truths.
The film's most shocking creative twist lies not in its use of gore, but in its portrayal of love as something that can both nourish and consume—sometimes literally.A Chilling Symphony of Psychological Terror & Body Horror
The horror here is not cheapened by jump-scares or gratuitous violence. Instead, Together employs body horror as a poetic medium. Practical effects—disturbingly lifelike and deeply unsettling—portray a symbiotic transformation that is equal parts grotesque and heart-wrenching. Think Cronenbergian intimacy laced with arthouse sensibility. It is horror that aches, not just shocks.
The psychological subtext is no less potent. The film interrogates the fragility of individual identity within relationships, using physical metamorphosis as a metaphor for emotional surrender, toxic dependence, and the obliteration of personal boundaries.Performances that Bleed Truth
Alison Brie brings a sublime vulnerability to Millie, crafting a woman who wears compassion like armour, even as it cracks under pressure. Franco’s portrayal of Tim is equally layered—a portrait of a man both needy and nurturing, loving yet lost. Their chemistry is palpably real, no doubt honed by their off-screen marriage, adding further resonance to every whispered confession and tormented silence.
Not to be overlooked is Damon Herriman, who plays the eerily affable neighbour Jamie—a character that drips unease with every glance. His presence adds a touch of quiet dread, destabilising the couple’s already fraying sense of reality.A Study in Dialogue and Mood
The screenplay, co-written by Shanks and Brie, is a masterstroke of minimalist tension. Dialogue is sparse yet deliberate, laden with subtext and vulnerability. Each line serves as a breadcrumb on a spiralling emotional trail, leading viewers deeper into the labyrinth of the characters’ psyche. At times darkly comic, at others devastatingly poignant, the tone shifts with expert control, never losing its grip on the audience.
Final Verdict: Intimate, Inventive, and Deeply Unsettling
Together is a mesmerising dissection of devotion—equal parts tender and terrifying. Its daring narrative, exquisite performances, and visionary craftsmanship set it apart as one of 2025’s most original cinematic offerings. More than a horror film, more than a love story, it is a portrait of partnership at its most disfigured and divine.
While not for the faint-hearted nor the conventionally romantic, Together rewards the open-minded with a haunting meditation on what it means to love—wholly, painfully, and sometimes grotesquely.

Video

Rating: ★★★★★★★☆☆☆ (7.5/10)A surrealist love story steeped in flesh and feeling, Together lingers long after the final frame—like a scar, or perhaps a kiss you weren’t sure you wanted.The film officially opens in Malaysian cinemas on 31 July 2025, with an 18 Classification, distributed locally by Antenna Entertainments Sdn. Bhd.

Films\Indonesian\Drama

Filem Islamik Indonesia Insya Allah Berkah Tampilkan Kisah Ikhtiar dan Harapan untuk Semua Lapisan Masyarakat Malaysia

✒️ Sebas Lo 🗓️ 5 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2025 – Sebuah karya inspirasi dari Indonesia berjudul Insya Allah Berkah bakal menyinari layar perak Malaysia bermula 7 Ogos ini. Filem berunsur Islamik yang menyentuh jiwa ini menampilkan tema kasih sayang keluarga, pengorbanan dan keberkatan hidup — menjadikannya tontonan sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengira bangsa dan agama.Diterbitkan oleh Anugerah Pictures dan diedarkan di Malaysia oleh D’Ayu Pictures, Insya Allah Berkah mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda yatim piatu bernama Dudung, yang tinggal bersama neneknya, Romlah, dalam serba kekurangan. Meskipun dibelenggu kesusahan, Dudung menyimpan hasrat besar untuk merealisasikan impian neneknya menunaikan ibadah haji. Di tengah perjalanan mencabar itu, kemunculan seorang gadis bernama Kasniza menjadi titik tolak perubahan hidup mereka.Tayangan media khas telah diadakan pada 5 Ogos di TGV Suria KLCC dan dihadiri oleh wakil media serta rakan industri. Majlis diserikan dengan ucapan pembukaan oleh CEO D’Ayu Pictures, Azaromi Ghozali, sebelum para tetamu berpeluang menonton tayangan penuh serta menghadiri sesi sidang media ringkas.Sebagai suntikan motivasi kepada penonton tempatan, pihak penerbit turut menawarkan ganjaran istimewa sempena tayangan filem ini. “Kita sasarkan 50,000 penonton untuk capai tahap pulangan modal (break-even). Sebagai ganjaran, kita akan buat cabutan bertuah bagi tiga pakej percutian domestik dua hari satu malam untuk pasangan, dan kalau tontonan cecah 100,000 orang, kita hadiahkan satu pakej umrah untuk dua orang, tajaan RA Travel,” jelas Azaromi.Insya Allah Berkah bukan sekadar sebuah filem keagamaan. Ia menyampaikan mesej motivasi, nilai kesabaran, dan pentingnya ikhtiar dalam mengejar impian – elemen-elemen universal yang boleh dikongsi oleh masyarakat berbilang latar di Malaysia. Dengan sinematografi sederhana dan lakonan penuh penghayatan daripada barisan pelakon Indonesia, filem ini memberi kesan mendalam kepada penonton tanpa mengira latar budaya.Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Ogos 2025.

Video

📺TV SHOWS & TVCS🕹️


Web Drama\Malay\Drama

Bidadari Tanpa Syurga: Aaron Aziz & Nadiya Nisaa Kembali Gegarkan Emosi Penonton

✒️ Sebas Lo 🗓️ 11 Jun 2026

Poster landskap rasmi Bidadari Tanpa Syurga yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal Dato' Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, dan Syad Mutalib.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2026 — Platform penstriman Viu mengumumkan pelancaran drama terbaharu Viu Original Bidadari Tanpa Syurga (When Grace Ends) yang menyaksikan penyatuan semula dua pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi drama Adam & Hawa, iaitu Dato’ Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.Kembalinya gandingan ikonik tersebut selepas lebih sedekad pastinya mengundang keterujaan peminat yang masih mengingati keserasian mereka di kaca televisyen. Namun kali ini, kedua-duanya tampil dalam sebuah naskhah yang jauh lebih matang dan sarat dengan persoalan moral, kuasa serta tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan.Diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Global Film Station, siri sebanyak 12 episod ini turut dibintangi Syad Mutalib dan Lorenzo Irmann. Drama ini mengetengahkan isu-isu yang jarang dibincangkan secara terbuka dalam drama tempatan, khususnya berkaitan poligami, persepsi masyarakat terhadap agama, dan dinamika kuasa dalam rumah tangga.

Logo ikonik Viu dipamerkan di majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Viu Original Bidadari Tanpa Syurga yang diadakan di Banglo289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Dalam siri ini, Azlan lakonan Aaron Aziz merupakan seorang pengendali NGO yang disegani masyarakat kerana sering membantu golongan yang berdepan kesukaran hidup. Berbekalkan ilmu agama dan pendekatan yang tenang, Azlan dilihat sebagai seorang Muslim yang sentiasa melakukan perkara yang betul serta menjadi tempat rujukan ramai.Namun di sebalik imej tersebut, kehidupan peribadinya tidaklah semudah yang disangka. Isterinya, Farhah (Nadiya Nisaa), sering mempersoalkan masa dan keutamaannya sehingga dianggap gagal memahami tanggungjawab yang dipikul suaminya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Azlan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah (Syad Mutalib), anak kepada seorang lelaki miskin, atas alasan tanggungjawab dan tuntutan moral.

Barisan pelakon Bidadari Tanpa Syurga menghadiri sesi bersama media dan peminat. (Gambar kelima) Turut kelihatan ialah (dari kiri) Idzham Ismail, Shahronizam Noor, dan Lorenzo Irmann.

Keputusan tersebut akhirnya membuka ruang kepada pelbagai konflik baharu yang menguji hubungan antara ketiga-tiga mereka. Tinggal di bawah satu bumbung memaksa Farhah dan Aisyah menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan berpoligami yang dipenuhi persepsi, peraturan tidak bertulis dan persaingan yang terpendam.Apa yang menjadikan Bidadari Tanpa Syurga menarik ialah persoalan yang dibangkitkannya: adakah konflik yang berlaku berpunca daripada hubungan antara kedua-dua isteri, atau sebenarnya berpunca daripada seorang suami yang menggunakan agama sebagai alat untuk mengawal kehidupan mereka?Selain jalan cerita yang menyentuh isu sensitif dan relevan dengan masyarakat masa kini, drama ini turut menampilkan lagu tema berjudul Hujung Indah nyanyian Umairah. Lagu ciptaan Iqie Hugh dan Omar K itu dilancarkan bersempena tayangan drama tersebut dan kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik digital.

Penyanyi muda, Umairah mempersembahkan lagu tema (OST) berjudul Hujung Indah sempena majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Viu Original Bidadari Tanpa Syurga.

Dengan gabungan pelakon berpengalaman, tema yang berani serta jalan cerita yang dijangka mencetuskan pelbagai perbincangan, Bidadari Tanpa Syurga berpotensi menjadi antara naskhah tempatan paling hangat diperkatakan tahun ini.

Pengarah Produksi (Fizikal) Viu Malaysia, Imillya Irwani Roslan, menyampaikan ucapan semasa majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Viu Original Bidadari Tanpa Syurga.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan penuh emosi Azlan, Farhah dan Aisyah dalam Bidadari Tanpa Syurga, yang ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 11 Jun 2026 dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. Saksikan sendiri bagaimana cinta, agama, kuasa dan pengorbanan diuji dalam sebuah kisah yang pasti mengundang pelbagai perspektif.

Web Drama\Malay\Drama

Bukan Sekadar Kisah Romantik, Aku Pilih Pelangi Bongkar Luka dalam Rumah Tangga

✒️ Sebas Lo 🗓️ 17 April 2026

Paparan skrin poster banner Viu Original Aku Pilih Pelangi diperlihatkan di majlis pelancaran yang berlangsung di TGV Cinemas Suria KLCC.

KUALA LUMPUR, 16 April 2026 – Platform penstriman Viu terus memperkukuh kandungan tempatan menerusi pelancaran Viu Original terbaharu berjudul Aku Pilih Pelangi, sebuah siri drama yang bukan sekadar berkisar tentang cinta, tetapi menyelami realiti perkahwinan yang diuji dalam keadaan luar jangka.Diperkenalkan menerusi sesi pelancaran media dan tayangan perdana, siri 12 episod ini menampilkan gandingan pelakon utama seperti Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique, dengan tayangan bermula 16 April 2026 di aplikasi Viu, diikuti episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.Diterbitkan oleh Global Film Station dan diarahkan oleh Riza Baharudin, naskhah ini cuba keluar daripada formula tipikal drama romantik dengan membawa naratif yang lebih berat—tentang kehilangan, tekanan emosi dan perubahan dinamik dalam sebuah rumah tangga.Mengangkat kisah Firdaus, seorang arkitek berjaya yang kehilangan penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, perjalanan hidupnya berubah secara drastik apabila isterinya, Nayla, terpaksa memikul tanggungjawab sebagai tonggak keluarga.Dalam usaha membantu suaminya menyesuaikan diri, Nayla mencipta sistem panduan di rumah, namun cabaran sebenar bukan sekadar fizikal—sebaliknya tekanan emosi yang perlahan-lahan menghakis hubungan mereka.Konflik semakin memuncak apabila kehadiran semula seorang rakan lama membuka ruang kepada dilema perasaan, sekali gus menguji sempadan kesetiaan dan keutuhan sebuah perkahwinan. Naratif ini menonjolkan persoalan yang jarang disentuh secara jujur dalam drama arus perdana—sejauh mana cinta mampu bertahan apabila kehidupan tidak lagi seperti yang dirancang?

Poster rasmi Viu Original Aku Pilih Pelangi

Kemunculan semula Mira Filzah di platform Viu selepas kejayaan sebelumnya dilihat sebagai antara tarikan utama siri ini. Bersama Zahiril Adzim yang membawa watak kompleks, serta Noki K-Clique yang tampil dengan sisi lakonan lebih matang, ketiga-tiga pelakon ini memperlihatkan dimensi emosi yang berlapis dan realistik.Gabungan ini menjadikan Aku Pilih Pelangi bukan sekadar drama hiburan, tetapi juga refleksi kepada realiti kehidupan—tentang pengorbanan, keletihan emosi dan pilihan yang tidak mudah.Dalam masa yang sama, pelancaran siri ini turut disokong oleh inisiatif platform penstriman tersebut yang menawarkan diskaun langganan sempena pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR), sekali gus memberi peluang kepada penonton menikmati kandungan premium dari rumah dengan lebih mudah.Langkah ini secara tidak langsung memperkukuh pengalaman tontonan digital yang semakin menjadi pilihan utama penonton masa kini.

TV\Malay\Reality Show / Competition

Gandingan Selebriti dan Anak Kembali Gegar Talk to My Manager dalam Musim Kedua dengan Skala Lebih Besar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 4 April 2026

Paparan skrin poster Talk to My Manager Musim Ke-2 ketika sidang media yang dihoskan oleh Hani Fadzil.

KUALA LUMPUR, 3 April 2026 – Selepas mencatatkan penerimaan memberangsangkan pada musim pertama, program realiti hiburan Talk To My Manager (TTMM) kini kembali dengan musim kedua yang tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh. Dalam sidang media, Astro memaklumkan bahawa edisi terbaharu ini bukan sahaja meneruskan format pertandingan sedia ada, malah turut diperluaskan sebagai platform pembangunan bakat menerusi pengenalan sebuah kem latihan khas.Musim baharu ini dijangka meneruskan daya tarikan tersendiri yang menggabungkan elemen hiburan dan emosi kekeluargaan, sekali gus mengekalkan minat penonton terhadap perjalanan peserta di pentas. Pihak Astro melihat program ini sebagai satu ruang yang bukan sekadar mengetengahkan persembahan, tetapi turut menonjolkan hubungan unik antara selebriti dan anak-anak mereka dalam suasana yang lebih dekat dengan penonton.Program ini akan mula menemui penonton pada 19 April 2026, disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dari Auditorium MBSA Shah Alam, dengan tempoh siaran selama lapan minggu. Penonton juga mempunyai pilihan untuk mengikuti rancangan ini secara penstriman melalui Astro GO dan sooka. Konsep utama yang menjadi tunjang program ini masih dikekalkan, di mana selebriti memainkan peranan sebagai pengurus kepada anak masing-masing yang tampil membuat persembahan, menjadikan setiap minggu sarat dengan cabaran dari segi kreativiti, bimbingan serta keserasian.

Banner Talk to My Manager Musim Ke-2 menampilkan semua pasangan selebriti peserta dan pengurus mereka.

Antara gandingan yang bakal mencuri perhatian termasuk Adira bersama Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Dato’ A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley bersama Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan bersama Althea, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii. Kehadiran semula Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara turut dijangka menambah seri program, manakala Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal terus menggalas tanggungjawab sebagai juri dengan penilaian profesional mereka.Dari sudut penjurian, sistem pemarkahan masih berteraskan sepenuhnya kepada panel juri, dengan penekanan lebih besar diberikan kepada keupayaan pengurusan dan strategi yang ditampilkan oleh “manager”, selain kualiti persembahan serta vokal peserta. Elemen interaksi penonton juga tidak diketepikan apabila undian dalam talian akan memberikan kelebihan tertentu kepada pasangan yang berjaya meraih sokongan tertinggi. Bagi aspek ganjaran, tiga tempat teratas akan membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan prestasi mereka sepanjang pertandingan.Dalam usaha memperkukuh lagi jenama TTMM, Astro turut memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu “TTMM Experience”, sebuah kem latihan eksklusif yang bakal diadakan selepas tamat musim ini. Program ini membuka peluang kepada orang ramai, khususnya ibu bapa dan anak-anak, untuk merasai sendiri pengalaman dalam dunia hiburan melalui pelbagai sesi latihan, bengkel serta aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dan penggiat industri. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam melahirkan bakat baharu serta memberi pendedahan awal kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang seni.

Peserta-peserta Talk To My Manager Musim Ke-2 yang terdiri daripada pasangan ibu bapa selebriti dan anak mereka.

Selain siaran utama, musim kedua ini turut disokong dengan kandungan tambahan seperti paparan belakang tabir dan program digital yang membolehkan penonton mengikuti perkembangan peserta dengan lebih dekat. Dari segi kerjasama strategik pula, program ini disokong oleh Eskayvie sebagai penaja utama, di samping kolaborasi bersama Astro Gempak dan ERA sebagai rakan media.Sebagai kesinambungan kepada kejayaan musim terdahulu, TTMM musim kedua dilihat berpotensi untuk terus memperkukuh kedudukannya dalam landskap program realiti tempatan. Dengan pendekatan yang menggabungkan elemen hiburan, nilai kekeluargaan serta pembangunan bakat secara lebih menyeluruh, program ini bukan sahaja menawarkan kandungan yang menghiburkan, malah turut berperanan sebagai platform penting dalam mencungkil dan mengetengahkan generasi baharu dalam industri hiburan tanah air.

Sesi bergambar di sidang media yang menampilkan juri tetap dan hos utama.

Dr. Kartika Wati Mohamed, Pengasas & Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd. (kiri) bersama Datuk Aznil Hj. Nawawi (kanan)

Talk To My Manager Musim Ke-2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, atau melalui platform penstriman Astro GO dan sooka.

Micro Drama\Malay\Ramadan\Romantic Comedy

Thousand of Years Media Lancar Drama Mikro Bahasa Melayu Pertama Seikat Kasih Sempena Aidilfitri

✒️ Sebas Lo 🗓️ 13 Mac 2026

Paparan skrin poster Seikat Kasih di Majlis Tayangan Perdana yang diadakan di GSC LaLaport BBCC.

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Industri hiburan digital tempatan terus menyaksikan perkembangan baharu apabila Thousands of Years Media (ToYM) menganjurkan Majlis Tayangan Perdana drama mikro terbaharu berjudul Seikat Kasih, sebuah karya istimewa yang diterbitkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sokongan penaja jenama kasut tempatan, Fipper.Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di GSC LaLaport BCCC, Kuala Lumpur itu dihadiri barisan pelakon, tetamu-tetamu jemputan, dan pengamal media yang berpeluang menyaksikan 10 episod pertama drama tersebut. Antara pelakon yang hadir memeriahkan acara termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael, selain beberapa pelakon lain seperti Fitri Farok, Aleeya Baig, Zarul Iman, Zarynn Min, Zalfa Zin, Aunty Sally, Lyn Mohd, Amira Rafik, Hez Hazmi, Wong Kang Xin dan Sarah Kamsul.Drama mikro ini diarahkan oleh Chang Dao, seorang pengarah yang sebelum ini pernah terlibat dalam produksi Melayu, manakala penerbitan eksekutifnya diterajui oleh Datuk Wira Jment Lim, pengasas Thousands of Years Media dan juga syarikat subsidiari SunStrong Entertainment.

Datuk Wira Jment Lim - Pengasas Thousands of Years Media (ToYM) dan SunStrong Entertainment

Seikat Kasih merupakan drama mikro pertama ToYM dalam Bahasa Melayu, menandakan satu langkah strategik syarikat tersebut untuk memperluaskan jangkauan karya mereka kepada khalayak tempatan yang lebih luas.Menurut Datuk Wira Jment Lim, kejayaan drama mikro versi Bahasa Cina sebelum ini membuktikan bahawa format penceritaan pendek mempunyai potensi besar dalam industri hiburan digital. Beliau berkongsi bahawa drama mikro pertama ToYM dalam Bahasa Cina, In Character, berjaya mencapai 200 juta tontonan, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan kandungan yang mendapat sambutan luar biasa dalam ekosistem hiburan digital global.“Pencapaian itu menunjukkan bahawa format short-form storytelling mempunyai nilai komersial dan penerimaan yang sangat tinggi. Oleh itu, kami mahu membawa pendekatan yang sama kepada penonton Bahasa Melayu melalui ‘Seikat Kasih’,” jelas beliau.Dari segi penceritaan, Seikat Kasih mengangkat naratif konflik dan cabaran dalam institusi kekeluargaan, selari dengan semangat Aidilfitri yang menekankan nilai kemaafan dan penyatuan.Drama ini berkisar tentang kehidupan Arina Dahlia (lakonan Arena Wan) yang berkahwin dengan Harris Hakim (lakonan Idzham Ismail). Namun, perkahwinan tersebut tidak diterima baik oleh anak tiri Harris, Elissya (lakonan Fatimah Noryyah), seorang gadis yang bersifat ego dan degil. Dalam masa yang sama, watak Aqil (lakonan Sayf Mikael), adik kepada Arina, sering menjadi mangsa keadaan walaupun memiliki kebijaksanaan tersendiri.Watak Arina Dahlia digambarkan sebagai seorang wanita yang bukan sahaja tabah menghadapi ujian hidup, malah berani bangkit menuntut keadilan apabila kehidupannya cuba dihancurkan. Sementara itu, Harris Hakim pula digambarkan sebagai seorang suami penyayang yang sering berada dalam dilema antara tanggungjawab dan kebergantungan terhadap insan yang disayanginya.Melalui konflik dan perjalanan emosi watak-watak ini, drama tersebut menyampaikan mesej bahawa kebahagiaan sejati tidak semestinya terletak pada kekayaan material, sebaliknya pada keutuhan hubungan kekeluargaan.Menurut Datuk Wira Jment Lim, pemilihan tema Aidilfitri adalah signifikan kerana episod Hari Raya dalam drama ini melambangkan penyatuan semula sebuah keluarga selepas melalui pelbagai ujian kehidupan.Dalam sidang media yang berlangsung selepas tayangan, pengarah Chang Dao turut berkongsi cabaran yang dihadapi ketika mengarahkan drama mikro Bahasa Melayu pertamanya.Beliau mengakui bahawa terdapat perbezaan sensitiviti budaya yang perlu diberi perhatian dalam proses pengarahan.“Ada perkara yang mungkin diterima dalam satu budaya, tetapi apabila diterapkan kepada budaya lain, ia boleh dianggap tidak sesuai oleh khalayak sasaran. Oleh itu, saya perlu lebih berhati-hati dan berhemah ketika menyesuaikan gaya pengarahan serta penceritaan agar selari dengan nilai budaya tempatan,” jelas beliau.Datuk Wira Jment Lim turut menjelaskan pendekatan ToYM terhadap akses kandungan drama mikro mereka yang bersifat lebih terbuka dan inklusif kepada khalayak. Menurut beliau, kesemua drama mikro terbitan ToYM ditawarkan secara percuma untuk tontonan umum, selari dengan matlamat syarikat untuk memperluaskan capaian kandungan kepada penonton digital serta memperkenalkan format penceritaan pendek kepada audiens yang lebih luas.Menjawab soalan daripada wartawan S R THETA mengenai isu perlindungan hak cipta – khususnya kerana drama mikro ini ditonton melalui telefon pintar yang memudahkan pengguna melakukan rakaman skrin (screen recording) atau menyalin kandungan – beliau berpandangan bahawa fenomena tersebut tidak semestinya memberi kesan negatif sepenuhnya.Sebaliknya, menurut beliau, perkongsian semula kandungan oleh penonton secara tidak langsung turut membantu memperluaskan capaian drama tersebut serta memberi nilai tambahan dari sudut pemasaran.“Drama mikro kami memang percuma untuk ditonton. Kalau ada yang menyalin atau berkongsi semula kandungan itu, dalam satu sudut ia juga membantu memperkenalkan karya dan produk kami kepada lebih ramai penonton,” jelas beliau.Pendekatan ini juga selari dengan strategi pemasaran ToYM yang menggabungkan elemen penceritaan dan penempatan produk dalam kandungan drama mikro mereka, sekali gus menjadikan penyebaran kandungan sebagai sebahagian daripada ekosistem promosi yang lebih luas.

Paparan slaid mengenai empat tonggak utama ToYM

Menariknya, Seikat Kasih turut mencerminkan empat tonggak utama ToYM, iaitu Seni Budaya, Pendidikan, Teknologi dan Pemasaran.Dari sudut pemasaran, drama mikro ini mengaplikasikan konsep ToYM Iklan Drama Mikro, iaitu integrasi penjenamaan dan penempatan produk dalam penceritaan. Berbeza dengan iklan konvensional yang bersifat sementara, pendekatan ini memberi nilai pemasaran jangka panjang kepada jenama yang terlibat.Dalam aspek pendidikan, ToYM turut bekerjasama dengan Raffles University bagi memperkenalkan program Diploma Dalam Skrin Media, yang bertujuan melahirkan lebih ramai bakat kreatif dalam bidang produksi media.Sementara itu, dari sudut teknologi, syarikat tersebut turut membangunkan platform penjualan tiket digital untuk konsert dan acara dikenali sebagai Tix365.Dalam ekosistem pemasaran mereka pula, ToYM kini turut mengembangkan beberapa jenama seperti ToYM Fashion, ToYM Beaute – Dong Lin, ToYM Wardrobe serta Flowers.com.my, yang menjadi sebahagian daripada strategi integrasi kandungan dan perniagaan kreatif.

Sesi bergambar bersama para pelakon, tenaga produksi serta hadirin yang hadir memeriahkan Majlis Tayangan Perdana drama mikro Seikat Kasih, anjuran ToYM.

Bagi peminat drama digital dan kandungan format pendek, Seikat Kasih sudah mula ditayangkan bermula 11 Mac 2026.Penonton boleh mengikuti episod-episod drama mikro ini melalui platform media sosial rasmi: Facebook, YouTube, TikTok dan Instagram di akaun @dramamikrotoym.

TVC\Malay\Eid al-Fitr

“Bila Nak Kahwin?” – Iklan Raya Bila Arahan Nadhir Nasar Angkat Realiti Tekanan Sosial Musim Syawal

✒️ Sebas Lo 🗓️ 7 Mac 2026

Poster rasmi iklan Raya Bila arahan Nadhir Nasar yang diterbitkan oleh Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd.

DAMANSARA, 4 Mac 2026 – Syarikat produksi Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan iklan raya terbaharu mereka berjudul Bila dalam satu majlis sidang media yang berlangsung di The Camelot, Royal Chulan Damansara. Pelancaran tersebut diadakan bersempena kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.Iklan raya ini turut mendapat sokongan daripada penaja rasmi, Milo, dan diarahkan oleh pelakon serta pengarah muda Nadhir Nasar. Menampilkan penceritaan yang ringan tetapi dekat dengan realiti masyarakat, Bila membawa gabungan elemen komedi, emosi serta nilai kekeluargaan yang sering menjadi inti pati sambutan Aidilfitri.Iklan raya ini mengisahkan tentang seorang wanita bekerjaya bernama Siti yang melihat sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya juga musim penuh tekanan. Pada usia 30 tahun, setiap kali pulang ke kampung halaman, beliau sering dihujani soalan sensitif daripada keluarga seperti “Bila nak kahwin?”.Bagi mengelakkan desakan tersebut, Siti mengambil keputusan untuk mengupah seorang teman lelaki palsu setiap kali pulang beraya. Namun situasi menjadi lebih menarik apabila Alif, pelakon sambilan yang diupahnya sebagai ‘fake boyfriend’, secara tidak sengaja berjaya menawan hati ahli keluarga Siti. Perkara itu akhirnya membuatkan Siti berdepan dengan hakikat bahawa kesibukan mengejar kerjaya mungkin telah menjauhkan dirinya daripada orang tersayang.Menurut pihak produksi, pendekatan penceritaan yang digunakan dalam iklan ini disampaikan secara santai dan jujur kerana isu yang diketengahkan sangat dekat dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini.Jelas wakil produksi mengenai mesej utama iklan tersebut,
“Soalan ‘bila’ itu mungkin kedengaran biasa, tetapi di sebaliknya ada tekanan, kerinduan dan emosi yang jarang diluahkan. Kami mahu sampaikan kisah ini dengan cara yang ringan, tetapi bermakna.”
Melalui sentuhan pengarahan Nadhir Nasar, naskhah ini menggabungkan elemen komedi romantik, emosi serta kehangatan hubungan kekeluargaan tanpa keterlaluan, sekali gus menjadikan penceritaannya mudah diterima oleh pelbagai lapisan penonton. Nadhir turut menyatakan bahawa bekerjasama dengan rakan-rakan di bawah pengurusan yang sama sentiasa memberikan pengalaman yang istimewa. Beliau menyifatkan projek ini sebagai peluang untuk terus berkembang dan mencipta karya bersama pasukan di bawah pengurusan LOL.Iklan raya Bila menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Yusuf Bahrin, Areef Amran, Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Auni Yusri, dan Syad Mutalib, serta penampilan istimewa penyanyi bersuara emas Liza Hanim.

Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd., Dato’ Afeeq Iqnarcio, bersama barisan pelakon popular tanah air yang membintangi iklan Bila.

Iklan raya Bila dijadualkan untuk diterbitkan secara rasmi di saluran YouTube rasmi Laugh Out Loud Entertainment pada 7 Mac 2026 jam 8.00 malam.Dengan pendekatan penceritaan yang santai tetapi sarat makna, Bila bukan sekadar iklan raya biasa, sebaliknya sebuah naskhah yang mencerminkan realiti sosial masyarakat sambil mengingatkan penonton tentang nilai sebenar keluarga, kejujuran dan hubungan yang tulus.

Drama\Malay\Ramadan\Realiti

Kempen “Jwanjih Kenyang” Meriah dengan Resipi Serasi bersama Ain Edruce dan Suami

✒️ Sebas Lo 🗓️ 22 Februari 2026

Poster Resipi Serasi

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang sinonim dengan juadah istimewa dan momen kebersamaan, TV3 tampil dengan sebuah program realiti masakan berkonsep santai dan intim berjudul Resipi Serasi. Program ini merupakan sebahagian daripada kempen “Jwanjih Kenyang” yang menambah warna kepada kandungan Ramadan saluran tersebut.Menggabungkan personaliti ceria Ain Edruce bersama suaminya, Amirul Hafiz, rancangan ini membawa penonton menyelami gelagat pasangan suami isteri di dapur — daripada pertembungan gaya memasak, usik-mengusik manja, sehinggalah ‘perang kecil’ yang mencuit hati.Dikenali dengan spontaniti dan tenaga positifnya, Ain tampil berbeza apabila digandingkan dengan Amirul yang lebih tenang dan bersahaja. Kombinasi dua personaliti kontras ini menjadi ‘ramuan utama’ yang memberikan identiti tersendiri kepada Resipi Serasi, sekali gus menjadikannya lebih daripada sekadar program masakan biasa.

Gambar pegun daripada Resipi Serasi

Setiap episod memperlihatkan pasangan ini menyediakan menu pilihan untuk berbuka puasa. Namun, kekuatan sebenar rancangan ini terletak pada kisah-kisah di sebalik setiap hidangan — kenangan awal perkahwinan, detik lucu di dapur serta momen kecil yang sarat makna dan mengukuhkan hubungan mereka sebagai suami isteri.Sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan TV3, program ini bukan sahaja menghidangkan resipi menyelerakan, malah menyuntik elemen emosi dan nilai kekeluargaan yang dekat dengan penonton. Ramadan kali ini diraikan bukan sekadar dengan juadah yang mengenyangkan, tetapi juga cerita yang menghangatkan hati.Resipi Serasi mula bersiaran pada 22 Februari 2026, setiap Ahad jam 3.00 petang di TV3 dan juga boleh distrim melalui Tonton.

Micro Drama\Malay\Ramadan\Romantic Comedy

Mr. Perfect Ramadan: Bila Ramadan Jadi Titik Perubahan Seorang Anak Bandar

✒️ Sebas Lo 🗓️ 19 Februari 2026

Poster rasmi Mr. Perfect Ramadan

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2026 – Sebuah drama bersiri mikro berunsur komedi romantik, Mr. Perfect Ramadan, bakal menemui penonton bermula 19 Februari ini, disiarkan setiap hari jam 12.00 tengah hari secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan platform penstriman Tonton.Dibintangi oleh Muaz Zabir, Ariana Yusof dan Sabri Yunus, drama ini mengetengahkan kisah ringan namun sarat dengan nilai kekeluargaan, keimanan dan kasih sayang yang berkembang secara semula jadi sepanjang bulan Ramadan.Drama ini mengisahkan Syafiq (Muaz Zabir), seorang pemuda bandar berusia 25 tahun yang bercita-cita menyambung pelajaran ke Australia tanpa pengetahuan ibu bapanya. Namun impian tersebut ditentang kerana kebimbangan terhadap pengaruh budaya Barat. Sebagai kompromi, ibunya menetapkan syarat agar Syafiq menghabiskan 30 hari Ramadan di kampung untuk menjaga datuknya, Tokwan (Sabri Yunus) yang tinggal bersendirian.Kehidupan kampung yang jauh berbeza daripada gaya hidup bandar menjadi cabaran buat Syafiq — daripada bersahur dengan juadah sederhana, berbuka di masjid hingga menunaikan solat tarawih berjemaah. Pertemuan tidak sengaja dengan Laura (Ariana Yusof), gadis kampung yang periang dan lantang menyindir egonya, mencetuskan hubungan “benci tapi suka” yang mencuit hati penonton.Seiring perjalanan Ramadan, kebijaksanaan dan didikan halus Tokwan perlahan-lahan melembutkan hati Syafiq. Dalam masa sama, kehadiran rakan-rakan dari Kuala Lumpur yang cuba memujuknya pulang menambahkan konflik, memaksa Syafiq memilih antara impian lama atau kebahagiaan baharu yang ditemuinya di kampung.

Gambar pegun daripada Mr. Perfect Ramadan

Dengan latar suasana kampung yang segar serta penceritaan bersifat mikro yang padat dan relevan dengan generasi digital, Mr. Perfect Ramadan bukan sekadar hiburan ringan, tetapi sebuah naskhah yang mengangkat mesej tentang keluarga, keimanan dan erti sebenar perubahan diri sepanjang bulan penuh keberkatan.Penonton boleh menyaksikan Mr. Perfect Ramadan setiap hari jam 12.00 tengah hari di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

TV\Malay\Event

Janji 1 Minit & Game Interaktif "Thariq Ridzuwan: His Treasure" Bawa Peminat ke Pengalaman Serba Baharu

✒️ Sebas Lo 🗓️ 25 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2025 – Fenomena drama "Thariq Ridzuwan: His Treasure" ternyata bukan sekadar sandiwara di kaca televisyen. Adaptasi daripada novel popular ini telah mencuri tumpuan dengan jalan cerita penuh konflik, cinta dan rahsia, di samping melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan dua inisiatif istimewa – "Janji 1 Minit" dan Game Interaktif "Janji Untuk Radwa" – yang terbukti berjaya menambat hati peminat.Di acara 'Hello Inilah KITA' di Pavilion Kuala Lumpur, seramai 15 peminat bertuah diraikan dalam segmen “Janji 1 Minit”. Buat julung kali, mereka diberi peluang emas untuk berinteraksi secara peribadi dengan barisan pelakon utama termasuk Meerqeen, Qasrina Karim, Evertt Gomes dan Noki K-Clique. Walaupun hanya selama 60 saat, detik singkat itu cukup bermakna – ada yang sempat mengajukan soalan, ada yang meluahkan penghargaan, malah ada yang sekadar mengukir kenangan dengan idola kesayangan. Segmen ini diakhiri dengan laungan penuh simbolik, “JANJI!”, yang menjadi lambang hubungan erat dan sehati sejiwa antara drama dan peminat setia.

Peminat turut disajikan pengalaman digital melalui laman Janji untuk Radwa, di mana mereka boleh memainkan watak Holy Dragon menentang Farez sambil menghidupkan semula konteks cerita. Menariknya, jumlah permainan yang mencapai tahap tertentu akan membuka video eksklusif, selain memberi peluang peminat mengutus surat sokongan kepada pelakon utama – menjadikan drama ini wadah interaksi dua hala yang unik.

Hakikatnya, "Thariq Ridzuwan: His Treasure" telah melangkaui batas sebuah drama televisyen. Dengan gabungan emosi, lakonan mantap, dan strategi interaktif yang segar, drama ini membuktikan bahawa karya tempatan mampu memukau sanubari penonton dan menjadi fenomena budaya pop.Jangan lepaskan peluang mengikuti episod penuh debaran "Thariq Ridzuwan: His Treasure" setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta strim eksklusif di Astro GO dan sooka.


🏨TRAVEL / TOURISM🏝️


Tourism\Domestic\Melaka

Menjelang VM2026: Villa Sentosa, Saksi Warisan Melayu yang Terus Bernyawa di Kampung Morten

✒️ Sebas Lo 🗓️ 28 September 2025

MELAKA, 25 September 2025 – Dalam semangat menyemarakkan kempen Visit Melaka 2026 (VM2026), kunjungan media ke Villa Sentosa di Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah, membuka mata kita tentang warisan Melayu yang terus subur dipelihara di tengah-tengah arus moden. Rumah tradisional berusia lebih seabad ini kini berfungsi sebagai muzium persendirian, menonjolkan keindahan seni bina dan gaya hidup masyarakat Melayu Melaka pada awal abad ke-20.Dibina sekitar tahun 1920-an oleh Haji Hashim bin Dato’ Demang Haji Abdul Ghani, Villa Sentosa merupakan antara rumah tertua dan paling terpelihara di Kampung Morten. Pemilik asal rumah ini terus diwarisi dalam satu garis keturunan. Kini, Villa Sentosa dikendalikan oleh waris generasi tersebut, Encik Ibrahim, yang dengan penuh mesra membuka pintu rumah kepada para pelawat sambil berkongsi kisah sejarah, nilai warisan serta selok-belok setiap sudut rumah yang sarat kenangan.Menurut Encik Ibrahim, keunikan Villa Sentosa bukan hanya pada binaannya, tetapi pada interaksi antara tuan rumah dan pengunjung.
“Kalau kita melawat muzium biasa, suasananya lebih komersial — masuk, baca apa yang dipamerkan, dan keluar. Tetapi di sini, pelawat bukan sekadar melihat, mereka berinteraksi, bertanya soalan, mendengar cerita, dan memahami setiap ruang rumah,” katanya sambil tersenyum.

Beliau turut menjelaskan bahawa rumah ini kini berusia 101 tahun, 11 bulan dan 3 minggu, dan akan genap 102 tahun pada 3 Oktober 2025. Tambahnya, sebagai persediaan menjelang VM2026, beliau sentiasa memastikan keadaan rumah berada dalam keadaan baik serta berharap lebih ramai pengunjung dapat memahami nilai sejarah dan budaya yang tersimpan di dalamnya.Villa Sentosa bukan sekadar lambang seni bina tradisional Melayu, tetapi juga dikenali sebagai “Malay Living Museum”, yang mempamerkan pelbagai khazanah berharga milik keluarga turun-temurun. Antara barangan yang dipamerkan termasuk perabot kayu antik, pinggan mangkuk porselin era kolonial, lesung batu dan tempayan air, pakaian tradisional Melayu, dokumen serta sijil lama, alat muzik, kamera dan jam antik, serta koleksi foto hitam putih yang merakam detik sejarah keluarga sejak awal 1900-an.Setiap ruang rumah menyingkap kisah tersendiri — daripada anjung utama sebagai ruang menerima tetamu, bilik pengantin tradisional lengkap dengan kelengkapan adat, hingga ke dapur lama yang masih mengekalkan susun atur asal. Seni ukiran pada tingkap, tangga merah bata, dan struktur rumah bertiang tinggi mencerminkan kehalusan pertukangan Melayu yang bukan sahaja indah tetapi juga praktikal untuk iklim tropika.Encik Ibrahim turut menjelaskan bahawa rumah ini ialah rumah limas Melangkah, sebuah reka bentuk klasik Melaka yang terdiri daripada beberapa bahagian utama: anjung, serambi, rumah ibu, kelek anak, pelantar, rumah dapur dan dapur. Setiap bahagian mempunyai fungsinya yang tersendiri dan menjadi bukti kebijaksanaan seni bina Melayu tradisional yang mementingkan aliran udara dan keselesaan keluarga.

Sejarah Kampung Morten turut menjadi bahagian penting dalam naratif ini. Kampung yang kini digazet sebagai Kampung Warisan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemulihan Melaka 1989 ini dinamakan sempena Frederick Joseph Morten, pegawai British yang memainkan peranan penting dalam pembangunan awal kawasan tersebut. Menurut kisah yang dikongsi Encik Ibrahim, kampung ini diasaskan oleh Datuk Osman bin Maknon, Ketua Kampung Jawa ketika itu, selepas kawasan asal mereka diambil alih untuk pembinaan pasar dan terminal bas.Datuk Osman bersama penduduk lain telah memohon pinjaman khas kerajaan sebanyak 10,000 dolar melalui pegawai Inggeris tersebut untuk membangunkan penempatan baharu. “Dengan dana itu, kampung ini berjaya dibuka dan seratus lot tanah diagihkan kepada keluarga yang berpindah dari Kampung Jawa,” jelas Encik Ibrahim lagi. Nama Kampung Morten dipilih sebagai penghormatan kepada pegawai yang meluluskan pinjaman berkenaan, dan kampung ini secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1922, manakala rumah-rumah mula dibina sekitar 1923.

Menjelang pelaksanaan Visit Malaysia 2026, Villa Sentosa dilihat sebagai antara lokasi tumpuan utama pelancong yang ingin merasai pengalaman autentik warisan Melayu Melaka. Bukan sekadar tempat bersejarah, rumah ini hidup dengan cerita — dari generasi ke generasi, dari anjung hingga ke dapur, dari adat hingga ke identiti bangsa. Ia menjadi bukti bahawa budaya lama tidak pernah mati, sebaliknya terus berdenyut dalam jiwa mereka yang menghargainya.


🍝FOOD & BEVERAGES🍹


Food and Beverages\Media Gathering

Ukhuwah Terjalin Erat Antara Co-OpBank Pertama dan Kumpulan Media Menerusi Acara Santai Kendurian

✒️ Sebas Lo 🗓️ 3 Disember 2025

AMPANG JAYA, 27 November 2025 – Aroma memikat "Raja Buah" memenuhi ruang udara Restoran Haji Ghani di Taman Nirwana, apabila Co-OpBank Pertama (CBP) meraikan pengamal media dalam satu majlis santai namun penuh bermakna, "Kendurian CBP Bersama Media".
Majlis ini menjadi simbol keakraban antara institusi kewangan tersebut dengan rakan strategik media, di mana pihak S R THETA Media turut berbesar hati memenuhi jemputan eksklusif ini bersama-sama delegasi media arus perdana.

COO CBP Turun Padang Santuni Media
Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan kehadiran Encik Haji Syaiful Arief Syah Bin Mohamed Said, Ketua Pegawai Operasi (COO) CBP. Tanpa sebarang protokol yang kaku, beliau dilihat meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan setiap wakil media yang hadir, antaranya dari Media Prima Berhad dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Sikap rendah diri dan keterbukaan Encik Haji Syaiful Arief Syah bertanya khabar serta bertukar pandangan secara santai sambil menikmati hidangan, mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi CBP dalam menghargai peranan media sebagai jambatan penghubung kepada masyarakat.Gabungan wartawan penyiaran, penulis berita, dan pengamal media baharu di bawah satu bumbung sambil menikmati durian mewujudkan satu sinergi yang unik. Ia bukan sekadar sesi makan malam, tetapi platform 'networking' yang memperkukuh ukhuwah sesama pemain industri.

Musang King Jadi Tarikan Utama
Bertepatan dengan namanya, para tetamu disajikan secara eksklusif dengan Raja Buah varieti Musang King yang menjadi tarikan utama majlis. Bagi melengkapkan lagi suasana kenduri buah-buahan tempatan, hadirin turut dihidangkan dengan rambutan, mata kucing dan buah salak.
Tidak hanya tertumpu kepada buah-buahan dan kambing golek, selera tetamu turut dimewahkan dengan pelbagai hidangan signatur kedai mamak. Antara juadah yang dihidangkan termasuklah mee goreng mamak, nasi goreng kampung, murtabak, naan, ayam tandoori dan macam-macam lagi yang menyempurnakan santapan malam tersebut.

S R THETA Media merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Co-OpBank Pertama, khususnya kepada Encik Haji Syaiful Arief Syah atas layanan istimewa yang diberikan. Kami komited untuk terus menyokong aspirasi CBP dan mengekalkan ukhuwah profesional yang telah terjalin ini pada masa hadapan.